Friday, July 6, 2012

God Particle

Ketehauilah manusia bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad S.A.W adalah rasulNYa. Ketahuilah juga bahawa Allah s.w.t. itu suci daripada segala kekuranganan dan tiada memiliki sifat-sifat kejadian yang diciptaNya.

Sudah menjadi kelaziman media massa untuk sering menyalah tafsir fakta atau konsep sains. Mungkin kerana konsep sains itu terlalu kompleks untuk difahami atau hanya untuk mewujudkan hype untuk meruja penontonya. Perkara sama berlaku apabila media masa mengembar-gemburkan istilah "God Particle".
Apa sebenarnya god particle itu?

Sebelum terjun lebih mendalam mengenai "God Particle", kita memahami dahulu apa itu particle dalam dunia fizik. Particle atau zarah merupakan jasad terkecil yang ada di dalam alam ini dan tidak boleh diurai lagi (sesetengah ahli fizik lain menerangkan string merupkaan binaan semesta lebih kecil daripada zarah tetapi, teori ini masih belum kukuh ).

Jika kita mengambil secawan air, maka air itu ak
an terdiri daripada gabungan molekul hidrogen
dan oksigen. Manakala molekul oksigen terdiri daripada gabungan zarah proton, neutron dan elektron. Bagi zarah neutron dan proton, kedua-dua zarah ini terhasil daripada gabungan up quark dan down quark.
Zarah Proton yang terdiri daripada Up Quark dan Down Quark

Oleh itu apa pula yang diistilahkan sebagai "god particle"? Isitilah ini diperkenalkan oleh Nobel Laurette Leo Lederman dalam bukunya "The God Particle: If the Universe Is the Answer, What Is the Question. Namun isitilah ini hanya mahsyur di dalam penulisan bukan saintifik bahkan ditolak oleh kebanyakkan ahli fizik kerana memberi imej yang salah. Bagi ahli fizik, "God Particle" diistilahkan sebagai Higgs Boson.

Teori mengenai Higgs Boson adalah buah fikiran ahli fizik terkenal Peter Higgs (1929) dan merupakan teori yang sangat penting untuk difahami oleh ahli fizik zarah. Walaupun teori ini telah diterima umum namun, zarah Higgs ini masih belum dijumpai dan terbukti secara eksperimental.
Konsep zarah higgs boson ini mudah diterangkan jika bermula dengan memperkenalkan zarah cahaya iaitu photon. Jika kita meneliti zarah photon kita mendapati zarah ini tidak mempunyai jisim, bahakn jisim bagi setiap zarah berbeza-beza. Mungkin bagi orang awam, ini bukan masalah jisim adalah masalah yang trivia namun menjadi satu perkara sangat memeningkan kepala ahli-ahli fizik.

Bagi menjelaskan bagaimana abnormaliti ini berlaku, maka Peter Higghs memperkenalkan Higgs boson. Secara ringkas, mana-mana zarah yang berinteraksi dengan zarah ini akan mempunyai jisim, semakin kuat interaksi semakin tinggi jisim bagi sesuatu zarah itu. Zarah yang tidak berinteraksi dengan zarah ini tidak akan mempunyai jisim seperti Photon.

Oleh kerana didapati bahawa setiap zarah mempunyai jisim yang sama dimana sahaja ia berada dalam keadaan yang sama. Maka jumlah higgs boson ini perlu sama dimana-mana sahaja, dengan kata konsep ini mewajibkan bahawa higgs boson ini sentiasa wujud di setiap ruang di dalam alam semasta ini. Dalam isitilah fiziknya Higgs boson ini mewujudkna "Non-zero expectation value".

Oleh itu adakah God particle atau Higgs boson ini mempunyai kaitan dengan ketuhanan, TIDAK SAMA SEKALI.

No comments:

Post a Comment