Monday, May 27, 2013

Canon EOS 650D vs Nikon D5200


Kalau tengok di mana-mana sekarang ini, banyak orang yang kini pakai DSLR. Dah tak rasa istimewa kalau anda beli sebuah sekarang ini. Akan tetapi masih terdapat model-model yang memberikan anda pengalaman yang lebih baik dari kamera kompak biasa. Canon dan Nikon – dua pengeluar kamera terkemuka memperkenalkan kamera kelas pertengahan mereka – EOS 650D dan D5200.
Rupa
Dari dulu lagi Canon dan Nikon telah berlaga-laga untuk memberikan pelanggan mereka produk yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Kedua-dua model ini melambangkan kesungguhan mereka. EOS 650D menggunakan plastik yang keras di dalam badannya dengan kemasa yang menunjukkan ianya nampak ‘tahan lasak’. Nikon pula menggunakan plastik yang hampir sama di D5200, tetapi dengan kemasan yang lebih halus – rasa macam ‘high class’ sikit.
Kedua-dua model ini mempunyai sensor bersaiz serupa, dengan jumlah megapiksel yang berbeza. Canon menggunakan sensor 18 megapiksel manakala Nikon menggunakan 24 megapiksel. Selain dari itu, kedua-dua model ini mempunyai skrin 3 inci yang boleh ditarik dan diputar, menggunakan kad memori SD, dan juga rakaman video sehingga tahap HD.
Yang ini...
Prestasi
Saiz sensor 650D dan D5200 adalah ciri penting untuk kamera-kamera ini. Nikon mempunyai sensor dengan resolusi yang lebih tinggi yang akan menjadikan gambar-gambar anda mempunyai kualiti gambar yang lebih tinggi sedikit. Kalau nak piksel yang lebih, pilih Nikon.
Canon pula cemerlang dari segi pengendalian. Ianya mempunyai skrin LCD dengan fungsi sesentuh. Kami rasakan ciri ini perlu hadir ke semua kamera – tak kisah kompak ataupun DSLR. Anda boleh putar/besarkan gambar di dalam mod tayangan, ataupun menukar titik fokus dan juga melepaskan pengatup di dalam mod penggambaran – dengan menggunakan jari anda sahaja. Tak ke best tu?
Pemprosesan imej dibuat sepenuhnya di dalam kamera, dan kedua-dua kamera ini mempunyai cip pemprosesan imej yang bagus. Dari Canon, ialah DiGiC 5. Gambar yang diproses dengan cip ini warna lebih panas dan bagus untuk gambar-gambar yang penuh aksi (sukan sebagai contoh). Nikon pula mempunyai Expeed 3 yang lebih bias kepada gambar-gambar potret, dan gambar yang diproses lebih sejuk dari Canon.
650D dan D5200 adalah model yang berkuasa. Kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang membezakan satu sama lain. Nikon mempunyai lebih panyak titik fokus (39 termasuk 9 jenis lintang) dan mod kreatif yang lebih lengkap. Canon pula mempunyai sistem autofokus hibrid dan jkuga mod HDR yang senang untuk dicapai – putar aja tombol mod.
...atau yang ini?
Spesifikasi
Canon EOS 650DNikon D5200
Sensor18 Megapixels24.1 Megapixels
Skrin3”, Fully-Articulated, 1,040,000 dot pixels3”, Fully-Articulated, 921,000 dot pixel, Touch
MemoriSD/SDHC/SDXCSD/SDHC/SDXC
SambunganCanon EF/EF-S mountNikon F mount
Kalis CuacaNoNo
VideoH.264/Motion JPEG
(1920 x 1080 max)
H.264/Motion JPEG (1920 x 1080 max)
Saiz Imej (max)5184 x 34566000 x 4000
Pemenang Untuk Kali Ini!
Pemenang: Canon EOS 650D
Memang Nikon mempunyai sensor yang lebih besar, yang memberikan gambar yang lebih baik – secara teorilah. Canon pula memberikan anda pengendalian yang lebih baik – ia mempunyai ciri-ciri yang lebih maju. Ini termasuklah skrin sesentuh, mode HDR dan sistem autofokus hibrid.
ini boleh membantu pengguna di dalam penggunaan seharian.

Gajet minggu ini!!


DICE+
Kalau anda seorang yang suka main permainan papan seperti Monopoly, Saidina ataupun yang sejenis dengannya, sudah masanya dadu anda memasuki abad ke 21. DICE+ ini berfungsi sebagai dadu permainan anda, dan selepas anda habis bermain, bertukar pula untuk menjadi alat kawalan gamekomputer. Menariknya!
Simpan jam anda di sini...
Doettling the Fortress
Anda mempunyai koleksi barangan yang berharga? Anda pasti akan masukkannya ke dalam peti keselamatan bukan? Dapatkan peti keselamatan terunggul dengan Doettling The Fortress. Dilabelkan sebagai ‘Peti keselamatan termewah dan terselamat di dunia’, ianya disaluti kulit anak lembu dan juga sebahagiannya disaluti emas. Mewah sungguh!
Bateri Kecemasan Di Pergelangan Tangan Anda!
Bracer of Battery Life +2
Anda mesti memiliki pek bateri untuk mengcas peranti anda di saat-saat yang genting bukan? Akan tetapi ianya kadang kala akan ditinggalkan di rumah kerana ianya besar. Oleh itu, pakai sahaja pek bateri anda. Bracer of Battery Life +2 boleh mencas dengan bateri 1500mAh nya, tapi kami syorkan ianya digunakan untuk kecemasan sahaja.

Bagaimana untuk membersihkan kanta anda


Bagi setiap kamera, lensa adalah unit paling penting yang perlu dijaga di dalam sesebuah kamera selepas badan kamera itu sendiri, lebih-lebih lagi jika ianya kamera boleh tukar lensa. Tanpa lensa, tidak ada makna pun sensor yang besar gedabak di dalam sesebuah kamera.
Oleh itu, ada beberapa syarat yang patut anda patuhi dalam penjagaan lensa kamera
  1. Oleh kerana lensa selalunya kaca, maka ia senang pecah
  2. Debu mungkin perkara kecil, tapi boleh menjadi masalah besar bagi lensa
  3. Jaga lensa macam anda jaga gelas minuman, berhati-hati dengannya tetapi tidak perlu terlalu berlemah-lembut.
Jadi dalam isu ini, akan menerangkan bagaimana anda boleh mencuci lensa anda.
Bersihkan pakai kain
Bersihkan LENSA ANDA!
Kenapa lensa perlu dicuci? Ini kerana setiap kali anda buka lensa dari badan kamera, debu AKAN masuk ke dalam kamera ,tidak kisah betapa cermat sekali anda keluarkannya dari badan kamera. Jika elemen depan dan penutup dicemari debu, ia akan menjadi lebih susah bagi sesebuah kamera untuk mefokus. Sama seperti orang yang memakai kaca mata, kalau lensa kotor memang imej tidak akan nampak jelas, tapi kalau dah dicuci, kalah video HD.
Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi mencuci lensa dan juga pelbagai produk berlainan yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Secara amnya, anda memerlukan satu set alat mencuci seperti di bawah bagi mencuci lensa (dan juga kamera anda yang akan kami meneliti dalam isu akan datang).
-          “LensPen” – sejenis pen pembersih bagi lensa
-          Peniup angin
-          Kain mikro fiber
Tidak perlukah kita menggunakan cecair pembersih? Tidak payah, kerana cecair pembersih yang ada di pasaran mungkin akan melunturkan selaput pelindung pada lensa anda. Jadi pada pandangan kami,  ketiga-tiga benda di atas ini sudah mencukup bagi penjagaan lensa anda.
Dengan perkakasan di atas, mari kita mulakan penjagaan lensa!
Pertama:
-          Membuang debu dari permukaan lensa
  • Langkah pertama ini penting kerana debu yang sekecil ini, walaupun susah dilihat, adalah keras dan kasar dan jika anda mengelap permukaan lensa tanpa membuang debu, ia boleh menyebabkan lensa anda tercalar.
  • Anda boleh gunakan peniup dan juga bahagian berus LensPen bagi langkah ini kerana peniup akan meniup keluar debu dari ruang yang sukar dimasuki, manakal pemberus akan  memberus debu keluar.
Kedua:
-          Mengelap permukaan lensa dengan kain mikro fiber
  • Kain mikro fiber ini seakan-akan hadiah kepada jurukamera kerana serat mikro pada kain ini akan mengelap debu yang tidak dapat diberus keluar
  • Serat mikro ini juga akan menyerap minyak gris dari cap jari yang mungkin terkena pada lensa itu.
Dah siap. Apa? Ingat kena buat lagi ke? Ya, setiap kali anda menggunakan kamera anda, kami nasihat agar anda membersihkan lensa sesudah sesi fotografi anda.
Bagaimana pula jika anda kesempitan masa dan hendak cepat mencuci lensa anda?
Untuk situasi sebegini, kami nasihati anda menggunakan LensPen. Pen ini adalah ciptaan sebuah syarikat dari Vancouver. Ia adalah satu peralatan mencuci kamera yang amat laris di dunia, terutamanya bagi para jurukamera.
LesnPen
Ia berbentuk seperti pen dan boleh disimpan terus di dalam beg kamera anda bagi mencuci lensa anda dengan pantas.
Untuk mencuci dengan LensPen:
Pertama:
-          Berus keluar kesemua debu dan kotoran dari bahagian yang anda mahu cuci dengan bahagian pemberus LensPen
-          Pastikan kesemua debu dikeluarkan dari setiap sudut yang boleh dicapai oleh pemberus itu
Kedua:
-          Cuci elemen lensa dengan bahagian pencuci.
  • Bahagian pencuci ini mempunyai bahan microfiber dan debu karbon yang bersama-sama akan membersihkan permukaan lensa anda.
  • Kalau dilakukan dengan betul, lensa anda akan kembali jelas seperti baru
Selepas siap, hanya tutup kembali LensPen dan pusing sebanyak suku jam bagi mengganti semula bahan pada kepala pencuci.
Itu dia, cara yang senang bagi mencuci lensa kamera anda. Tidak kira DSLR atau kamera kompak, asalkan lensa itu boleh ditukar, caranya sama saja.

Mari Belajar Mengenai DSLR – Kamera berkuasa untuk semua peringkat penggunaan


Untuk artikel pertama ini, kita akan bercakap mengenai DSLR. Kita semua pernah lihat/pegang/menggunakan DSLR, tetapi adakah anda tahu apa teknologi yang terkandung di dalam kamera tersebut?
Sejarah DSLR
Untuk bercakap tentang DSLR, kita perlu bercakap tentang SLR, kamera yang digunakan untuk membina DSLR. Maksud penuh DSLR ialah:
Digital Single Lens Reflex camera
ataupun
Kamera Reflex Lensa Tunggal Digital
oleh itu, boleh dilihat bahawa kamera SLR bermaksud:
Single Lens Reflex camera
Ataupun
Kamera Reflex Lensa Tunggal
Pada mulanya kamera menggunakan filem sebagai medium untuk menyimpan imej yang ditangkap oleh jurugambar. Oleh kerana pada masa itu pemidang tilik untuk kamera terletak di luar kawasan filem, apa yang dilihat melaluinya tidak semestinya melambangkan gambar yang dihasilkan.
Lebih kurang 1880an, rekabentuk untuk kamera SLR mula dibuat dan pengeluar-pengeluar utama pada masa itu telah menghasilkan kamera jenis baru yang memberikan jurugambar cara terbaik untuk mengkomposisikan gambar mereka dengan jelas dan mudah.
Dengan kehadiran dunia digital, tibalah sensor-sensor digital yang boleh dimasukkan ke dalam kamera untuk merakam imej yang dikehendaki. Canon adalah diantara pengeluar pertama yang menghasilkan kamera DSLR dengan model EOS D30. Kamera ini juga merupakan salah satu daripada kamera professional yang asal, dan menjadi pilihan jurufoto terkenal seluruh dunia untuk kerja mereka.
Sensor-sensor di pasaran
Jenis Sensor DSLR
Terdapat beberapa jenis sensor untuk DSLR yang kini digunakan di pasaran. Walaupun terdapat beberapa pengeluar yang berbeza, kebanyakan daripada mereka menggunakan salah satu daripada sensor-sensor yang tersenarai di bawah di dalam kamera mereka.
Sensor Frame Penuh
Sensor ini paling hampir dengan saiz filem zaman terdahulu. Jika anda ingat akan filem 35mm di dalam kamera-kamera lama dulu, saiz satu bingkai filem itu sama seperti saiz di dalam kamera yang mempunyai sensor ini. Kebaikan sensor ini adalah ianya memberikan kualiti gambar terbaik, dengan teknologi yang membolehkan setiap imej yang dirakam tidak mempunyai banyak “noise” ataupun bunyi bising di dalam gambar anda.
Sensor ini juga mempunyai ratio 1:1 bagi setiap imej yang dirakam, yakni apa yang diambil dengan kamera ini akan mempunyai medan pemandangan yang serupa jika dibandingkan dengan imej yang diambil dengan filem 35mm yang lama
Contoh kamera yang menggunakan sensor ini: Canon 1DX, 5D Mk III 60D, Nikon D4, D600, Sony A99
Sensor APS-H
Sensor ini mempunyai lebih kurang 64% keluasan sensor berbanding sensor Frame Penuh, dan oleh itu ianya akan memangkas imej yang diambil.
