Thursday, July 19, 2012

Hanis Zalikha takut populariti



Blogger terkenal yang juga merupakan pendatang baru dalam industri perfileman, Hanis Zalikha mengakui bimbang sekiranya dirinya terlalu dikenali ramai.
"Saya takut untuk menjadi terkenal. Saya tidak risau tentang diri sendiri kerana tahu mampu menjaga diri sendiri. Jika buat salah, tanggung sendiri.
"Namun apa yang merisaukan saya ialah privasi keluarga terganggu kerana mereka tidak minta untuk jadi perhatian ramai, ujar heroin filem baru arahan Ahmad Idham, "Gangster Celop" seperti dipetik dari sebuah laman portal hiburan tempatan.
Walaubagaimanapun, Hanis yang sebelum ini pernah membintangi filem "Momok The Movie" teruja untuk memulakan penggambaran filem yang menampilkannya sebagai watak utama.
"Sebelum ini saya pernah melakonkan watak bunian dalam "Momok The Movie tetapi hanya untuk beberapa adegan sahaja.
"Oleh itu saya teruja menantikan penggambaran filem "Gangster Celop" bermula kerana ia merupakan filem pertama saya diberi kepercayaan memegang watak utama," ujar gadis yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Oktober ini.
Hanis menempa populariti di alam maya menerusi penulisan dalam blog peribadinya, tetapi enggan masyarakat melabelkan dirinya sebagai seorang blogger semata-mata.
"Saya mahu dikenali sebagai Hanis Zalikha iaitu seorang pelakon, pengacara dan apa jua bidang yang diceburi. Bukan sebagai seorang blogger sahaja," akhirinya.

No comments:

Post a Comment