Tuesday, January 29, 2013

SETAN, SYAITAN, SULTAN (Dipetik dari shalattas.blogspot.com)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kaum keluarganya.Amin.


Siapakah anda, syaitan, setan atau Sultan?Sudahkah anda kenal siapa diri anda sebenarnya?Siapa Tuhan anda?Tahukah anda yang anda ialah rahsia Tuhan dan Tuhan adalah rahsia anda.Apakah anda mahu jadi ‘wali Allah’ atau ‘wali Syaitan’?Dalam diri hanya ada satu Tuhan, Allah.Siapa yang anda sembah?Wajah siapa yang ada dalam ingatan semasa mengerjakan solat?Hidup ini menjawab soalan, mati juga nanti kena jawab soalan.Fikirkanlah.Dalam buku ini ada banyak soalan tentang hidup dan kehidupan, Tuhan dan keTuhanan, manusia dan kemanusiaan.
 
Di dalam Al-Quran, perkataan ‘sultan’ boleh membawa beberapa jenis makna. Sebagai contoh, Nabi Musa a.s diutus dengan ayat-ayat yang nyata dan bukti (sultan al-mubin) yang nyata (yakni mu’jizat) bukan raja atau sultan - Surah Hud: 96. Ia juga membawa maksud  kesahihan atau perkataan autoriti dalam bahasa Inggeris seperti yang terdapat dalam Surah Ali Imran ayat 151, dimana Allah SWT mengisikan perasaan gerun dalam hati mereka yang menyembah sesuatu tanpa ‘kesultanan’ (ayat-ayat yang nyata). Anda sembah apa? Siapa manusianya?Berapa kali sehari anda minta ampun pada Tuhan?

Perkataan ‘sultan’ boleh membawa maksud pengaruh, seperti dalam surah Al-Nahal ayat 99 apabila Allah SWT berfirman bahawa ‘syaitan’ itu tidak akan mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat pada Tuhan mereka. Maka takut apa pada setan atau manusia jika anda beriman dan takut pada Tuhan?

Iqrak’. Baca, bacalah dengan nama Tuhan. Hanya dengan membaca, berfikir, bertafakur, untuk  mendapat ilmu tauhid. Sudah kenal Tuhan baru Islam.Islam bermula dengan ilmu, iman, amal ikhsan, ikhlas.

Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita pandang dengan ‘mata kepala’, renung dengan ‘mata hati’, sesungguhnya ada manusia yang menjadi kekasih (wali Allah SWT, dan ada pula yang telah menjadi kekasihnya syaitan). Selaku manusia yang Tuhan anugerahkan dengan akal, beranikah kita bertanya, betulkah pemimpin itu bayangan Tuhan di atas muka bumi atau jelmaan syaitan?Lu fikirlah Bro.

“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.”

Surah Al-A’raf : 176

“Sesungggunya dalam kisah-kisah mereka adalah bahan peringatan bagi orang-orang yang berfikir.”

Surah Yusuf : 111

Untuk membezakan antara keduanya ini kita harus berani berkata benar. Nak Jadi Berani hadirkan diri ke ALXSLife Eent Ilmu Berani Sabtu 22 Disember Ini daftar di sini: http://ilmuberani.eventbrite.com/

Apa nak jadi, jadilah. Jangan peduli, tawakal pada Allah SWT. Hanya bila kita timbulkan kebenaran (yang haq) yang palsu (batil) akan hilang. Kerosakan yang berlaku akibat cinta dunia, takut mati, takut berkata benar, menyembunyikan kebenaran.Allah SWT serta Rasulullah SAW memerintahkan kita, ajarlah kebaikan dan cegah kemungkaran.Bila lagi kita mahu sekolahkan mereka yang merasa diri berkuasa, yang egonya terlalu besar?

Macam mana hendak ajar kebaikan dan cegah kemungkaran, sebelah tangan peluk periuk nasi, sebelah tangan pegang Al-Quran.Macam mana nak ajar ilmu, iman dan mengharapkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT?Sila lawati ke http://alattas-universityoflife.blogspot.com/ atau layari www.shalattas.blogspot.com.

Wali Allah’ itu adalah manusia biasa macam kita juga, bukan yang menunjuk-nunjukkan keIslaman mereka dengan pakaian luaran, ada kalanya orang menganggap mereka gila namun mereka adalah orang-orang yang beriman atau mukmin yang bertaqwa, yang ikhlas kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan hati serta benar-benar melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasulnya dengan teguh sebagai contoh Awis Al-Karani ‘wali Allah’ dari Yaman di zaman Omar ibni Khattab menjadi khalifah, dia hanya seorang gembala unta.

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”“Mereka adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.”“Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.”

Surah Yunus : 62-64

Saya mendapat ilham untuk menulis buku ini ketika berada di Melaka untuk mencari pewaris Sultan Selangor.Jika UMNO mahukan OKU UMNO yang ‘sakit’ juga sebagai pengganti, nanti ramai yang sakit hati, UMNO mati lagi.Sebagai penganalisa dan peramal politik saya berhak mengemukakan calon.

Di Barat, nilai kepimpinan di ukur daripada kemampuan dan kelayakan serta sokongan masyarakat meritokrasi bukan di ukur daripada keturunan, dipilih dari anak Perdana Menteri dan anak menteri atau orang yang dikehendaki oleh bini dan menantu Perdana Menteri. Mereka tidak pentingkan soal keturunan kerana negara mereka banyak anak haram.Jadi ‘soal keturunan bukan jadi perkara utama tetapi kemampuan yang menjadi perkara yang lebih utama kerana kita bukan nak pilih pengganti Sultan, tak perlu ada kelulusan. Bodoh, jahat pun tak apa, anak raja boleh jadi raja’. Ramai yang nak jadi anak raja biarpun mereka benci raja.

Barat mementingkan kemampuan dan kelayakan kerana di negara mereka terdapat banyak golongan intelektual yang berani mempersoalkan setiap tindakan politik.Bukan sebarangan orang yang boleh tabah menghadapi protes dari golongan intelektual.

Ajaran yang benar tidak menarik minat orang jika dibawa oleh orang-orang yang peribadinya tidak bersih”.

Tiba-tiba saya teringat kepada Sheikh Ismail Sultan Al-Ariffin yang makamnya berada di Pulau Besar. Mari kita bacakan Al-Fatehahuntuk Sheikh Ismail Sultanul Ariffin sebelum kita meneruskan apa yang sedang kita buat. Sudah menjadi kebiasaan saya bila melalui tanah perkuburan di mana saja saya akan beri salam kepada ahli kubur dan menghadiahkan Al-Fatehah.

Semasa Dr. Mahathir datang ke Pulau Besar untuk Tapa-Nyai Resort, ketika itu Tan Sri Rahim masih lagi Ketua Menteri, saya mempelawa mereka supaya menziarahi makam Ariffin Sultannul Awlia, permintaan saya tidak dilayan. Saya teringat satu waktu Melaka pernah mengalami kemarau yang teruk. Jangan cuba memusuhi para ‘wali Allah’, kita akan diperangi Allah.

Keramat Pulau Besar Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a), adalah keturunan ke-18 dari Rasullullah SAW.Beliau dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir, ibunya bernama Sayyidah Fatimah keturunan dari ‘Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang ‘wali Allah’ yang sangat masyhur di seluruh dunia. Makamnya berada di Baghdad Iraq.Beliau juga dikenali sebagai ‘Wali Lanang’ di Kepulauan Melayu.

Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a meninggalkan dunia pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun, jasadnya dikebumikan di Pulau Besar. Makam ini menjadi tumpuan utama oleh semua agama Hindu dan Islam yang percaya kepada kuasa mistik. Penganut Wahabi menganggap menziarahi makam para ‘wali’ satu perbuatan ‘syirik’ dan ‘bidaah’, tapi pergi ke tempat perjudian, cari perempuan untuk dizina, gay cari lelaki, minum alkohol, o.k, kerana Islam liberal yang bebas mengikut nafsu kehaiwanan.

Menurut riwayat, sewaktu ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M bersamaan 900H, antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim r.a. Ajaran Islam yang dibawa berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa dan Kelantan. 

Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri). Jika di Indonesia ada 9 wali yang tersohor (Wali Songo), di Malaysia juga terdapat Tok Kenali di Kelantan, Tok Ku Paluh di Terengganu, Tuan Haji Said Linggi di Seremban, Habib Noh Al-Habsyi di Singapura dan Habib Muhamad bin Salim Alattas.

Bila kita menceritakan mengenai ‘wali Allah’, kita jangan lupa pada ‘wali syaitan’ yang kerjanya membawa manusia ke lembah kemaksiatan melalui nafsu ‘amarah’. Manusia yang liberal dengan hak asasi manusia lebih yakin pada ‘wali syaitan’ dari ‘wali Allah’ yang membawa mereka ke jalan ‘siratul mustaqim’. Mereka yang bertanggungjawab mengenai agama Islam buat apa? Dalam kehidupan manusia, cuma ada satu bos, Allah raja sekian alam sebab itu dosa yang paling besar menduakan Tuhan. Munculnya ramai yang murtad, LGBT, ketua-ketua agama buat apa? Manusia yang buta didunia akan buta di akhirat - Al-Quran.

Islam di nusantara dimulakan oleh para ahli sufi yang ada ‘karamah’ bukan pedagang dari India yang buta ‘mata hati’. Ini dibuktikan oleh kajian Prof Naquib Al-Attas dalam bukunya ‘Some of Sufism As Understand and Practiced Among The Malays’.

Kita hanya ada satu nyawa, satu roh dan satu badan.Bolehkah ada dua pemandu membawa satu kereta? Lu fikirlah sama ada Tuhan yang kau sembah atau syaitan? 

Syaitan boleh memberikan macam-macam permintaan sebab itu ramai orang kaya lupa berdoa pada Tuhan.Apa kehendak semua dapat, terlupa diri hamba Allah akibat telah menjual roh kepada setan. Balasannya bila hampir menemui ajal baru teringat Tuhan atau ditimpa kesusahan di mana wang dan pengaruh sudah tak berguna lagi.Jangan sudah terlalu lambat untuk bertaubat baru menyesal.





“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (kejurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.”

 (Surah Al-A’raf :182-183)

“Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka.Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan.
(Surah Al-Imran : 178)

Kerana buku yang saya tulis ini mengenai Raja-Raja Melayu maka mengikut sejarah, Melaka ini diasaskan oleh Parameswara, Sultan Melaka yang pada asalnya seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang. Diasas antara pada tahun 1400 hingga 1403.Parameswara ini keturunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun.

Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah berkahwin dengan Puteri Pasai, Raja yang beragama Islam.Raja yang mendengar cakap isteri kerana sayangkan isterinya Islam.Itulah sebabnya semasa Parameswara masih berkuasa, beliau telah berjaya mengIslamkan rakyat Melaka.Hendak tengok rakyat, tengok Rajanya, kalau Raja ‘wali syaitan’ ramai rakyat yang perangai macam setan.Jika raja berjaya menanamkan ajaran Islam maka hiduplah ‘Daulah Islamiah’, maka raja mempunyai ‘daulat’.

Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka mula menjadi empayar, melakukan pembesaran jajahan di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai Timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri).Melihatkan kerajaan Melaka mula agresif, Raja Siam marah sebab Raja Siam menganggap Melaka sebagai dibawah jajahan Kedah, yang pada saat itu menjadi sekutu Siam.Siam serang Melaka pada 1455 dan 1456 tetapi tidak dapat dikalahkan.Bila teringat Siam dalam ‘dunia tanpa sempadan’ saya muatkan cerita Raja Siam kerana dunia hari ini ada dalam genggaman kita. Kebetulan semasa menulis buku ini saya ke Bangkok dibawa oleh Boy, anak buah saya untuk bertemu dengan Kamal Hisham, peguam yang mengeluarkan berita di internet yang dia menerima ancaman bunuh oleh kerabat di raja Johor. Selaku seorang ‘investigative writer’, saya tidak boleh ambil berita di internet tanpa membuat penyelidikan punca pergaduhan Kamal Hisham dan ‘Yem’ Sultan Johor.

Bila menulis mengenai Raja kita, adalah tidak adil jika kita tidak menyampaikan amanat Sultan Ibrahim yang sudah tersiar di media masa arus perdana kerana isi buku ini ada kaitan dengan Sultan Ibrahim, orang yang dituduh oleh Kamal Hisham mahu membunuhnya. Yang pelik ‘Yem’ nama panggilan Sultan Johor berdiam seribu bahasa, disini saya turunkan titah Sultan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia.

“Jangan harapkan pujian yang manis atas segala kejayaan yang dicapai, tetapi bersedialah untuk menerima cacian atas satu kegagalan yang kecil. Masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik,” titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 1/2011 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Raja-Raja kita di Malaysia beragama Islam, menjadi tanggungjawab kita menyampaikan amanat Rasulullah SAW di Haji Wida’.Untuk menyelesaikan masalah kita harus kembali kepada Al-Quran dan Ahlul Bait Rasulullah SAW.Apakah tidak boleh menyelesaikan masalah raja dan peguam menggunakan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW?

Kebanyakan buku saya mempunyai tajuk yang mencemaskan mereka yang tidak berilmu dan tidak berfikir, sebagai contoh buku ‘Sunnah Nabi Muhammad vs Sunnah Mahathir Mohamad’. Kebanyakan ‘orang kita’ nama saja intelek tetapi tidak berani mengkaji asal usul perkataan. Sebagai contoh buku saya Tuanku Mahathir Lawan Sultan Mahmud Iskandar.Berapa orang yang terfikir bahawa YAB Perdana Menteri adalah umara?Umara itulah Tuanku, dialah lambang ketuanan Melayu kerana kuasa sepenuhnya berada di tangan Perdana Menteri, Raja sebagai lambang saja.

Tajuk buku ini saya dapat dari filem ‘Seniman Bujang Lapuk’, bila Sudin yang sepatutnya kata “Sultan Harun Aminul Rashid melawat kebun limau”.Dia kata “setan Harun Aminul Rashid melawat kebun harimau”.

Tahukah mereka dari mana datangnya perkataan Tuanku? Tuhan dalam bahasa Melayu yang bermula dengan ‘Tuan’, orang yang disembah masakan saya mesti taat pada perintah ‘Tuan kau’, ‘Yem’ bukan ‘Tuanku’. Perkataan Tuanku, yang disembah macam Tuhan bukan Tuanku seperti dalam Surah Al-Kafirun “Aku tidak sembah apa yang kau sembah, engkau juga tak sembah apa yang aku sembah”. Tuan kau, Tuan kau, Tuan ku Tuhanku. Dulu orang Melayu memanggil Tuhan dengan nama ‘Dewata Mulia Raya’.

Apakah kita pernah terfikir tentang ayat-ayat Al-Quran yang menggunakan perkataan ‘sultan’?Apakah kita selaku manusia bukan ayat-ayat Tuhan? Sebagai insan yang diberi kuasa untuk mentadbir satu-satu ‘daulah’, seorang sultan itu hanyalah diberi kekuasaan berdasarkan ketaatannya pada syariat Allah seperti kata Khalifah Abu Bakar ketika pertama kali naik ke atas mimbar “aku bukanlah yang terbaik di kalangan kami. Seandainya aku taat pada perintah Allah dan Rasul kamu taat padaku.Jika tidak kamu berhak meninggalkan aku”. Perkara yang sama dilakukan oleh Almarhum Sultan Mahmud Iskandar ketika dilantik menjadi Sultan Johor di dalam Masjid Abu Bakar.

Bukankah kuasanya itu merupakan satu amanah  yang akan dipersoalkan? Raja-raja di negeri-negeri Barat mengakui bahawa mereka mempunyai ‘divine right’ sedangkan hanya Allah SWT saja yang mempunyai kuasa yang sepenuhnya.

1956 ketika Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka. Kuasa Raja berada di tangan Ketua Menteri, TYT sebagai simbol, hingga hari ini Melaka sudah bertukar 8 orang Raja yang tak bergelar Tuanku Sultan yang mana bukan anaknya yang bergelar Tengku Mahkota menggantikan raja.

Setelah melalui pengalaman Islamisasi, yakni proses dimana Tanah Melayu melalui bahasa, penjernihan pemikiran dan keluhuran kepercayaan, masyarakat Melayu silam dan bahasanya banyak terkesan dengan konsep-konsep serta perkataan-perkataan yang dibekalkan oleh pandangan alam Islam.

