Saturday, August 4, 2012

BISKUT RAYA MURAH 100 BIJI RM35 SAHAJA!!

BISKUT TART BLUEBERRY
RM40 
BISKUT TART NENAS
RM40 
BISKUT BADAM CAPPUCINO
RM35

BISKUT ALMOND LONDON
RM45 


BISKUT COKLAT CHIP
RM35 


JUGA TERDAPAT PELBAGAI BISKUT LAIN DAN KEREPEK  SEPERTI POPIAH RANGUP UDANG ATAU KACANG HIJAU...

TEL:   017-2782916 (ADINA)
          014-7177050 (AMIRUL)

COD (cash on  delivery) SEKITAR MELAKA, MUAR DAN BATU PAHAT SAHAJA...

KAWASAN SELAIN DIATAS AKAN DICAS SERVIS POS 


Friday, July 27, 2012

"... Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia MUDA, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku ..." [ HR . Ibnu 'Addi ]

"... Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia MUDA, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku..."

[ HR . Ibnu 'Addi ]
 Wah.. dah banyak dah orang gune hadis ni selepas majlis perkahwinan Syafiq (16) & Yana (14) tahun.. dan ramai jugak blogger yang menulis artikel tentang  syafiq dan yana ni.. agak susah nak jumpa zaman sekarang remaja kahwin bawah umur 20an...  

paperhal.. jangan la jadikan alasan untuk kahwin di bawah umur, sekolah lagi dik oiii.... lepas umur 20 kahwin la.. lantak pi hang la.. haha

tapi yang dah kahwin muda tu( bawah umur ) diucapkan semoga bahagia.. nak buat cmne.. jodoh..
 

Monday, July 23, 2012

Nasib baik x kena rompak...

Call abang ipar dua-dua x angkat phone.. alamak.. cakap nak sahur.. at last.. tengok jam dah pukul 4.30, terus berambus keluar dari rumah terus ke McD Cheng, Melaka... dah keluar tu ingatkan nak bank in kan duit dalam akaun maybank, so terus la drive hinggalah sampai di selekoh nak masuk Maybank Cheng.. GEDEGANGGGG!!!! bunyi cam terlangar bende kat tayar.. buat x taw je trus park kereta.. sekaliii... bile kluar dengar bunyi mcm berdesir.. ingatkn ade pili air tercabut ke kt situ... tengok2 pergghhh!!! tayar pancit daaa... kelam kabut drive balik rumah.. sebab dapat tau selalu kejadian mcmnie disengajakan kekadang.. tempat tu dah la sunyi, bila kereta mangsa dah rosak, mse ni la penyangak nak beraksi.. so hati2 la lebih2 lagi kepada kaum wanita ni... nak pegi mane2 biar berteman.. wokey...

Sunday, July 22, 2012

Kenapa link blog aurorua corrupted di bloglist rakan blogger lain??

Perhatikan betul-betul, alamat blog diatas sebenarnya adalah alamat blog lama sy... sekarang alamatnya adalah http://aurorua.blogspot.com.. 

sedih rasenye bile cube klik je address blog sy, dapat statement di atas...

ape-ape pun mintak kerjasama rakan blogger yang lain yang bloglist blog sy ubahkan alamatnye semula.. pleaseeee.....

Saturday, July 21, 2012

INGIN MENYEWA TANDAS MUDAH ALIH/ TANDAS BERGERAK/ TANDAS MOBIL ?? RM250-RM450 SEHARI



0172972697 (Aslah)


Untuk sebarang pertanyaan sila berikan butir seperti nama penyewa, alamat, jumlah unit, jumlah hari dan jenis pembayaran (LO atau COD) ke aslahizan74@gmail.com untuk sebut harga



0172972697 (Aslah)


For any inquires please give details such as the name of the tenant, address, number of units, number of days and the type of payment (LO or COD) to aslahizan74@gmail.com for quotation




 






 

Tanda-Tanda Kematian


100 hari 
Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari 
 Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari 
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun
datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.  

