Monday, July 2, 2012

Simptom dan Tanda Gangguan Mistik/ Makhluk Halus/ Jin.

Simptom-Simptom Umum Gangguan Mistik/ Makhluk Halus/ Jin.
·

Merasa getaran aneh dalam badan.

Merasa pergerakan aneh dalam badan.
Merasa pergerakan aneh di atas kulit oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat.
Kerap meremang bulu roma.
Gangguan pada fikiran.
Gangguan pada emosi.
Gangguan pada semangat/ sentiasa lemah semangat/ takut-takut.
Gangguan semasa tidur/ sering terjaga atau terkejut dari tidur.
Sakit yang tidak dapat dikenal pasti oleh doktor.
Kerap muntah angin.
Badan terasa berat semacam.
Merasa seolah sering diperhatikan.
Sensitif terhadap gelombang tenaga orang lain.
Takleh berada di tempat orang ramai kerana terasa stress akibat merasa gelombang tenaga yang banyak.
Kurang selesa apabila mendengar bacaan Al-Quran, Zikir atau Azan.
Terasa panas atau pijar apabila mendengar bacaan Al-Quran, Zikir atau Azan.
Terasa panas atau pijar apabila membaca Al-Quran, Zikir atau Azan.
Tidak mampu memandang ayat Al-Quran dengan lama, atau pun sesuatu yang telah dibacakan ayat Al-Quran.
Tiba-tiba benci apabila mendengar Al-Quran, Zikir atau Azan.
Tiba-tiba membenci orang yang kuat beramal ibadah, orang alim, ustaz, atau ulama.
Badan tiba-tiba bergerak sendiri.
Mempunyai reaksi apabila mendengar bacaan zikir, doa, selawat, atau ayat Al-Quran.
Kerasukan atau histeria.
Amal ibadah sering terhalang/ sukar beribadah.
Was-was yang keterlaluan.
Mimpi perkara menyeramkan.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi dikejar sesuatu yang menakutkan.
Mimpi melihat haiwan aneh.
Mimpi melihat manusia aneh.
Mimpi ketindihan.
Mimpi melihat tempat kotor, atau tempat yang menyeramkan.


Simptom-Simptom Tambahan Khusus (jenis yang utama):
Gangguan Sihir.

Mimpi musibah air.
Mimpi menaiki kenderaan darat, laut, atau udara.
Mimpi di ikat.
Mimpi diberikan makanan atau minuman.
Mimpi melihat kenduri.
Mimpi tersesat.
Mimpi melihat pendeta agama orang kafir.
Mimpi binatang berbisa, atau yang merbahaya.
Mimpi melihat suluhan cahaya yang menyilaukan ke muka.
Mimpi menaiki sampan mudik ke hilir sungai.

Gangguan Sihir Santau.

Mengalami miang-miang diseluruh badan.
Kerap batuk, terutama pada waktu tengah malam.
Mimpi kanak-kanak atau bayi menyusu pada dada anda.
Mimpi tentang perkara objek miang, seperti, miang buluh, miang daun dsb.
Mimpi tentang objek tajam atau merbahaya seperti pisau, kaca, dsb.
Batuk yang terdapat darah.
Muntah darah (bagi kes kronik)

Gangguan Saka.

Pernah ternampak kelibat makhluk halus.
Mampu mendengar isi hati orang lain.
Sensitif terhadap perkara alam ghaib.
Kerap mengalami dejavu.
Mimpi yang bertemakan rumah.
Mimpi mendukung bayi atau kanak-kanak kecil.
Mimpi tentang perkara zaman silam atau zaman dahulukala.

Gangguan Ilmu Salah.

Mimpi melihat cermin.
Mimpi melihat muka diri sendiri berlubang-lubang.
Mimpi mandi air kotor.

Gangguan Asyik/ Jin Cinta.

Mimpi bersetubuh.
Mimpi melihat kanak-kanak bermain dikeliling anda.
Mimpi berkahwin.
Kerap naik nafsu syahwat tanpa sebab munasabah.
Naik nafsu syahwat apabila melihat tubuh sendiri.
Terdapat halangan dalam soal jodoh.
Gangguan negatif dalam hubungan suami isteri.

Dari pengalaman ana, rata-rata pesakit biasanya mengalami berbilang jenis gangguan mistik dalam satu masa. Contohnya:
1) Sihir dan Saka.
2) Saka dan Asyik
3) Sihir dan Asyik.
4) Sihir, Saka dan Asyik.

Kadang-kala simptom saka, ilmu salah dan sihir hampir-hampir sama, sebab kesemuanya berasaskan sihir juga. Contohnya keturunan kita yang terdahulu belajar sihir, lalu jadi saka kat kita. Ilmu salah dan ilmu sihir adalah perkara yang sama.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment