Tuesday, February 19, 2013

Matrix Chapter 10 - Dari Fail M.O






Di dalam siri Matrix yang lepas,kita telah membincangkan mengenai alam ini yang dapat diterangkan kewujudannya dari sudut String Theory.SEbelum kewujudan String Theory,pelbagai model Fizik telah dibangunkan untuk menerangkan apakah sebenarnya alam semesta ini.Dari model purba,Fizik Newton,Einstein hinggalah kepada model Kuantum dan diteruskan kepada String Theory.Dan perlu diingat bahawa String Theory ini pun masih diperingkat Beta,dan mereka mahu mencantumkan 'sedikit' lagi 'jigsaw puzzle' untuk melengkap apa yang dinamakan Theory of Everything.

Sebenarnya manusia masih jauh lagi untuk memahami dari apakah alam ini tercipta.Dari zaman ke zaman menyaksikan kegagalan semua model Fizik.Dan satu masa String Theory juga akan gagal dan manusia akan menemui jalan buntu sekali lagi.




Batas-batas Infiniti






Malam ini...

jika kau berkata bintang-bintang itu pegun
aku akan berkata bintang-bintang itu bergerak

semakin menjauhi kita


Malam ini....

jika kau berkata graviti bumi menarik kita
aku akan berkata kita juga menarik bumi

dengan jumlah graviti yang sama


Malam ini....

jika bibirmu mulusmu berbisik
bumi berputar mengelilingi mentari
aku akan berbisik di telingamu

mentari juga berputar mengelilingi mentari yang lain


Malam ini....

jika kau berpegang pada hukum fizik newtonmu
aku akan berkata

"malam ini sayang...aku berpegang pada hukum fizik kuantum"
tetapi malam esok aku tidak pasti

pada hukum mana aku akan berpegang
kerana dunia ini masih
tidak aku fahami
terang dan gelap
putih hitam mataku
kepada siapa aku merujuk

hanya cinta kita
sayang.....

yang kekal
pada malam-malam

berikutnya




SEbuah eksperimen telah dijalankan di mana satu akuarium yang menempatkan seekor ikan disediakan.Pada waktu-waktu tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian makanan.Ikan itu makan seperti biasa.Kemudian satu penghalang lutsinar telah diletakkan di tengah-tengah akuarium itu menjadikannya dua bahagian sama rata;ikan di satu petak dan yang satu lagi adalah ruangan kosong.Kemudian bijian ditaburkan di ruangan kosong.Cuba teka apa yang terjadi?

Ikan itu segera meluru ke arah bijian itu.Namun setiap kali ia mahu menuju ke arah makanan,ia telah tersadung dinding lutsinar tersebut.Situasi begini terjadi berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian makanan tersebut.Kemudian dinding lutsinar itu dikeluarkan.

Satu situasi menarik telah berlaku.Ikan tersebut membiarkan sahaja bijian makanan itu.Ia tidak cuba untuk mendapatkannya.Satu akurium lain berisikan seekor ikan disediakan sebagai kawalan.Sebaik sahaja ditaburkan makanan,ikan di dalam akuarium yang kedua bergegas meluru mendapatkan makanan.Tetapi anehnya,ikan di dalam akuarium pertama tadi membiarkan sahaja bijian makanan itu terapung-rapung di sudut bertentangan.Satu lagi ciri yang dapat dilihat,ikan itu seolah-olah berenang di dalam kawasan yang terhad,iaitu separuh dari akuarium itu.

Apakah anda pelajari dari eksperimen di atas?Apakah kaitan ikan tersebut dengan manusia?

Di dalam dunia realiti hari ini,ramai orang telah terperangkap dalam sistem yang belum pasti wujud.Mereka berfikir,bekerja dan berehat dalam satu ruang lingkup mereka sendiri.Kadang-kadang mereka seolah-olah terperangkap di dalam satu kurungan yang amat kebal dan keras,di mana cukup sukar bagi mereka untuk keluar darinya.Namun dinding-dinding itu bukanlah nampak seperti batu-bata yang tebal atau besi-besi yang teguh.Kita namakan ia sistemKEPERCAYAAN.




Kepercayaan


Kepercayaan adalah satu batas yang dapat mengurung manusia di dalam satu kawasan yang abstrak,di mana manusia tersebut tidak mampu untuk melepasinya.Ikan itu tidak terhantuk pada dinding kaca,tetapi pada sistem kepercayaannya sendiri.Kepercayaannya telah mengurung ia di dalam satu kawasan yang terhad;bukan sahaja dari segi fikirannya (biarkan makanan itu,aku tidak mampu mendapatkannya) malah dari segi fizikal (di sana ada dinding yang aku tak nampak).Kepercayaan menentukan kawasan kita.Apa yang kita boleh buat,apa yang kita tidak boleh buat.Kepercayaan juga menentukan peraturan kita sendiri.Kita hidup di dalam kepercayaan kita.Kita berhujah menegakkan kepercayaan kita.Kita berperang kerana kepercayaan kita dan tidak mahu keluar dari sempadannya.

Mungkin ikan itu telah berfikir: "Suatu masa dahulu aku pernah pergi ke seberang sana,tetapi kepalaku yang sakit,kini cukuplah aku berenang-renang berpusing di sini sahaja."

"Do you believe that my being stronger or faster has anything to do with my muscles in this place? You think that's air you're breathing now? Hah. Again."

(Morpheus -The Matrix)

Kepercayaan bertindak seperti sebuah sistem operasi (OS).Komputer yang beroperasi menggunakan sistem pengoperasian Windows sebagai contoh,akan berfikir dan bertindak di dalam ruanglingkup sistem operasi itu sendiri.Dari segi grafik,ikon,perisian dan antaramuka dikawal dan ditetapkan oleh OS itu sendiri.Bukan sahaja OS itu sendiri malah orang yang biasa menggunakan Windows mungkin tidak pernah terfikir ada OS yang lain seperti Linux,Ubuntu dan Mac OS.Perisian yang hanya boleh dibuka dalam OS Linux misalnya tidak boleh dipasang di dalam Window.Perisian itu mestilah dibina dalam persekitaran mesra Windows.Perisian itu mestilah sama dengan 'sistem kepercayaan' sesuatu komputer itu.

Apa kata,kita tukar komputer tadi kepada Ubuntu?Apa yang dilihatnya?Apa yang difikirkannya?

Di dalam struktur Matrix,terdapat dua komponen penting;perisian dan perkakasan (software dan hardware).Perkakasan adalah dunia fizikal,material,jisim dan boleh tampak.Perisian adalah merangkumi kepercayaan,intuisi,semangat,harapan dan imaginasi.JIka perkakasan terang-terang adalah sebuah program,bagaimana pula dengan perisian?


"I wrote it myself. It starts so simply, each line of the program creating a new effect, just like poetry"

(Merovingian -Matrix Reloaded)


Sudah tentu ianya juga adalah sebuah program.Perisian adalah program yang ditulis untuk menambahkan fungsi tertentu pada perkakasan di dalam struktur Matrix.


Mouse:It doesn't have everything the body needs. So I understand that you've run through the agent training program. You know, I wrote that program.
Apoc: Here it comes.
Mouse: So what did you think of her?
Neo: Of who?
Mouse: The woman in the red dress? I designed her.

Di dalam dunia realiti,perkakasan bukan program,perisian adalah program.Namun,di dalam falsafah Matrix,perkakasan dan perisian adalah program yang ditulis.Di atas platform,perkakasan akan diletakkan berbaris-baris.Dan setiap perkakasan akan ditentukan yang mana akan dimasukkan perisian.Di dalam dunia realiti,seketul batu tidak ada kehidupan,namun seorang bayi kecil punya kehidupannya sendiri.Setiap perisian juga berbeza-beza fungsinya,ia ditulis berdasarkan fungsi yang tertentu.

"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main"

(Al-Anbiyaa' ayat 16)


Setiap program di dalam Matrix mempunyai hubungkaitnya tersendiri.Setiap program yang ditulis bukanlah berdiri dengan sendiri dengan fungsi yang tersendiri.Setiap program memerlukan program yang lain.Ini merupakan lanjutan dari apa yang telah diterangkan sebelum ini.Hukum Keseimbangan.Setiap yang bernama program berjuang untuk mengekalkan konsep keseimbangan.SELAIN PROGRAM,TIDAK MEMERLUKAN KESEIMBANGAN INI.


Oracle: He doesn't understand them, he can't. To him they are variables and equations. One at a time each must be solved and counted. That's his purpose: to balance the equation.
Neo: What's your purpose?
Oracle: To unbalance it.



Dalam struktur Matrix setiap program bergantung kepada skrip program yang lain untuk berhidup.Kesemuanya mempunyai hiperlink antara satu sama lain.Ia dinamakan sistem rangkaian atau dunia terdawai antaraprogram.Dalam istilah realiti,ia dinamakan sebagai rantaian hidup.Jika kita bunuh katak di dalam kawasan sawah padi,kita mungkin akan pupus perlahan-lahan.Bagaimana?Itulah rantaian makanan.Setiap yang berhidup memerlukan antara satu sama lain.Setiap makhluk di dunia diciptakan Tuhan untuk memenuhi konsep keseimbangan ini.Setiap entiti mempunyai sebab ia diciptakan walaupun seekor ulat hodoh dalam seketul batu.


Hakikat Perkakasan dan Perisian


"Hmph... I am a trafficker of information, I know everything I can. The question is..., "

(Merovingian -Matrix Reloaded)


Dalam tingkat pengetahuan kejuruteraan struktur Matrix yang lebih tinggi,sebenarnya bukan perkakasan tertentu sahaja yang memiliki perisian.Hakikat sebenarnya ialah setiap perkakasan MEMPUNYAI PERISIANNYA MASING-MASING.Namun perbezaannya ialah perisian yang bagaimana atau pada tahap manakah perisian itu dikategorikan.Dalam realiti-dinding,kayu,pasu,kertas dan sebagainya mempunyai tahap perisian yang berlainan dari pokok,kucing,ayam dan kambing.Dan manusia pula mempunyai tahap yang berlainan dari jenis perisian haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"

(At-Tiin ayat 95)


Ada perkakasan yang mempunyai perisian yang lebih bagus dan lengkap dari perisian dalam perkakasan yang lain.Untuk perbandingan dalam realiti,jin dalam segi perkakasan merupakan lebih berkemampuan daripada manusia namun lebih rendah tahap perisiannya berbanding manusia.


"Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah."

(Shaad ayat 76)


Perisian mempengaruhi perkakasan.TERDAPAT RAHSIA PENTING DI SINI.Perisian lebih penting dan berkuasa dari perkakasan.Perkakasan hanyalah sampul atau pengenalan dalam Matrix.Setiap Matrix akan membuat inventori masing-masing bagi setiap jenis perkakasan yang sama.Maksudnya,MATRIX YANG BERBEZA AKAN MENGECAM PENGENALAN YANG BERBEZA BAGI PERKAKASAN YANG SAMA.Pengompilasi program dalam PIC (Programmable Integrated Circuit) yang berlainan bahasa misalnya,akan mengecam skrip yang berbeza bagi arahan yang sama,sebagai contoh C++ dan JAL.Contohnya di dalam Hukum Matrix,unsur api di dalam Matrix lain mempunyai rupa bentuk yang berbeza dalam Matrix yang lain.Ia tidak sama.Makhluk halus seperti JIN apabila mengalami transformasi ke Matrix/Dimensi manusia akan berubah bentuk.Pilihan (option) dalam mod transfomasi biasanya dalam bentuk ular,anjing/kucing hitam atau makhluk hodoh.Ini adalah mod asas dalam proses transformasi.Jin yang memiliki teknologi lebih tinggi atau mampu membeli teknologi lebih canggih mampu menukarkan dirinya ke bentuk lebih kompleks dan baik.Mungkin ada yang benar-benar menyerupai manusia.SEbagai maklumat tambahan,minda manusia di Matrix jin adalah berbentuk trafik data yang boleh dimanipulasi,namun moderator yang cekap dan terlatih adalah dari golongan syaitan.Syaitan mampu menyusup ke dalam struktur coding perkakasan manusia misalnya di dalam realiti ia bersembunyi di dalam laluan darah di segenap pembuluh-pembuluh darah.Semua himpunan trafik ini akan bertukar dalam Protokol.Maksudnya di Matrix manusia,himpunan trafik data ini menjadi berbentuk 3 dimensi;tubuh manusia.


“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”

(Bukhari & Muslim)


Sebab itu perkakasan boleh diubah dan diedit dan ia hanyalah pengenalan bagi urusan pengecaman dalam SISTEM.

Tetapi perisian memiliki peranan yang lebih kompleks dan penting.Perisian lebih berguna dari perkakasan.Ini kerana perisian mampu berpindah dari satu perkakasan ke satu perkakasan.Dalam persekitaran komputer,perisian mampu dipindahkan melalui kabel,port (USB,memory card) dan talian tanpa wayar (wireless).Medium pemindahannya juga pelbagai.Pendrive,external hard disk,memory card,disket dan CD/DVD ROM adalah antara medium popular yang digunakan untuk pemindahan data.Sebab ituPERISIAN MAMPU MEMPENGARUHI PERKAKASAN.Perisian juga boleh di'upgrade',diedit dan dikemaskini.Namun salah satu kelebihan luarbiasa perisian ialah kemampuannya menukar skrip dalam program perkakasan.Perisian mampu menukarkan fungsi asal ke fungsi-fungsi tambahan sesuatu perkakasan di mana sebelum itu ia tidak mampu menjalankan fungsi tersebut.


"He's doing his Superman thing."
(Link -Matrix Reloaded)


Perisian mampu mengubah data-data graviti,ketumpatan dan had-had Fizik yang lain dalam Matrix manusia.Ini terjadi kerana perkembangan dalam perisian,kemampuan yang ditingkatkan (upgrade).


Neo: Hmm. Upgrades.


Orang yang berfikiran seperti ahli sukan akan memiliki tubuh badan seorang ahli sukan.Orang yang memiliki persediaan tubuh badan yang sama tetapi berfikiran seperti penagih dadah akhirnya akan memiliki tubuh yang kurus dan lemah.Ini adalah contoh mudah dan paling asas.Namun SEBENARNYA KEMAMPUAN DALAMAN MANUSIA BOLEH MELAMPAUI HUKUM-HUKUM FIZIK.Ini kerana minda manusia bukanlah entiti yang terperangkap dalam Matrix dalam ertikata sebenarnya.Minda/roh manusia adalah entiti diluar Matrix dunia ini.Strukturnya,skrip dan codingnya dibina di luar Matrix yang kita berhidup kini.Seperti juga tubuh manusia,minda/roh manusia disusun dalam struktur yang khas dan punya fungsi tertentu.


"dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu"

(Al-Infithaar ayat 8)


Minda/roh mampu meneroka fungsi-fungsi tertentu yang tidak mampu dilakukan oleh tubuh fizikal kita.Minda yang terperangkap di dalam kerangka Matrix akan berusaha untuk keluar dari Matrix melalui cara dan protokol dalam Matrix.Hakikatnya,untuk berpindah dari Matrix ke Matrix lain,sesuatu entiti tidak boleh menggunakan protokol dalam Matrix ia bertempat kini.Ia mesti menggunakan perantara (medium) yang tidak terikat dengan protokol mana-mana Matrix.Dalam String Theory,membran gelung tertutup adalah entiti yang mampu menyeberang dari satu dimensi ke dimensi lain.Cahaya,walaupun manusia amat mengagumi kecantikan dan kepantasannya,ia masih tidak dapat keluar dari lingkungan Matrix ini.Satu-satunya medium setakat ini yang dikenalpasti oleh manusia berkemungkinan mampu menyeberang ke dimensi lain,adalah graviti.Ini kerana graviti boleh muncul di lohong hitam,di mana objek ini berbentuk dua dimensi (2D) di alam semesta.


Terperangkap


"I hate this place, this zoo, this prison, this reality, whatever you want to call it. I can't stand it any longer. It's the smell, if there is such a thing. I feel saturated by it"

(Agent Smith -Matrix Reloaded)


Perkakasan sudah tentu terperangkap di dalam realiti Matrix.Namun perisian mempunyai dua keadaan;terperangkap atau bebas.Perkakasan tidak mempunyai pilihan kerana setiap perkakasan telah disetkan terwujud di dalam Matrixnya sahaja.INI ADALAH SETUP YANG ASAL SEBELUM MODIFIKASI.Hakikatnya Pengaturcara (programmer) mampu mengubah apa jua skrip program.Namun dalam persekitaran Matrix yang biasa,perkakasan sukar untuk dipindahkan dari satu Matrix ke satu Matrix yang lain.

Perisian memiliki dua keadaan kerana sifatnya yang lebih mudah diedit.Ia memiliki peraturan yang lebih longgar dan capaian data yang lebih luas.Seperti yang telah diterangkan sebelum ini,perisian mewakili minda atau roh kita.Perisian boleh dikeluarkan dari perkakasan dan dipasang (install) kembali.Perisian dapat menjelajah dari satu Matrix ke satu Matrix yang lain.Perisian juga boleh melihat setiap perkakasan dalam satu-satu Matrix DALAM SETUP YANG ASAL.Realitinya minda atau roh mampu melihat sesuatu entiti dalam bentuknya yang asal iaitu di Matrix yang ia bertempat.Perisian boleh terperangkap di dalam program lain.Sebagai contoh,perisian yang terperangkap di dalam SISTEM OPERASI.Namun perisian juga boleh menjadi bebas,iaitu keluar dari peraturan sesuatu program yang memerangkapnya.

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"

(Al-Hadiid ayat 57)



Perisian yang bebas akan keluar dari kawalan program yang membungkusnya,dalam kes ini Sistem Operasi.Perisian itu juga mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai Sistem Operasi sehingga kemampuannya menjadi infiniti.Namun sebagaimana program yang lain,perisian tidak boleh mencapai infiniti kerana hakikatnya TIADA INFINITI.Infiniti hanyalah khayalan yang menipu semata-mata.Program tidak boleh mencapai infiniti kerana ia masih berada di dalam SISTEM dan Sistem terikat dengan Hukum Keseimbangan.

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui"

(Yassin ayat 36)

Sebagaimana yang dijelaskan dalam siri yang lepas,Keseimbangan tertakluk kepada dua keadaan yang berpasang-pasangan.Dalam persamaan Fizik dan Matematik,ini dipanggil Hukum Keabadian.Kuantiti sebelah kiri persamaan mestilah sama dengan kuantiti sebelah kiri.Contohnya dalam Hukum Keabadian Tenaga.Jadi rumusan yang diambil oleh saintis adalah TENAGA tidak boleh hilang atau dimusnahkan;ia abadi.Hakikatnya tenaga menjadi satu konstan kerana memenuhi Keseimbangan.Ia tidak abadi.Dalam istilah Matrix,ia bukan infiniti.Sebenarnya TIADA INFINITI DALAM MATRIX.Apa jua kuantiti dan bilangan dalam Matrix,ia menjurus kepada Keseimbangan.Hanya program dan Matrix sendiri memerlukan konsep berpasang-pasangan;0 dan 1 serta Keseimbangan.Di luar Matrix tiada Matrix.Tiada Keseimbangan.Tiada berpasang-pasangan.

