Tuesday, March 11, 2014

Pedang Paling Tajam Di Dunia

Pedang Paling Tajam Di Dunia

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?


Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya 
mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu
 tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal
 dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan 
pedang Excalibur milik Raja Arthur.





Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT 
(Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang
 yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, 
masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) 
dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.



Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara 

heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT 
ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung 
seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan 

paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum 
dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi
 serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. 

Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh
 tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang
 tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja 
"damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon.
 Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi
 menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.



Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di

 Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini 
telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di
 pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban 
Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment