Saturday, June 30, 2012

Kasihanilah Daku...

Best dapat tengok certain blogger ade ladtop atau pc sendiri.. kenyataan nya.. saya xde sume tu... :(
tapi ni bukan nak cite sedih ke ape.. hehe.. mane x nye, pc sendiri bagi member, last-last member buat senyap, dh tahap super computer tu (level tahun 2008 la, skrang dah haprak dh tu..).. geram je.. nak pinjam lappy bini, bini gune.. kat kg plak tu.. nak gune lappy mama, eh, mane bleh ye x.. mama kat kl.. hmmmmm..

btw... harap-harap impian dapat sentuh Cray CX1 Deskside Supercomputer pun jadik la.. doa-doakan lah ye... hehe..


Awasi tindak tanduk, amaran Dr M kepada Marina: dipetik dari Malaysia Insider


Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.
Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih. Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir, yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer (MobTV).

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.
Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).
“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; namun saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka dan idea homoseks itu baik, atau kahwin sesama lelaki itu baik.”

Friday, June 29, 2012

Status Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100: dipetik dari www.zaharuddin.net



Saya cukup tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Zaharuddin Abd Rahman tentang hukum menyertai Infinity Downline ini.  Pada mulanya, saya juga menyangka berbaloi juga join MLM ni, tapi bila dah lihat-lihat pelbagai artikel tentangnya termasuklah dari www.zaharuddin.net sendiri, saya tiada lagi tanda was-was samaada untuk join atau tidak.  Berikut adalah artikelnya:


"Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.  
Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir  dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.
Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-
1.     Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.
Domain "Whois"
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)
Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.
Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.
Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.
Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.
 
2.     Asal dan perkembangan syarikat
Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.
Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.
Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.
Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.
3.            Produk yang dijual
Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio  :
Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-
Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100.  Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram seperti tajuk "forex trading"-
Forex trading terlalu banyak bercampur aduk dengan yang haram, manakala tajuk tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi kekeliruan terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu sendiri atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali mengambil kira displin perniagaan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.
Namun begitu, itu bukanlah isu utama masalahnya dalam hujjah ini. Hujjah utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan gambaran skim sahaja. 
Selain itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.
Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui dan  membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini mensasarkan masalah pada produk.  Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.
Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.
 
SAMPAHKAH PRODUKNYA?
Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak.
Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi tanggapan terpencil)

Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-
1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali.  Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.
2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.
 
4.     Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)
Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Yang difahami darinya :
·         Dengan modal : RM100 ( 25 USD)
·         Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)
·         Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun
·         Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)
CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000
Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri
 
Let's say that everyone only gets 4 people their first week and duplicates...
Week 1 
You get your 4, you pass 2 of them upline. 
You keep 2. So 2 X $25 =  $50
Week 2 
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4. 
So 4 X $25 =  $100
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 3 
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8. 
So 8 X $25 =  $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 4 
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16. 
So 16 X $25 =  $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 5 
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32. 
So 32 X $25 =  $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 6 
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64. 
So 64 X $25 =  $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Let's skip to week 10...
Week 10 
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024. 
So 1024 X $25 =  $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Dalam web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di atas. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.
YURAN SETIAP BULAN
Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya,  malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.
Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.
Penilaian saya:
Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.
Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.
Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI  (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).
Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.
Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.
 
KESIMPULAN AKHIR
1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.
Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.
 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
13 Rabi'ul Awal 1431 H
27 Feb 2010 

Jadi pada sesiapa yang sudah atau masih ingin menyertai program ini, fikirlah masak-masak.. x kisahlah, sesiapa pun nak duitkan, tapi ada cara senang dan ada cara susah... hehe :)
 

Google Nexus 7: Tablet terkini

Kini tibalah masa Nexus Google 7, pencabar baru dalam pasaran tablet yang seberat hanya 340g, skrin padat 7 inci dengan 1280x800 skrin dan dilengkapi dengan CPU Quad Core Nvidia Tegra 3, ditambah dengan 12 teras GPU.

Apatah lagi, tablet berharga hanya 
RM597 atau RM747 (bergantung pada sama ada anda mahu varian 8GB atau 16GB) di Malaysiat.

Walau bagaimanapun tiada slot kad microSD mahupun kamera belakang ... walaupun kita tidak pasti ramai orang akan menyukainya atau tidak.


 
Ia amat sesuai dan selesa di tapak tangan, dan walaupun belakangnya adalah bersalut plastik, ia masih tidak  semurah yang dijangka.
Anehnya lubang fon kepala diletakkan di bawah Nexus Google 7 berbanding di bahagian atas atau di sebelah - ini mencipta sesuatu rasa terbalik apabila anda bermain dengan tablet, dan kita dapat melihat fon kepala wayarles sebenarnya amat sesuai di gunakan.