Terdapat rahsia di sini.

Jika sesuatu perisian cuba untuk mencapai infiniti,struktur proses akan menjadi 'overflow' dan mencapai pincangtugas.Perisian akan mencapai ketidakseimbangan dan tercemar (corrupt).Coding yang tercemar akan dihantar ke stesen tertentu atau balik ke Source.Jadi The Programmer telah memuatturun satu protokol bagi KEPERLUAN setiap perisian.Setiap perisian perlu mengikut protokol khas ini bagi mengelakkan 'bug' atau Blue Screen of Death.

Bergantung kepada kronologi pengalaman sesuatu perisian,protokol khas ini mungkin satu lagi SISTEM OPERASI atau talian hayat untuk survival perisian itu.Protokol adalah batas-batas infiniti,kerana infiniti adalah fatamorgana yang membahayakan.Namun yang penting,perisian perlukan protokol.Tanpa protokol,perisian akan gagal dalam tugasnya.




----------------------------------

Terminologi


Sistem Operasi:sesuatu sistem operasi (OS) adalah platform bagi sesuatu perkakasan komputer (hardware) bertindak atau berfungsi sebagai mesin input dan output dengan baik dan mesra persekitaran manusia.OS yang berbeza memiliki ciri-ciri berlainan dari OS yang lain,contohnya Windows dan Linux.Dalam falsafah Matrix,OS adalah sistem KEPERCAYAAN yang menjadi platform bagi sesuatu entiti menentukan peraturan dalam hidupnya.

Perisian:software atau kandungan program di dalam perkakasan.Perisian adalah aspek penting dalam operasi perkakasan,malah OS juga adalah sejenis perisian.Perisian boleh dikemaskini,ditingkatnilaikan atau diedit.Perisian juga boleh dipindahkan,dimuat turun atau dimuatnaik.Dalam Matrix,perisian adalah minda/roh yang menggerakkan skrip-skrip abstrak seperti harapan,imaginasi,khayalan dan impian.Belum dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenar perisian ini namun apa yang diketahui setakat ini perisian dibina diluar Matrix.

Perkakasan:hardware atau sampul,mesin,jentera dan peralatan.Perkakasan boleh berubah pengenalan dirinya di dalam Matrix-matrix yang berlainan.Perkakasan adalah sampul kepada perisian.Perkakasan boleh diubah melalui perisian dalam keadaan tertentu.

Hiperlink:hiperlink menghubungkan elemen-elemen dalam multimedia seperti gambar,text,video atau fail bunyi.Hiperlink di dalam Matrix berfungsi menghubungkan skrip antara program.Setiap program mempunyai pergantungan antara satu sama lain di dalam Sistem.Ini penting untuk mengekalkan Keseimbangan.Di dalam dunia realiti,rantaian makanan adalah aspek penting dalam sesuatu populasi.Rantaian makanan bersifat seperti satu dinding yang terdiri dari susunan batu-bata.Jika satu bata dialihkan,maka dinding akan runtuh.Begitu juga dalam rantaian makanan.

Rangkaian:terdapat bermacam rangkaian,ini termasuklah Tulang-Belakang (backbone) iaitu teras bagi rangkaian Internet.Rangkaian merupakan penjelasan bagi struktur Sistem.Sistem wujud kerana aplikasi rangkaian.Rangkaian mengandungi berjuta-juta malah mencapai infiniti hiperlink.