7 hari
Mengidam makanan.

5 hari
Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari 
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari 
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari 
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar. 

Saat akhir 
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang
badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap. 

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** 

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.” 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
 “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang inimelalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” 
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” 
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan
solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” 

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata:
”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.” 

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” 

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu.” 

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat : 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.” 

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Selamat menjalani ibadah puasa... jangan marah..hahaha...







BANTUAN DANA RAWATAN AIMI ZAWAWI BT ABDUL SAMAD (PENYAKIT KUMAN DALAM DARAH)


Penyakit jangkitan kuman dalam darah atau Septicaemia merupakan antara penyebab utama kematian rakyat negara ini di hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Septicaemia atau kewujudan bakteria dalam darah menjadi penyebab utama kematian dengan kadar 16.8 peratus daripada 40,000 kematian di hospital kerajaan pada 2006.


"Septicaemia adalah keadaan yang berkaitan dengan penyakit yang teruk seperti jangkitan daripada paru-paru, abdomen atau saluran kencing, dan ia boleh timbul sebelum atau semasa jangkitan pada tulang (osteomyelitis), dari sistem saraf (meningitis) atau tisu-tisu lain," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari Rabu.


Liow berkata selain Septicaemia, penyakit jantung turut menjadi punca utama dengan kadar 15.70 peratus kematian, diikuti kanser (10.59 peratus), Strok (8.49), Pneumonia (5.81) dan kemalangan (5.59).


Menjawab soalan Mohamed mengenai langkah yang akan diambil bagi meningkatkan sistem penyampaian hospital-hospital kerajaan, Liow berkata tumpuan utama diberikan kepada usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.


Ini termasuk memastikan hospital-hospital mematuhi Pekeliling berhubung tempoh masa menunggu untuk mendapatkan rawatan yang dipendekkan kepada 30 minit dan menyediakan laluan khas kepada warga emas dan orang kurang upaya semasa mendapatkan rawatan pesakit luar.


"Bagi memastikan tempoh masa menunggu 30 minit itu dilaksanakan, pemantauan akan dilakukan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan saya sendiri akan memantaunya setiap minggu," katanya.


Berhubung aduan mengenai sikap sesetengah jururawat hospital kerajaan yang didakwa tidak mesra pelanggan, Liow berkata kementerian memberi perhatian dalam usaha memantapkan amalan budaya korporat di semua fasilitinya dengan memberi penekanan kepada tiga nilai iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.


Liow turut menangkis persepsi umum bahawa ubat yang disediakan di hospital kerajaan kurang berkesan, sebaliknya berkata kerajaan amat prihatin dalam soal berkenaan dan telah menyediakan peruntukan RM1 bilion untuk bekalan ubat.


Menjawab soalan Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), Liow berkata kerajaan menjalankan pelbagai kempen untuk mempromosi cara hidup sihat termasuk Kempen Sihat Sepanjang Hayat yang dilaksanakan sejak 2005 bagi mengubah cara hidup masyarakat dan mengurangkan gejala penyakit berbahaya termasuk kanser dan strok di kalangan rakyat.


Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memberi geran penyelidikan kepada pihak universiti yang mahu membuat penyelidikan berhubung kesihatan.




Sebar-sebarkanlah wahai sahabat blogger yang lain samada muslim atau non-muslim... sambil itu sumbangkanlah sedikit sebanyak dana bagi beliau.. alhamdulillah...

Friday, July 20, 2012

Toyota Estima Original Sport Rim (Alphard/MPV)



 

Detail
toyota estima original sport rim
2 pcs 90% tyre (neuton)
2 pcs 60% tyre (toyo proxes c1s)

Rm 1400

COD Melaka/Muar Area
Postage not include if by courier

014-7177050 AMIRUL

Bantal Panas @ Tungku Moden RM 40 termasuk kos pos

Bantal Panas @Tungku Elektrik Mudah dan Berkesan

PROMOSI RM40 TERMASUK POSTAGE!!! COD area MELAKA-MUAR!!


Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.

Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.


Fungsi :

1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri:

Cecair merupakan air garam bukit dan gel, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.
Berat = 1.7kg++ setiap satu

Siapa yang sesuai memakainya?

* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:

Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.

 Penting:
1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup.
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.

Berminat?? hubungi Amirul 0147177050 (aur111ora@gmail.com)

SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST RAMADHAN 2012 /1433H


Nak join? klik headbanner BEN ASHAARI di atas... nak tahu caranya??

Caranya ? Ikut je arahan kat bawah ni . Wajib ke buat entri ? Yup , sebagai tanda persetujuan untuk menyertai pertukaran link ni .. Kira cam ada kontrak laa .. ok ? Jom … Mula- mula ..
  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Sediakan satu entri khas yang bertajuk : BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H dan linkkan ke entri BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H..
  3. Jelaskan kenapa mereka patut pilih blog anda ?.. sebagai contoh dari saya...:
    "Kerana saya sentiasa mengamalkan prinsip menghormati individu lain dalam setiap blog mereka dan mengamalkan budaya Lu follow, Wa follow lu balik... :).."
  4. Tinggalkan link url korang di ruangan komen BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H..

Thursday, July 19, 2012

Burung Hitam di Chernobyl


Bermula pada awal bulan April tahun 1986 orang-orang di dalam dan sekitar kawasan kecil yang dikenali  Loji Kuasa Nuklear Chernobyl mula mengalami satu siri peristiwa-peristiwa aneh yang berkisar tentang munculnya makhluk misteri yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang besar, gelap, dan berkepala dengan sayap raksasa dan mata merah menyala . Orang yang terjejas oleh fenomena ini mengalami mimpi ngeri yang menakutkan, panggilan telefon misteri dan penemuan dengan binatang bersayap yang kemudiannya dikenali sebagai Burung Hitam Chernobyl.Laporan berlakunya kejadian pelik ini terus meningkat sehingga pagi April 26, 1986, apabila pada jam 01:23, reaktor 4 Loji Janakuasa Nuklear Chernobyl mengalami letupan stim bencana yang mengakibatkan kebakaran yang menyebabkan beberapa siri letupan tambahan diikuti oleh kebocoran loji nuklear. Loji ini terletak berhampiran Pripyat, Ukraine, Kesatuan Soviet, telah memuntahkan abu guguran radioaktif yang terapung diatas bahagian atmosfera Kesatuan Soviet Barat, Timur dan Eropah Barat, Scandinavia, United Kingdom, Ireland dan timur Amerika Utara. Kawasan yang besar di Ukraine, Belarus dan Rusia telah teruk tercemar, menyebabkan pemindahan dan penempatan semula lebih 336,000 orang. Bencana Chernobyl, dianggap kemalangan terburuk yang pernah dalam sejarah kuasa nuklear.


Berikutan krisis tersebut, dan selepas letupan dan kebakaran, helikopter Soviet telah dihantar ke tempat kejadian, dilengkapi dengan gear memadam api khas, helikopter ini mengelilingi loji dengan menjatuhkan tanah liat, pasir, plumbum dan lain-lain bahan kimia pemadam untuk kemudahan pembakaran. Kebanyakan kebakaran itu berlarutan sehingga 5 pagi dengan api yang membakar dalam 4 reaktor terus menerus terbakar untuk beberapa jam selepas itu. Anggota bomba yang bertindak menganggap bahawa ia adalah
kebakaran elektrik semata-mata , tetapi menerima keracunan dos sinaran yang membawa kepada banyak kematian mereka, termasuk Leftenan, Vladimir Pravik, yang meninggal dunia pada 9 mei 1986.Pekerja-pekerja yang terselamat di letupan awal, tetapi kemudiannya mati akibat keracunan radiasi, mendakwa telah menyaksikan apa yang telah digambarkan sebagai hitam dan besar, makhluk seperti burung, dengan lebar sayap 20 kaki, meluncur melalui gumpalan asap berpusar dari reaktor. Kemudian tiada lagi burung hitam Chernobyl telah dilaporkan selepas Bencana Chernobyl, membuntukan penyelidik untuk membuat spekulasi apa yang dihantui pekerja loji semasa hari bencana.Teori yang paling logik diterima mencadangkan bahawa Burung Hitam Chernobyl mungkin makhluk yang sama yang dikesan di Point Pleasant, West Virginia yang membawa kepada keruntuhan Jambatan Perak pada 15 Disember, 1968. Penyiasat telah mencadangkan bahawa kemunculan makhluk ini merupakan satu petanda bencana akan datang di kawasan di mana ia menunjukkan dirinya. Keterangan fizikal kedua-dua Burung Hitam Chernobyl dan Mothman, makhluk yang kelihatan di West Virginia, adalah amat serupa, dan laporan mimpi ngeri dan telefon mengancam panggilan yang membawa kepada bencana ini dikongsi bersama dalam kedua-dua kes.Kedua, teori yang kurang diterima, mencadangkan bahawa Burung Hitam Chernobyl adalah tidak lebih daripada burung upeh hitam biasa, spesies terancam di selatan selatan Eurasia. Upeh hitam berdiri hampir 3 kaki tinggi dan mempunyai rentang sayap hampir 6 kaki. Walau bagaimanapun, teori ini gagal untuk mengambil kira panggilan telefon menggerunkan dan mimpi ngeri yang mengganggu. Juga keterangan fizikal yang diberikan oleh majoriti saksi-saksi yang sebenarnya menyaksikan Burung Hitam daripada Chernobyl tidak sama dengan fizikal burung upeh hitam.Kedua-dua Burung Hitam Chernobyl dan Mothman tidak dilihat sejak bencana, meninggalkan kita dengan banyak soalan yang tidak terjawab. Apa yang boleh kita lakukan adalah menunggu untuk binatang itu untuk menunjukkan dirinya sekali lagi dan memberikan kita peluang untuk memikirkan apa yang mungkin, malangnya ia akan muncul sekali lagi apabila bencana hampir terjadi sahaja.
KeteranganSaat ini belum ada bukti fizikal untuk menyokong kewujudan Bird Hitam Chernobyl.PemerhatianWalaupun beberapa pemerhatian Bird Hitam Chernobyl telah dilaporkan pada hari-hari yang membawa kepada Bencana Chernobyl, tiada pemerhatian yang di dokumenkan untuk makhluk iniStatistik• Klasifikasi: Burung• Saiz: 5 hingga 6 kaki tinggi• Berat: Tidak diketahui• Diet: Tidak Pasti• Lokasi: Chernobyl, Kesatuan Soviet• Pergerakan: Penerbangan dan dua kaki berjalan• Alam Sekitar: Tidak Diketahui

Jom sertai Bloglist Ramadhan Askrie Hishamuddin


Nak join jugak? klik kat gambar diatas.... Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK ye bro Askrie Hishamuddin...

Time2 cam nie la nak demam la.. (bukan nak cari alasan ponteng puasa eayh...) papehal.... selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang kepada kawan-kawan blogger, keluargaku dan isteriku tersayang... alhamdulillah...

Hanis Zalikha takut populariti



Blogger terkenal yang juga merupakan pendatang baru dalam industri perfileman, Hanis Zalikha mengakui bimbang sekiranya dirinya terlalu dikenali ramai.
"Saya takut untuk menjadi terkenal. Saya tidak risau tentang diri sendiri kerana tahu mampu menjaga diri sendiri. Jika buat salah, tanggung sendiri.
"Namun apa yang merisaukan saya ialah privasi keluarga terganggu kerana mereka tidak minta untuk jadi perhatian ramai, ujar heroin filem baru arahan Ahmad Idham, "Gangster Celop" seperti dipetik dari sebuah laman portal hiburan tempatan.
Walaubagaimanapun, Hanis yang sebelum ini pernah membintangi filem "Momok The Movie" teruja untuk memulakan penggambaran filem yang menampilkannya sebagai watak utama.
"Sebelum ini saya pernah melakonkan watak bunian dalam "Momok The Movie tetapi hanya untuk beberapa adegan sahaja.
"Oleh itu saya teruja menantikan penggambaran filem "Gangster Celop" bermula kerana ia merupakan filem pertama saya diberi kepercayaan memegang watak utama," ujar gadis yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Oktober ini.
Hanis menempa populariti di alam maya menerusi penulisan dalam blog peribadinya, tetapi enggan masyarakat melabelkan dirinya sebagai seorang blogger semata-mata.
"Saya mahu dikenali sebagai Hanis Zalikha iaitu seorang pelakon, pengacara dan apa jua bidang yang diceburi. Bukan sebagai seorang blogger sahaja," akhirinya.

Dr M: Buktikan saya seorang diktator


Bekas perdana menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya (www.chedet.cc) mahu mereka yang menuduh beliau sebagai seorang diktator agar membuktikannya.
Di penghujung zaman pemerintahnya, Dr. Mahathir diberikan banyak gelaran untuk mengaitkannya dengan pemerintahan kuku besi seperti ‘Mahazalim’, ‘Firaun’ dan ‘Diktator’.
Bekas perdana menteri itu membandingkan dirinya dengan bekas Presiden Mesir yang telah digulingkan, Hosni Mubarak, yang juga dikatakan sebagai seorang diktator yang mengamalkan pemerintahan kuku besi.
Menurut bekas ahli parlimen Kubang Pasu itu, di zaman pemerintahannya, Hosni Mubarak membunuh ribuan ahli Muslim Brotherhood serta memiliki harta kekayaan berjumlah US$70 billion (RM221 billion).
"Sewaktu berada di Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan.
"Di atas bumbung bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.
"Istana Presiden dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang masa. Musuh Mubarak tidak dibenarkan untuk berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan," tambah Dr. Mahathir.
Menurut bekas PM itu, Mubarak memegang jawatan selama 30 tahun tanpa ada pilihan raya, tiada kebebasan bersuara dan akhbar di Mesir pada ketika itu.
"Selama 30 tahun Mubarak menjadi presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi oleh orang lain.
"Tidak ada kebebasan bersuara atau akhbar bebas.
"Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan.
"Siapa sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri.
"Mereka juga boleh dibuang bila-bila sahaja," katanya di dalam blognya.
Beliau dalam penulisannya turut menyebut nama diktator-diktator seperti Hitler, Mussolini, Ferdinand Marcos, Nicolae Ceaucescu — pemimpin Romania yang dibunuh, serta Gadaffi dan Saddam Hussein.
Dr Mahathir juga menyoal pembaca blognya sama ada beliau pernah melakukan perkara-pekara seperti yang dinyatakan tentang Hosni Mubarak dan diktator lain.
"Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi PM Malaysia yang boleh menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator." kata bekas Presiden UMNO itu lagi.

Sunday, July 15, 2012

Bantulah adik Ahmad Sufi. Kalau tak mampu sumbang wang, bantulah dengan share

Jom bantu Tabung Ahmad Sufi.
x mampu bantu dengan duit, bantulah dengan SHARE maklumat ni kepada kawan2..






Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA HARI INI. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

(Note 28 Jun 2012: terima kasih kepada semua yg membuat hebahan tentang kisah Ahmad Sufi....dan kepada semua yang memberikan sumbangan anda...blogger2 dan mana2 orang perseorangan...atau badan2 kebajikan serta mana2 badan yang telah berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada tabung Ahmad Sufi...mohon maaf kepada anda yg masih mengalami masalah untuk membuat transaksi...akaun 152107010378(maybank) telah melebihi limit transaksi...tuan2 dan puan boleh berbuat demikian di akaun MAYBANK: JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

NO.AKAUN: 516015402261 ..mohon di hebahkan...dan saya mewakili keluarga ahmad sufi memohon maaf di atas segala kesulitan....)