Perkataan ‘sultan’ ia digunapakai sebagai pemerintah tertinggi dalam sesebuah kawasan, dan negeri dibawah pemerintahanya ‘Daulat Tuanku’. Daulat dari perkataan ‘daulah’, negeri yang menjunjung tinggi shariat Allah SWT ‘Daulah Islamiah’.

Raja dimuliakan kerana raja menjadi pewaris Nabi, Allah memberikan Raja yang bertaraf ‘wali Allah’ dengan ‘karamah’, apabila Sultan sebagai pewaris Nabi SAW dan menjadikan dirinya Al-Quran yang hidup maka kata-kata yang terkeluar dari mulut mendapat perkenan Tuhan.

Kita tak nampak Tuhan, Tuhan ada. Kita nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan dari mukjizat yang Tuhan anugerahkan pada para Nabi dan Rasul serta ‘karamah’ pada para ‘wali Allah’ walaupun kita tak percaya pada para ‘wali Allah’ kerana telah terpengaruh oleh fahaman Wahabi.

Batu bersurat Terengganu menunjukkan bahawa sisi undang-undang Islam sudah pun diterapkan dalam pemerintahan seawal kurun ke 13. Tetapi bila British menjajah cara mahu menghapuskan Islam dari bumi yang dijajah ditukarnya undang-undang syariat yang berpandukan Al-Quran kepada undang-undang sivil.

Allah SWT telah menjelaskan bahawa orang yang tunduk pada ajaran Rasulullah SAW akan dicintai Allah SWT, oleh kerana mereka yang mengaku mencintai Allah SWT namun sama sekali tidak taat pada Sunnah Rasulullah SAW, bererti dia tidak beradab maka mereka itu bukanlah ‘wali Allah’. Apa akan terjadi pada sebuah negara dimana umaranya bukan saja ‘wali Allah’ tetapi memusuhi para ‘wali Allah’?

Siapa pun manusia bila ada kuasa, egonya pasti besar. Di zaman Abbasiyah, ramai ulama yang mencintai para ahlul bait dibunuh dengan sangat kejam. Sifat ‘the good, the bad and the ugly’, yang mengaku beriman namun masih boleh dipengaruhi oleh setan, syaitan, sultan terdapat dalam dirinya apabila dia bersultan dimata beraja di hati.

Istimewanya Harun Al-Rashid kerana ilmu pengetahuan, mendorongnya mendirikan universiti memberi pendidikan untuk rakyat dan mengumpulkan bijak pandai untuk menterjemahkan buku-buku dari berbagai disiplin ilmu pengetahuan sebab itu namaHarun Aminur Rashid ibarat harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama baik atau jahat sepanjang masa disebut orang seperti nama Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Selepas kematian Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pucuk pimpinan kerajaan secara tetapnya terlepas ke tangan orang-orang jahil dan kuasa politik akhirnya dipindahkan kepada Raja Turki melalui kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah. Secara ringkasnya jasa-jasa yang berjaya disumbangkan oleh kerajaan ini ialah: Di satu pihak mereka sepenuhnya menerima sistem-sistem falsafah kebendaan yang dibawakan oleh Yunani, Rom dan lain-lain Negara bukan Islam.

Dengan tiada bersoal jawab mereka menyebarkan falsafah-falsafah yang merosakkan itu kepada orang-orang Islam tanpa membuat apa-apa pindaan. Dari segi lain mereka menyebar segala bentuk kemungkaran yang ditemui daripada masyarakat-masyarakat yang sesat. Mereka menyebar berdasarkan golongan-golongan ini kemajuan dan kemewahan kemudian dekad pemerintahan kerajaan Abbasiyyah menambahkan satu lagi kelemahan. Semakin lama semakin tidak mengenali akan kesenian dan ilmu-ilmu Islam. 

Hasilnya mereka tidak dapat memilih dan melantik orang-orang yang berkebolehan untuk menjawat jawatan di dalam perundangan dan kehakiman. Disebabkan kejahilan dan sikap yang sukakan sesuatu yang mudah mereka secara gopohnya cuba menguatkuasakan hukum-hukum syariah tanpa memikirkan tentang keperluan-keperluan masyarakat yang sedang berubah serta berkembang itu. Untuk tujuan ini secara penyelesaian yang kaku telah dijadikan keputusan mereka.Disamping itu ulamak-ulamak yang mengejar keduniaan telah mengalihkan perhatian mereka kepada perdebatan-perdebatan agama di mana mereka sendiri kemudiannya membangunkan pula suatu kecenderungan yang tidak sihat.