Reka bentuk keseluruhan sangat bagus sekali - kita tidak akan kecewa untuk menarik keluar dari beg  (atau poket, kerana ia memang bersaiz poket) dan untuk jumlah wang sebanyak RM
597, kita tentu tidak boleh berasa rugi untuk itu.

Seperti yang saya telah sebutkan tiada slot microSD yang boleh didapati, yang benar-benar menjengkelkan dengan tablet seperti ini. Ada mungkin sebab harga yang sangat murah  (walaupun banyak telefon bajet selalunya menyediakan slot sampingan memori) jadi saya mengesyaki ini adalah lebih bersaiz mega.

Berfikir tentang hal ini: 16GB ini tidak akan cukup untuk memuat turun banyaknya filem dan menyimpannya. Tidak, anda akan dipaksa masuk dan keluar Google Store Main, dan anda pasti tergoda dengan cara semua permainan dan pertunjukan disediakan untuk ditonton.  Dan Google juga telah mendapat elemen muzik juga.

Hayat bateri juga menjadi perbualan sekarang, dengan sembilan jam main balik video atau sehingga 300 jam siap sedia jika anda benar-benar menguruskan  tablet anda dengan cermat
 
Dengan OS Android 4,1 yang hebat, versi terbaru itu OS Jelly Bean - pengecaman suara (voice recognition) yang lebih baik dan seperti Google Now, yang akan memaparkan kad dalam cara 1 konteks apabila anda bertanya soalan kepada tablet melalui suara atau beberapa taipan mengikut cita rasa anda.

Antara muka juga menarik pada Nexus Google 7 yang telah saya cuba, UI juga adalah laju di beberapa tempat, dan lain bahagian agak tertinggal sedikit kerana kerja (task) yang banyak.

Membuka dan menutup aplikasi seolah-olah menjadi tugas yang paling sukar - walaupun mengemudi melalui pelayar Chrome.
 
Ada juga terjadi apabila cuba untuk melayari antara muka yang kadang-kadang tersangkut (stuck) dan kemudian cuba untuk zoom masuk dan keluar adalah agak sukar untuk dicapai dengan lancar.

Menaip pada Nexus 7 adalah satu pengalaman yang baik, dan saya dapati ia lebih selesa berbuat demikian dalam portrait mod.


Adakah kita suka Nexus Google 7? Ya, tanpa ragu-ragu lagi. Untuk wang yang sebanyak itu anda mendapat quad core Tegra 3-peranti berkuasa dengan 1 GPU 12-teras dan HD skrin.

Kemudian ia adalah paling maju Google Android, dan faktanya, anda boleh mendapatkan pelbagai kandungan baru dalam bentuk majalah dari perpustakaan yang semakin berkembang kandungannya di bahagian video.

Google Now, walaupun bukan benar-benar eksklusif untuk tablet ini, adalah satu ciri terkini dan pastinya layak untuk terus diterokai. Lakukannya dengan betul dan kita mungkin mempunyai 1 pesaing Siri sebenar, yang menakjubkan untuk digunakan.

Ya, kekurangan penyimpanan dan kamera tidak menyusahkan, tetapi mungkin hanya dari sudut pandangan orang yg suka membanggakan alat - kita perlu kamera pada bahagian belakang peranti? Tidak. Adakah kita perlu penyimpanan dalaman yang lebih besar? Ya, bagi sesetengah pengguna

Osman kering meniggal dunia.. Al-Fatihah..

Al-Fatihah buat Osman kering dan ucapan takziah buat seluruh keluarganya atas pemergian seorang seniman... sebelum ni ade yang cakap dah meninggal, ade yang cakap belum meninggal.. sekarang baru la conform selepas Zed zaidi menerima panggilan dari isteri osman kering sendiri...

KENAPA!!!!!!!!!!!!

Kenapa dikau buatku begini.. daku tidak mengharapkan apa-apa pun selain dapat berhubung dengan mu.. dikau juga tidak mengharapkan segala harta-benda iaitu wang dariku*, tapi... kenapa dikau sekejap ada, sekejap xde... ohhhhh.....
















*serius xpayah bayar broadband ni.. hehe..

Wednesday, June 27, 2012

Promosi Bahan Bacaan AdikBijak.com



AdikBijak.com merupakan laman yang menyediakan bahan bacaan yang yang berunsur pendidikan serta pengetahuan am dan boleh dibeli secara "online".....









...Juga mereka menyediakan peluang perniagaan dengan memberi komisen yang agak berpatutan...
Tiada sebarang kos yang perlu anda keluarkan dan tiada sebarang yuran tahunan mahu pun belian minima bulanan yang disyaratkan. AdikBijak.com menawarkan peluang perniagaan kepada anda melalui 3 saluran berikut:

1. Program Affiliate

Melalui program ini anda hanya perlu memperkenalkan rakan-rakan anda kepada laman web AdikBijak.com atau produk-produk yang kami pasarkan. Setiap pembelian yang mereka buat anda akan menerima komisyen daripada belian tersebut (belian pertama dan juga belian ulangan). Anda juga berpeluang mendapat komisyen daripada belian yang dibuat oleh ahli-ahli yang diperkenalkan oleh rakan-rakan anda... sehingga ke Tahap 3.

Secara kasar peratus komisyen yang kami berikan adalah seperti berikut:
Ahli Biasa Ahli VIP
Belian Pertama
Tahap 1 10% 20%
Belian Ulangan
Tahap 1 7% 10%
Belian Tahap 2 3% 5%
Belian Tahap 3 1% 5%

*Kiraan Berdasarkan Mata Bonus (BP) Produk.
1 BP = RM1.00

Komisyen yang terkumpul boleh anda gunakan bagi membeli produk-produk yang ditawarkan di AdikBijak.com atau anda juga boleh meminta komisyen tersebut dibayar terus kepada anda (min. RM50.00). Caj sebanyak RM3.00 akan dikenakan bagi kos pengeluaran cek dan kiriman menggunakan PosLaju.

2. Program Wakil Pengedar

Kepada anda yang minat berniaga anda juga boleh membeli produk-produk AdikBijak.com secara borong untuk dipasarkan kepada pelanggan-pelanggan anda. Kami sedia memberikan harga pengedar yang menarik berdasarkan jumlah belian dan jenis produk. Belian minima sebanyak 10 unit (dari mana-mana kategori) diperlukan untuk menikmati harga pengedar.

Kepada wakil pengedar yang mempunyai rekod yang baik... anda juga berpeluang menikmati kemudahan kredit bagi membolehkan anda memasarkan produk-produk AdikBijak.com tanpa perlu mengeluarkan modal permulaan.

Berminat untuk menjadi pengedar? Sila hubungi kami melalui email di khidmat@adikbijak.com

3. Program Rakan Peniaga

Anda mempunyai produk-produk untuk dipasarkan? AdikBijak.com menyediakan platform untuk anda mempromosikan produk-produk anda melalui laman web kami. Produk yang terpilih akan disenaraikan di dalam katalog AdikBijak.com dan menikmati promosi percuma yang akan dijalankan oleh kami dan ahli-ahli AdikBijak.com yang aktif.

AdikBijak.com akan bertanggungjawab mengutip bayaran dari ahli-ahli kami, dan anda pula bertanggungjawab untuk menghantar setiap pesanan yang diterima terus kepada pelanggan kami. Bayaran yang kami kutip akan diserahkan kepada anda pada 15hb dan 30hb setiap bulan.

Pada ketika ini kami sedia menerima produk-produk yang memenuhi kriteria berikut:

Buku Kanak-Kanak & Keibubapaan
Produk Permainan

Apa yang kami perlukan dari anda adalah tawaran harga menarik kepada kami. Lebih baik harga yang ditawarkan maka lebih menarik tawaran yang dapat kami berikan kepada ahli-ahli kami.

Tuesday, June 26, 2012

Trick Photography & Special Effects 2nd Edition





Trick Photography & Special Effects 2nd Edition - Your complete instructional guide on taking breathtaking special effects shots and cool images your friends won't believe...

It comes with 295 pages of instruction, 9 hours of how-to video tutorials, and contains over 300 creative photographs created by some of the most talented photographic artists around the world.

It's time for you to skip the months and years of being one of those enthusiast photographers - you know those poor guys who read all the magazines but doesn't have enough time to invest in getting the skills he really wants...

... you'll be skipping past that stage totally, and getting right to the point where you're an accomplished photographer, taking pictures that blow everybody away.



Wanna party like a VIP at MTV World Stage? Find out how to win VIP passes to MTV World Stage here!




Stand a chance to party with the stars at MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA 2012 at Sunway Lagoon on Saturday 14th July! Come and catch the best local and international stars such as JAYPARK, MIZZ NINA, KARA AND JUSTIN BIEBER!

Just register online and YOU could be one of the 100 lucky Astro Variety Pack subscribers to walk away with 2 PASSES to MTV World Stage Live in Malaysia 2012. Also, there are exclusive Meet and Greet passes to be given away, so hurry and register now!



Sunday, June 24, 2012

Suasana Bulan Puasa?? cepatnye??


Wah.. hari ini dah dapat tengok peniaga tapak bazar ramadhan mula mengecat jalan untuk menanda tempat tapak gerai masing-masing. Tak sampai 1 jam dah siap.
rasa macam cepat je dah nak masuk bulan puasa.. apa-apa pun kredit untuk bro kuew tiaw


TV Cukup Makan – Sharp AQUOS LC32LE340M

TV Cukup Makan – Sharp AQUOS LC32LE340M


Dimensi: 750 x 508 x 222 mm
Skrin: 80cm (32 inci)
Resolusi: 1,366 x 768
Input Audio: 5W x 2
Penggunaan Tenaga: 110-240 V 50/60Hz
Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: LED HDTV yang murah dan berfungsi dengan bagus!

Skor: 8/10
Ketika ini, TV 32 inci sudah menjadi lumrah kalau nak dibandingkan dengan TV 60 inci yang  mula bersepah di pasaran. Namun Sharp masih lagi cuba untuk mengekalkan harga yang murah kerana mereka percaya pengguna mahukan dua perkara saja; skrin  flat dan juga harga yang berpatutan. Dengan Sharp LC-32LE340M, Sharp membuktikan seseorang tak perlu membayar harga tinggi bagi mendapatkan benda yang bagus. Mari kita lihat TV LCD HDTV mampu milik ini
Amat nipis
Unit yang kami uji datang dengan rekaan standard industri yang hitam bersama satu garis perak di bahagian bawah TV yang kami rasa kelihatan mantap. Model 340M datang dengan set pembesar suara stereo kekal (dua pembesar suara 5 watt) ditempatkan di belakang skrin. Ini bermakna untuk mendapatkan bunyi yang bagus anda terpaksa meletakkan 340M dekat dengan dinding. Kebanyakan komponen diletakkan di belakang TV berbanding di bahagian tepi untuk menjadikan TV ini lebih nipis. Ia juga mempunyai beberapa ciri-ciri mesra alam. Sharp mendakwa mod 'standard' dan juga 'advanced' bagi penjimatan tenaga dapat mengurangkan penggunaan elektrik dengan banyak.
Menonton Dunia!
340M menggunakan LED backlit tepi yang bermakna kecerahannya dalam keadaan biasa sudah cukup baik. Sudut tontonan bagi 340M sudah tentu mengkagumkan. Kami dapat menonton tanpa sebarang silau di mana-mana sudut yang kami cuba. Warna juga agak tepat selepas kami mainkan beberapa video definisi tinggi. Ia dapat memainkan aksi pantas walaupun bukan dalam mod definisi tinggi. Manakala ketika definisi tinggi diaktifkan, tiada kesan kabur kelihatan walaupun pada gambar yang bergerak pantas. Namun begitu terdapat bayang kelihatan ketika menonton sukan. Kami terpandang masalah kecil ini ketika menonton perlawanan tenis dalam HD. Pada satu ketika ternampak macam ada dua bola dan bukannya satu.
Peminat muzik takkan suka
Apabila menonton video dengan 340M, tak banyak yang boleh kami puji dengan audionya. anda akan dapati dua pembesar suara ini terletak di belakang TV maka tiada ruang bagi bass. Opsyen bunyi kelilingnya juga amat lemah. Walaupun tidak sebagus sistem wayang rumah, kesan stereo masih boleh didengari. Namun jika anda gunakan set fon telinga yang bagus perbezaan kualiti yang ketara dapat didengari. Tapi selalunya orang yang beli TV tak akan mahu fon telinga. Paling senang, beli sekali satu set pembesar suara lain.
Akses cepat
'Bezel' yang lebih nipis adalah satu trend bagi rekaan HDTV yang menyenangkan skrin yang besar untuk muat dalam ruangan yang kecil. Dan ini adalah sama dengan rekaan Sharp. Walaupun tidak senipis bezel Samsung namun ia adalah cukup selesa untuk ditonton. Mod AV pada alat kawalan jauh amat disukai kerana boleh mengubah kecerahan dari Dynamic ke Movie dengan senang. Satu lagi fungsi yang kami suka adalah butang Colour Adjust pada alat kawalan jauh ini. Apabila ditekan ia akan memegun gambar yang sedang dimainkan dan menyenangkan pengguna menetap warna yang dirasakan tidak sempurna.

Adidas Contest



Like saje....

Saturday, June 23, 2012

Balik Kampung..

 Balik Kampung...

Akhirnya dapat jgak balik rehat bersama keluarga kt kampung ( belah bini daa....).. cube teka area mane nie??
















...dan dapat bawak dowang jalan-jalan sekitar bandar.....



















...bile agaknye dapat balik kl jumpa parent sendiri plak...