Tuesday, July 10, 2012

Siapa mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam?

Dengan tiba-tiba terkejut satu malaysia dengan berita individu mengamuk sehingga ditembak mati, tapi sebelum itu, kite perlu tahu siapa si pengamuk tersebut...


dikatakan inilah rupa individu yang mengamuk itu, bernama Khalil Afandi dan ini jugalah segala-gala yang berkaitan dengan suspek ini...

http://jayanegara1234.blogspot.com/
https://www.facebook.com/khalil.afandi.1
https://www.facebook.com/notes/jaya-negara/melayu-semakin-layu/117102191761711
http://www.facebook.com/jaya.negara.10?sk=wall

dan inilah berita yang keluar hari ini...


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.
Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama

 Jadi siapakah beliau sebenarnya, adakah penyelamat? atau yang patut dilaknat? berapa banyak manusia sebegini di akhir zaman ini????  sama-sama renungkan...

No comments:

Post a Comment