Dunia Terdawai Antaraprogram:merupakan satu rangkaian yang mengandungi berinfiniti stesen yang menghubungkan antara program.Setiap stesen mempunyai fungsi tertentu.Program yang tercemar (corrupt) mungkin akan ditahan di stesen tertentu sebelum di bawa balik ke The Source atau dihantar ke stesen lain.Pengangkutan setiap stesen adalah ditentukan oleh medium perantara.Program tidak boleh bergerak sendiri dari satu stesen ke satu stesen.Stesen ditadbir oleh seorang admin yang digelar Trafficker.

Protokol:Peraturan.Ia digunakan sebagai panduan (guideline) dalam sesuatu fungsi tertentu.Contohnya dalam dunia perkomputeran,protokol SNMP (Simple Network Management Protocol) adalah protokol yang direkabentuk untuk memberikan kemampuan kepada pengguna untuk menyelia rangkaian komputernya dari jarak jauh.Protokol biasa untuk sistem rangkaian adalah TCP/IP di mana Internet turut juga menggunakan protokol ini.Para penggodam (hacker) selalu menggunakan protokol UDP untuk menerima paket-paket data dari Trojan Horse mereka.Peralatan (hacking tool) menggodam seperti Subseven dan Netbus adakalanya dapat bertukar-tukar protokol untuk mengelirukan sistem.Di dalam protokol internet yang biasa iaitu TCP/IP,data-data akan ditukarkan kepada bingkisan-bingkisan.Kemudian semua bingkisan tadi akan dihantar ke destinasi yang betul,melalui penghala (router).Seterusnya semua bingkisan tadi akan dihimpunkan,dinyahkod ke dalam paparan yang boleh dibaca.Bingkisan yang tercemar (corrupt) akan disemak semula untuk dihantar kembali seterusnya bingkisan yang betul akan dihantar semula.

Stesen:stesen mungkin saja terminal pengumpulan data atau pembahagian data mengikut kategori.Bingkisan data akan menunggu di stesen.Trafficker akan menunggu arahan dari The Programmer untuk menjalankan tugasnya.Stesen mempunyai medium pengangkutan yang khas.Setiap bingkisan mesti bergerak melalui medium ini.

Overflow:Lambakan aliran tugas.Apabila tugas yang berulang-ulang masuk manakala tugas lama tidak sempat diselesaikan maka terjadilah fenomena 'overflow'.Ini samalah teknik DoS (Denied on Service) yang digunakan oleh para 'hacker' bagi menggodam atau memusnahkan sesuatu sistem.Ini akan mengakibatkan sistem tergendala (hang).Dalam situasi manusia,apabila sesuatu fenomena tidak dapat diterangkan oleh akal mereka,maka mereka akan panik dan hairan.JIka fenomena itu seperti memprovok mangsa,maka aura 'seram' atau ketakutan akan timbul.Ini adalah kesan dari 'DoS' tadi.Pada skrin komputer mungkin akan tertera Blue Screen of Death




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISI KANDUNGAN

Pengenalan
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/marix-intro-dari-fail-mo.html

Amaran Pembaca

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-peringatan-dari-fail-mo.html

Tajuk 1

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-1-dari-fail-mo.html

Tajuk 2

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-2-dari-fail-mo.html

Tajuk 3

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-3-dari-fail-mo.html

Tajuk 4

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-4-dari-fail-mo.html

Tajuk 5

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrik-chapter-5-dari-fail-mo.html

Tajuk 6

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-6-dari-fail-mo.html

Tajuk 7

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-7-dari-fail-mo.html

Tajuk 8

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-8-dari-fail-mo.html

Tajuk 9

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-9-dari-fail-mo.html

Amaran Pembaca 2

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-peringatan-ke-2-dari-fail-mo.html

Tajuk 10

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-10-dari-fail-mo.html

Tajuk 11

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-11-dari-fail-mo.html

Tajuk 12

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-12-dari-fail-mo.html

Tajuk 13

http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-13-dari-fail-mo.html