Sensor ini mempunyai ratio 1:1.3 bagi setiap imej yang dirakam, yakni apa yang diambil dengan kamera ini akan mempunyai medan pemandangan 1.3 kali lebih kecil jika dibandingkan dengan imej yang diambil dengan filem 35mm yang lama
Contoh kamera yang menggunakan sensor ini: Canon EOS-1D Mark IV, 1D Mark III, 1D Mark II ,EOS-1D
Sensor APS-C
Sensor ini adalah sensor yang paling banyak digunakan oleh pengeluar di pasaran sekarang. Ianya mempunyai keluasan sensor sebanyak ~40% jika dibandingkan dengan sensor Frame Penuh. Seperti APS-H. Imej yang dirakamkan akan dipangkas mengikut ratio tertentu.
Sensor ini mempunyai ratio 1:1.5 bagi setiap imej yang dirakam, yakni apa yang diambil dengan kamera ini akan mempunyai medan pemandangan 1.5 kali lebih kecil jika dibandingkan dengan imej yang diambil dengan filem 35mm yang lama
Contoh kamera yang menggunakan sensor ini: Canon 7D, 650D, 1100D, Nikon D5200, D3200, Sony α57, α37
Sensor FourThird
Sensor ini mempunyai lebih kurang 27% keluasan sensor berbanding sensor Frame Penuh, dan oleh itu ianya akan memangkas imej yang diambil.
Sensor ini mempunyai ratio 1:2 bagi setiap imej yang dirakam, yakni apa yang diambil dengan kamera ini akan mempunyai medan pemandangan 2 kali lebih kecil jika dibandingkan dengan imej yang diambil dengan filem 35mm yang lama
Contoh kamera yang menggunakan sensor ini: Olympus E5
Sensor nampak apa?
Saiz Sensor
Di sini terdapat carta yang menunjukkan saiz-saiz sensor yang digunakan oleh pengeluar DSLR dunia. Anda boleh juga lihat gambar sebenar sensor tersebut setelah dikeluarkan daripada kamera.
Seperti yang anda boleh lihat di atas, contoh medan pemandangan setiap sensor boleh rakamkan jika jurugambar tidak bergerak dari sesuatu lokasi.

Flash - Lampu Denyar


Anda pernah mengambil gambar di dalam suasana gelap, dan gambar anda langsung gelap? Ataupun samar-samar aje subjek di dalam gambar anda? Ini bermakna anda perlu menggunakan flash ataupun lampu denyar.
Cahaya semula jadi menawarkan jenis pencahayaan yang terbaik – akan tetapi kalau anda di dalam kawasan yang kurang cahaya, ataupun perlu menerangkan muka subjek anda, lampu denyar adalah pilihan utama.
Sazi denyar adalah kecil – terutamanya jenis yang terbina dalam DSLR anda. Oleh itu anda perlu memasang unit denyar yang lebih besar jika anda hendak menerangkan lebih banyak subjek di dalam gambar anda.
Mengikut jenis fotografi, anda boleh menggunakan denyar untuk pelbagai jenis fotografi yang berbeza. Yang penting adalah berapa terang anda perlukan denyar anda untuk menyala.
Ini boleh dilihat dari nombor panduan yang menunjukkan kuasa denyar. Nombor panduan ini adalah kuasa maksimum untuk sesebuah unit denyar. Jadi , jika anda hendak menggunakan apatur yang betul untk denyar yang berbeza, formula berikut boleh digunakan:

f = nombor panduan / jarak subjek dari kamera

Akan tetapi dengan unit-unit denyar moden, badan kamera tersebut akan membuat pengiraan nilai f dengan automatik.
Banyak jenis dan saiz lampu denyar
Jenis-jenis Denyar
Di pasaran sekarang, terdapat dua jenis denyar yang sering digunakan oleh pengeluar-pengeluar utama denyar dunia. Syarikat seperti Canon, Sony, Metz dan sebagainya menggunakan dua rekabentuk ini sebagai panduan untuk produk mereka:
Untuk kegunaan biasa
Denyar Standard
Menggunakan rekabentuk seperti ular tedung, denyar ini digunakan oleh banyak pengeluar kerana ianya mempunyai bentuk yang paling sesuai untuk menyalakan subjek dengan efisien. Bentuk ini juga meletakkan lampu denyar ini di atas badan kamera, melepasi lensa yang paling besar dari Canon.
Kalau nak ambik gambar subjek dekat sikit...
Denyar Makro
Bagi mereka yang suka mengambil gambar yang berjarak dekat, denyar ini adalah paling sesuai. Unit denyar ini diletakkan di bahagian hadapan kanta, berbanding dengan denyar standard yang duduk di atas kamera. Ini membolehkan cahaya yang lebih cerah dipancarkan ke subjek imej makro itu.
Aksesori tambahan untuk kamera anda
Terdapat juga aksesori yang anda boleh pasang ke kamera anda untuk menyalakan lampu denyar dari jarak jauh. Ini membolehkan anda menghalakan cahaya denyar ini ke arah yang lain, dan kanta kamera anda masih berada menghala ke subjek anda.

Full Frame - Canon EOS 6D


Terasa macam semua kembali ke asal usul fotografi pulak. Sebelum ini, cara termurah untuk mengambil gambar adalah dengan menggunakan kamera filem. Sekarang kamera ‘Full Frame’ yang mampu milik sudah boleh didapati, dan ini bermakna sensor adalah sama saiz dengan filem lama. Canon 6D adalah kamera terbaru Canon, yang direka untuk semi-pro yang mahukan badan lebih ringan untuk dibawah tetapi masih memerlukan sensor full frame. Mari kita lihat bagaimana 6D ini berfungsi
Lebih Dari Cahaya
Pertama kali kamu memegang kamera ini, kamu pasti akan terkejut dengan beratnya, atau lebih tepat lagi betapa ringannya kamera ini. Memang ia tak seberat yang disangkakan. Malah ia lebih ringan dari 7D. Ianya kamera yang kami tak kisah untuk bawa sepanjang hari bagi menghadiri majlis atau berjalan-jalan.
Gabung dan Campur
Dari segi reka bentuk, 6D menggabungkan beberapa konsep praktikal 7D pada cesi dan juga beberapa elemen baru yang diambil dari siri 5D. Ia lebih kurang 10 peratus lagi kecil dari 7D dan 5D Mark II. Malah ia juga 10 peratus lebih ringan dari kedua – duanya. Bahan dan binaan kamera baru ini memastikan ia lebih kecil dan ringan dari model terdahulu. Yang bagus? Tiada kompromi dari segi prestasi.
Memang cantik kamera ini
Prestasi Berkuasa
Canon, bagi menjadikan 6D yang terbagus dalam pasaran semi-pro, berjaya memasukkan banyak teknologi dan inovasi baru yang memastikan ia lebih hebat dari model terdahulu. Ianya datang dengan pemproses imej DIGIC 5, sensor 20 megapiksel yang lebih besar, skrin LCD tiga inci dengan resolusi 1,040,000 titik piksel dan juga sistem fokus auto berterusan 4.5 bingkai sesaat. Bagi sesetengah orang, ia sesuai bagi badan kamera kedua. Bagi orang lain pula, ia adalah kamera paling sempurna.
Satu lagi yang kami suka adalah tahap ISO kamera ini. Secara spesifiknya, kamera ini dapat menangkap imej pada tahap ISO sehingga 25600. Ya, ia amat tinggi. Dan lebih bagus, tiada efek bunyi! Kami mengepilkan beberapa gambar sampel pada muka surat sebelah jika kamu tak percaya pada kami.
Alatan Tambahan
6D adalah kamera DSLR dari Canon yang mempunyai WiFi terbina dalam, yang bermakna tak perlu lagi alat sambungan yang besar. Menggunakan aplikasi yang dibekalkan Canon, kamu dapat mengambil gambar dari jauh menggunakan peranti iOS! Bayangkan gambar keluarga yang kamu mahu bersama sekali di dalamnya.
6D adalah kamera yang patut dimiliki. Kamu bila lagi nak beli?
Contoh Gambar
canon6d-sample1
canon6d-sample2
canon6d-sample3
Price: RM 8599 (dengan kanta EF24-105)
Dimensi (HxWxD): 145 x 111 x 71 mm
Spesifikasi Penting: 770 gram, 20 megapiksel Full Frame CMOS, sehingga ISO 26500, sehingga 1080p video pada 29.59 minit, sambungan WiFi terbina dalam,  SD/SDHC/SDXC
Hasil Ujian: Memang sebuah kamera yang mengagumkan.
Skor: 8.8/10

Jenis Kanta Untuk Kamera DSLR Anda



Setelah membeli DSLR pertama anda (tidak kira ianya yang untuk pengguna novis, ataupun profesional), adakah anda akan terus menggunakan kanta kit yang diberikan semasa anda membeli kamera DSLR tersebut?
Ciri DSLR yang unik ialah ianya boleh menukar-nukar kanta mengikut keperluan semasa. Fungsi ini adalah ciri paling unik DSLR, yang membezakan ia dari kamera kompak.
Kali ini kami akan memberikan senarai jenis kanta yang boleh dipasang ke kamera DSLR anda, dan juga situasi yang memerlukan kanta tersebut. Kesemua pengeluar DSLR mempunyai kanta yang serupa, cuma berbeza sedikit dari segi reka bentuk, fungsi dan juga jarak fokus kanta tersebut.
Contoh kanta telefoto
Kanta Telefoto
Kanta ini adalah kanta khas untuk situasi di mana anda memerlukan subjek di jarak yang dekat. Dengan kanta telefoto, sudut pemandangan adalah sempit – seolah-olah anda berada rapat dengan subjek. Kanta telefoto sesuai untuk fotografi sukan dan hidupan liar. Bayangkan aksi-aksi sukan di hujung padang, diambil dengan DSLR dilengkapi kanta telefoto. Macam kat sebelah sahaja!
Contoh kanta pandangan luas
Kanta Luas
Semasa anda menggunakan kanta bersudut luas, sudut pandangan adalah luas, dan objek-objek yang dekat dengan kamera akan nampak lebih besar daripada objek yang berada lebih jauh. Kanta-kanta sudut luas berfokus tetap dan zum luas memberikan pengguna kebolehan untuk menangkap gambar di dalam ruang yang sempit, tetapi masih mengambil keseluruhan lokasi dalam satu gambar sahaja.
Contoh kanta makro
Kanta Makro
Untuk fotografi jarak dekat, anda perlu menggunakan kamera makro. Kanta yang dipanggil makro boleh memfokuskan ke objek dengan jarak beberapa sentimeter sahaja, berbanding dengan 20 sentimeter untuk kanta biasa. Kanta-kanta makro biasanya digunakan untuk menangkap objek-objek kecil seperti flora dan fauna, dengan pembesaran 1:1.


Chromebook Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – melalui Yes 4G


Chromebook kini sudah tiba di Malaysia! Chromebook merupakan komputer riba yang selamat, mampu dimiliki serta ringan dan direka untuk memudahkan perkara-perkara seharian seperti menghantar e-mel, melayari web, mencipta/menyunting dokumen dan berkongsi seisi keluarga.
Chromebook boleh boot dengan pantas dan boleh menyambung semula ke internet dengan serta merta. Terima kasih kepada sistem kemaskini automatik, ia juga menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Tiada persediaan atau penyelenggaraan diperlukan. Dengan ciri-ciri keselamatan sedia terbina, tidak perlu bersusah-payah - ia terus berguna. Ia juga datang bersama produk Google kegemaran anda seperti Gmail, Google+, Drive dan YouTube, termasuk beribu app web, terus ke hujung jari anda.
Ianya kini boleh didapati dari kedai atas talian Yes di http://shop.yes.my/chromebook

Konsol Generasi Terbaru Telah Tiba – Memperkenalkan Xbox One


Untuk peminat konsol daripada Microsoft, mereka telah mengumumkan ketibaan konsol terbaru mereka yang dijangkakan akan datang ke pasaran pada penghujung tahun ini. Ianya dinamakan Xbox One.
Konsol generasi terkini dari Microsoft ini akan menggunakan cip prosessor x86, seperti apa yang anda boleh jumpa di dalam PC anda, dan juga di dalam Sony Playstation 4 yang baru. Konsol ini mempunyai rekabentuk yang lebih kotak dari versi sebelum ini – seperti Xbox very pertama.
Di antara fungsi baru yang diperkenalkan dengan konsol ini adalah alat kawalan berbentuk baru, Kinect baru, dan juga perkenalan fungsi-fungsi untuk Xbox baru ini digunakan bersama-sama TV anda untuk melengkapkan pengalaman ruang tamu anda.
Soalan yang paling penting untuk pengguna Malaysia tidak dijawab semasa pengumuman konsol baru ini – bila ianya akan datang ke pasaran tempatan?
Xbox One yang baru

Sold! Antique Apple-1 brings a record $671K

Apple-1 computer


One of only a handful of 37-year-old, still-working Apple-1 computers sold for a record three-quarters of a million dollars Saturday at an auction in Germany.
The record price was paid by an anonymous bidder. In an interview with theNew York Times, Auction Team Breker of Cologne, which sold the Apple-1, said the buyer was a "wealthy entrepreneur from the Far East."
According to the auctioneer's website, the Apple-1's sales price was €420,000, or $542,000 at current exchange rates. The total, including a 22.3% commission as well as taxes, was $671,400.
That eclipsed the $640,000 record for an Apple-1 established last November at an auction also conducted by Breker, and was nearly double the upper estimate of approximately $390,000 set by the auctioneer earlier this month.
The two Apple-1s sold by Breker in November and on Saturday were in working condition, a rarity for the nearly-four-decade-old computer. Experts believe that there are only six operational Apple-1 computers remaining, and just an estimated 50 or so that have survived in all.
The Apple-1 that sold yesterday, like each of the approximately 200 made, was a simple circuit board hand-built by Apple co-founder Steve Wozniak in 1976. Buyers had to provide their own power supply, keyboard and monitor. At the time, an Apple-1 sold for $666.66, equivalent to $2,724 in today's dollars, or almost as much as a current 15-in. MacBook Pro with a Retina-quality display.
Included with the Apple-1 was the original manual and a Jan. 19, 1978 letter signed by co-founder Steve Jobs. In the letter, written to the Apple-1's original owner, Fred Hatfield, a retired electrical engineer who now lives in Louisiana, Jobs offered to exchange Hatfield's Apple-1 for an Apple II 4K motherboard if Hatfield ponied up another $400. Hatfield declined.
The Apple-1 circuit board had also been signed by Wozniak.
While the price paid was a record, it was no surprise that it sold for hundreds of thousands.
Earlier this month, Mike Willegal, an engineer with a major technology company who has identified 41 Apple-1 computers, observed that the Hatfield system had been restored to working order. "It seems like the European auctions seem to be gathering the highest bids, so it may well reach its estimated value," Willegal said at the time in an email.
Willegal was referring to past auctions in Europe, including the $640,000 Apple-1 sale by Breker in November and a then-record $374,500 for another working Apple-1 sold by Sotheby's in June 2012.
Also sold during Breker's Saturday auction was a 1983 Apple Lisa-1, a precursor to the original Macintosh of the next year, which went for €34,000 (about $44,000), and a 1977 Apple II that ended bidding at €4,400 ($5,680). The Apple II was the follow-up to the Apple-1, and the company's first computer with a case and built-in keyboard.
Both the Lisa-1 and Apple II sold for well over their original prices. The Lisa-1 ran $9,995 new in 1983, or $23,334 in 2013 dollars adjusted for inflation, while the Apple II, was priced at $1,298 in 1977, equivalent to $4,980 today.