Di samping itu, kecenderungan ini, diberi dorongan oleh golongan raja-raja yang menyebabkan semakin luaslah perdebatan mereka.Ianya telah menghasilkan banyak lagi mazhab-mazhab baru dalam Negara-negara Islam.Akhirnya telah menghidupkan pula berbagai pendapat serta membawa pula kepada pertelingkahan dan kecelakaan di kalangan orang-orang Islam. Sesungguhnya perbincangan agama seperti ini adalah tidak lain tidak bukan hanyalah suatu majlis keramaian untuk pemerintah dan pembesar-pembesarnya,seolah-olah seperti pertandingan laga ayam. Tetapi, kepada orang-orang Islam hal ini kelihatan seperti gunting yang memecahbelahkan perpaduan agama Islam.Keadaan-keadaan umum yang berlaku pada abad kelima.

Tulisan mengenai Al-Ghazali yang dipetik dari Buku Gerakan Tajdid Islam oleh Abul Ala Al Maududi.
Sebenarnya masalah yang sedang dan akan dihadapi oleh Pak Lah jauh lebih dasyat lagi. Lebih 90 peratus rakyat Turki beragama Islam.Pak lah memimpin Negara yang rakyatnya hanya 52 peratus yang beragama Islam.Bayangkan bagaimana Pak Lah mahu memipin Malaysia dengan menggunakan Islam sebagai prinsip tanpa perlu membuat dan menimbulkan salah faham dan tentangan dari kaum lain boleh menjadi ‘study kes’ yang menarik. Biar bagaimana pun ia akan menyeronokkan jika kita dapat membaca minda Pak Lah sesudah kita mengenali siapa sebenarnya Al-Ghazali?

Ahli tasauf memandang Al-Ghazali sebagai seorang Sufi  dan pengikut ajaran Asy’ariah melihatnya sebagai Asy’ari, sedangkan ahli falsafah memandangkannya sebagai filosufi dan di mata ahli didik dia adalah seorang pendidik yang mahir, seterusnya ahli fiqih mengiktirafnya seorang alim-ulama hukum Islam, dan masyarakat menghormatinya selaku ahli ilmu batin yang dapat mengenal kata hati (damir). Apalagi sesudah kita memahami karya terbesarnya ‘Ihya uumuddin’.

Demikianlah peribadi seorang pemimpin yang dibentuk oleh alam sekitarnya dan mencerminkan suasana alam hidup sekelilingnya yang dicari oleh Perdana Menteri kita.Bukan sebarang orang yang dicari untuk digambarkan sebagau watak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.Dizamannya dan hingga hari ini belum muncul seorang manusia semacam Al-Ghazali biarpun Profesor Syed Muhammad Naquib Alattas duduk dikerusi Al-Ghazali. Mari kita baca dan menungkan apa guru Pak Sheikh Anwar Ibrahim Abul Ala Mududi menulis mengenai Al-Ghazali:

Penyebaran falsafah Yunani telah menggoncangkan keimanan orang-orang Islam.Para cerdik pandai hadis dan ilmu hukum yang belum mengenali ilmu-ilmu ‘rasional’ telah kehilangan pedoman untuk menerang dan mentafsirkan sistem Islam yang berhubung dengan corak pemikiran semasa.Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali dengan menahan kemungkaran-kemungkaran itu melalui kajian dan celaan.

Sebaliknya orang-orang yang terkenal di dalam ilmu-ilmu rasional bukan sahaja tidak menguasai cabang-cabang ilmu agama malah tidakpun mencapai ‘kecekapan kreatif’ dari pemikiran yang diimport itu. Mereka hanyalah tidak lain dari penumpang yang mengikuti falsafah-falsafah Yunani. Tiada seorang pun daripada mereka yang berkemampuan mengkaji dan memeriksa secara kritis akan idea pemikiran Yunani serta falsafah yang diimport itu. Dengan sebab itu mereka terus mempercayai wahyu Yunani itu dan sebaliknya, mereka mulai pula menyeleweng wahyu ketuhanan dan tujuan membentuknya semula mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh orang-orang yang sebelum mereka.