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)


Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)

CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)

Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

sumbangan drpd anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya


Maklumat lanjut berkenaan perkembangan adik ni, bole rujuk disini


https://www.facebook.com/TabungAhmadSufi

Saturday, July 14, 2012

Edward Mordrake: Dua Muka


Kes Edward Mordake mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Dia adalah seorang lelaki yang hidup dalam abad ke-19 dan dilahirkan dengan kecacatan ganjil. Beliau mempunyai wajah tambahan pada belakang kepala yang mampu untuk ketawa atau menangis, walaupun tidak ada apa-apa bukti bahawa ia sebenarnya melahirkan emosi. Dia telah melakukan bunuh diri ketika berumur 23 dan hidupnya terasing  dalam sebahagian besar hidupnya.

Muka pada belakang kepalanya seolah-olah adalah seorang wanita, seperti yang diceritakan dalam Anomali dan Curiosities  diberitahu bahawa saya adalah muka perempuan yang cantik dalam bayangan, mengerikan seperti syaitan". wajah kedua itu juga mampu tersenyum ketika dia bersedih dan matanya seolah-olah mengikuti pergerakan orang-orang di sekeliling beliau. Menurut sesetengah sumber, ia kelihatan bahawa muka itu tidak mungkin seorang wanita kerana kembar parasit selalunya dari jantina yang sama. Jadi, seolah-olah bahawa cerita tentang wajah wanita cantik adalah hanya satu cara untuk membuat perkara ini lebih menakjubkan.

Satu lagi perkara yang menarik tetapi sangat tidak masuk akal adalah fakta bahawa muka tersebut seolah-olah bercakap, tetapi tiada apa yang boleh didengar. Walau bagaimanapun, Edward boleh mendengar apa yang dikatakannya dan beliau merayu kepada doktor untuk mengeluarkan muka itu dari kepalanya kerana ia bercakap kepadanya sentiasa tentang "perkara-perkara dari neraka". Tetapi pakar bedah enggan mengeluarkannya kerana ia adalah terlalu berisiko.

Beliau menggunakan racun untuk membunuh diri dan menulis dalam surat terakhirnya bahawa muka itu perlu dikeluarkan sebelum dikebumikan kerana takut kalau-kalau ia terus membisikkan perkara dahsyat dalam kuburnya.


Adakah ia kisah sebenarSukar untuk membuat keputusan, lebih-lebih lagi kerana tidak ada bukti sejarah. Tidak mungkin seorang lelaki dengan kembar parasit di belakang kepalanya, tetapi hakikat bahawa ia boleh bercakap adalah sesuatu yang telah direka-reka untuk membuat cerita kelihatan lebih hebat.

Tuesday, July 10, 2012

Siapa mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam?

Dengan tiba-tiba terkejut satu malaysia dengan berita individu mengamuk sehingga ditembak mati, tapi sebelum itu, kite perlu tahu siapa si pengamuk tersebut...


dikatakan inilah rupa individu yang mengamuk itu, bernama Khalil Afandi dan ini jugalah segala-gala yang berkaitan dengan suspek ini...

http://jayanegara1234.blogspot.com/
https://www.facebook.com/khalil.afandi.1
https://www.facebook.com/notes/jaya-negara/melayu-semakin-layu/117102191761711
http://www.facebook.com/jaya.negara.10?sk=wall

dan inilah berita yang keluar hari ini...


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.
Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama

 Jadi siapakah beliau sebenarnya, adakah penyelamat? atau yang patut dilaknat? berapa banyak manusia sebegini di akhir zaman ini????  sama-sama renungkan...