Wednesday, March 27, 2013

Arca Menarik Anamorphic oleh Jonty Hurwitz


Pada pandangan pertama, anda tidak akan dapat meneka arca hasil kerja Jonty Hurwitz - ia dicipta dengan ketepatan matematik yang jitu, yang hanya boleh dilihat dalam satu pantulan. Untuk mendapatkan kesan ini,  artis yang menetap di London ini mengimbas objek 3D, dan memesongkan ia dengan komputer menggunakan algoritma π. Hasil karya baru-baru ini, yang dibuat daripada perspex  keluli, damar, atau tembaga, perlu dilihat pada silinder yang memantulkan imej - barulah objek yang di ideakan muncul.

“Finding that line between art and science is the underlying motivator in my art life,” kata Jonty. Jika anda berada di London, pastikan untuk melihat karyanya dipamerkan di Kinetica Art Fair, Februari 28 MAC ini!