Dengan kuasa politik yang ada pada Umar bin Abdul Aziz, beliau telah mencuci bersih pemikiran akhlak dan sosial rakyat daripada segala pengaruh jahiliah yang telah berakar umbi di dalam kerajaan kira-kira setengah abad lamanya. Beliau menyelidik segala kepercayaan sesat yang membiak ketika itu dengan pendidikan Islam.

Disamping itu beliau membuat sesuatu perencanaan yang luas untuk mendidik masyarakat dan menarik perhatian seluruh cendekiawan yang ada kearah pengkajian Ilmu Al-Quran, Hadith Fiqh.Dengan demikian itu beliau telah berjaya menggerakkan pergerakkan intelektual yang berkesan.Hasil daripada revolusi pemikiran telah melahirkan cendekiawan-cendekiawan besar lagi berkelibar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hambali.

Beliau mengembalikan semangat untuk melaksanakan syariah, menguatkuasakan kesemua larangan-larangan, membuang lukisan-lukisan mengkar dan mengecam sikap malas yang telah berakar umbi dalam jiwa umat Islam. Dengan demikian beliau akhirnya berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang telah disarankan oleh Islam, Allah SWT telah menegaskan di dalam Al-Quran yang mulia iaitu surah Al-Hajj,ayat 41:

Bila kami beri mereka kekuatan di atas muka bumi,mereka berusaha menegakkan solat, mengatur cara memungut zakat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”.

Adalah diriwayatkan bahawa pada masa pemerintahan Al-Walid, rakyat hanya bertemu untuk berbual tentang bangunan-bangunan indah dan taman-taman tempat berpeleseran. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik minat mereka berkisar tentang seks. Tetapi bila Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, keadaan telah berubah di mana solat, puasa, dan Al-Quran telah menjadi topik yang diperbincangkan. Penduduk-penduduk bukan Islam juga turut tertarik dan kagum dengan cara pemerintahannya. Natijahnya beribu-ribu daripada mereka ini secara beramai-ramai memeluk agama Islam.

Negara yang diperolehi daripada Jizyah. Sebagai khalifah yang berpandangan luas Umar bin Abdul Aziz juga menumpukan perhatian kepada Negara-negara jiran yang belum lagi menyatakan keIslaman mereka. Beliau menasihati pemimpin Negara-negara tersebut supaya menerimaIslam sebagai cara hidup mereka. Hasilnya sebahagian daripada mereka telah menerima Islam.

Apabila berita kematian Khalifah Umar sampai kepada Maharaja Rome, beliau telah berkata:

“Aku tidak hairan jika seorang rahib menjauhi dunia dan menyibukkan dirinya dengan beribadat di tempat-tempat yang tertutup.Tetapi, aku benar-benar takjub dengan orang yang memiliki empayar yang luas namun ia menolak semua kesenangan dunia dan sanggup hidup seperti kehidupan fakir miskin”.

Mujahid Islam yang pertama ini telah bekerja keras selama dua setengah tahun. Dalam jangka masa waktu yang singkat, ia telah berupaya merubah seluruh aspek kehiduoan umat Islam.Malangnya kaum keluarga dari Bani Umayyah kembali menentang orang yang begitu taat ini.Mereka merasakan seperti melihat kematian mereka di sebalik kehidupan Islam dan dengan ini mereka tidak dapat bertolak ansur dengan kegiatan yang dibawa oleh Pemulihan Islam ini. Mereka bermuafakat menentang beliau dan akhirnya mereka berjaya meracun beliau sehingga Umar bin Abdul Aziz syahid pada usia 39 tahun yang baru memerintah 2 tahun setengah.

Sesungguhnya kerja-kerja mencuci karat-karat jahiliah orang Islam daripada pengaruh kufur kerajaan Umaiyyah amatlah berat. Disamping itu pada masa yang sama beliau terpaksa bertugas membina kembali akhlak dan pemikiran umat Islam. Jadi sebagai seorang khalifah Islam adalah satu tugas berat dan terlalu banyak untuk diselesaikan dalam dua setengah tahun dalam pemerintahannya yang adil itu.Semoga Allah memberkati usaha-usaha beliau yang murni itu.

Kegiatan memulihkan Islam yang diusahakan oleh beliau hanya kurang dari satu segi sahaja iaitu beliau tidak dapat menggantikan sistem pemerintahan beraja kepada sistem pemerintahan berkhalifah yang dipilih oleh rakyat.Beliau memang bercadang dan pada satu ketika meluahkan hasratnya untuk mengubah keadaan tersebut.

Pelik, sudah ada orang kita yang mengaku dirinya Rasul Melayu, boleh ada ramai pengikut.Apa bezanya dengan mereka yang menjadi pengikut liberalisme? Apakah kerana tak percaya ada ‘wali Allah’ atau mereka hanya menganggap Islam satu agama yang ritual serupa dengan agama yang lainnya kerana tak ternampak teladan yang baik oleh mereka yang menguasai agama?

“Para wali Allah mendengar, melihat, marah, berjalan kerana Aku, sungguh jika ia mohon pada-Ku, nescaya akan Ku beri, dan jika ia mohon perlindungan pada-Ku, nescaya Aku akan melindunginya. Dan tidak Aku memusingkan sesuatu yang harus-Ku kerjakan seperti kebingungan-Ku dalam mencabut roh hamba-Ku yang mu’min yang enggan mati dan Aku enggan memperlakukan jelek padanya padahal mati itu pasti menimpa dirinya”

Sultan Ibrahim Adham, Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah Raja-raja yang bertaraf wali.Para ‘wali Allah’ mengikut saja segala perintah pemimpin yang taat perintah Allah dan Rasulnya.Rakyat jelata dinegaranya menjadi rakyat yang taat pada undang-undang kerana mereka pun taat pada perintah Allah SWT.Adakah ulama kita hari ini yang mempunyai sifat seorang ‘wali Allah’ seperti Tok Kenali di Kelantan dan Tok Ku Paluh di Terengganu?

“Dia telah mensyariatkan kepadamu tentang agama apa yang telah di wasiatkan Allah SWT kepada Nabi Nuh dan apa yang telah Kami Wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa a.s iaitu tegakkanlah Agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya”

Sementara wali syaitan pula menyerah bulat-bulat pada para jin dan hantu raya peliharaan, mereka akan taat dan akur pada perintah nafsu haywaninya, dan bila nafsu haywani mengatasi nafsu natiqi, maka insan itu berada dibawah jajahan, kesultanan syaitan (autoriti syaitan). Dia bangga dengan segala kejahatan, kekejaman dan keangkuhan untuk menunjuk-nunjuk yang dia berkuasa. Boleh buat apa saja terhadap rakyat jelata.

Bila terlupa didalam Islam kuasa tidak boleh dipisah dengan amanah sebab itu mereka  perlu membersihkan diri dari sifat ‘mazmumah’. Tanpa ‘Daulah Islamiah’ mereka bukan sebagai bayangan Tuhan di muka bumi kerana tidak  membawa rahmat bagi sekelian alam. 

PengIslaman berlaku pada berbagai aspek, baik dari pengosongan makna dan pergantian makna lain, contohnya pada perkataan ‘tuan’ yang dulunya turut dipakai oleh manusia sehingga penggunaan perkataan ‘tuhan’ menjadi hak mutlaq bagi Allah taala. Sementara sesetengah perkataan yang pada asalnya membawa makna yang tidak Islami seperti dewata mulia raya diganti tuhan sekalian alam.

Proses Islamisasi yang pernah merubah adat istiadat masyarakat Melayu mulai terhakis apabila Islam terhakis dari jiwa raga Melayu.Lebih teruk lagi bila orang Melayu sudah menjadi orang Malaysia. Proses Islamisasi yang pernah meninggalkan bekas pada sistem pemerintahan Tanah Melayu dulu  sayangnya akan terhakis jika kita tidak berbuat sesuatu ketika timbul liberalisasi dan dengan tercetusnya era global dan terputusnyasilatulrahim sesama umat Islam akibat umat Islam yang tidak mempunyai didikan keimanan, tidak tahu adanya ilmu keTuhanan yang terdapat didalamhakikattarikat dan makrifat bermula dengan terlepas ikatan dari tauhid