Monday, February 18, 2013

JIN


Menurut al-Quran, Allah swt mencipta jin daripada api yang panas. Berbeza dengan malaikat yang Allah cipta daripada cahaya. Allah juga menjelaskan bahawa Dia menciptakan jin dan malaikat lebih dahulu daripada manusia. Tetapi tidak diketahui secara tepat jarak waktunya antara dua penciptaan itu. Dalam al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin itu. Ada yang dikatakan nar al-samum ( api yang sangat panas) dan ada pula diktakan marij (nyalaan api). Daripada tafsiran ulama, tidak ada perbezaan ketara antara keduanya. Cuma al-samum adalah sifat yang ditambahkan yang merupakan penjelas kepada ciri atau sifat marij. Oleh itu jelas sifat-sifat api itu juga ada pada jin. Api bersifat ringan, terdiri daripada campuran pelbagai warna dan ia tiada bentuk yang tetap ; boleh memanjang, memendek, lentok ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dari segi faktanya jin dikatakan bergerak pantas ; boleh terbang di udara dan menyelam di air. Jin juga diketahui ada berbagai-bagai warna. Ia boleh mengubah bentuk tubuhnya badannya ; memanjang, memendek, bulat, lonjong dan sebagainya. Selain itu jin mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak dapat dilihat oleh manusia, dapat masuk ke dalam bumi dan mempunyai umur yang panjang. Semua kelebihan-kelebihan itu adalah hasil permintaan jin yang diperkenankan oleh Allah ketika awal-awal jin dicipta. Daripada Ibn Abbas r.a.: “Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru sahaja dicipta itu: Mintalah sesuka hatimu.’ Maka jin pun berkata: Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh dilihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati.’”   PENGERTIAN JIN DARI SEGI BAHASA

Perkataan jin berasal daripada Bahasa arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu Jim dan Nun “جن” yang bereti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran bermaksud :"Maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia (Ibrahim)  melihat sebuah bintang (bersinar-sinar)"- ( Surah al-An’am :76) Tiap-tiap perkataan yang beriringan daripada huruf jim dan nun maka maknanya tersembunyi atau tidak kelihatan. Jin itu digelarkan dengan nama sedemikian kerana ia tidk dapat dilihat dengan pandangan mata zahir. PENGERTIAN JIN DARI SEGI ISTILAH


Bermacam-macam definisi yang kita dapati mengenai jin ini tetapi dapatlah diringkaskan menurut pandangan Syed Sabiq di dalam bukunya العقائد الإسلاميةKatanya jin itu : Suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf sebagaimana manusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka. Jin dicipta daripada apiiaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah swt :"Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma".(Surah al-Hijr :27)"Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang"  (Surah ar-Rahman :15) Firman-Nya lagi sebagai menghikayatkan kisah Iblis bermaksud :"Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah".-Surah al-A’raf :12                                                                                                                                    
 
 
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aishah r.ha.خُلِقَتِ المَلَائِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الجَانُّ مِن نَارٍ وخُلِقَ آدم مِمَّا وُصِفَ لَكُمْMaksudnya: “ Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah).”-  ( Riwayat Muslim )                                                                                             Oleh itu jelaslah penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidaklah dapat diketahui secara tepat berapa tahunkah jaraknya penciptaan antara dua makhluk ini. Ibn Bashar al-Qurasyi di dalam kitabnya al-Mubtada daripada Abdullah bin Amr bin al-As. Katanya: Allah mencipta jin ini sebelum Adam selama dua ribu tahun.”Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama 40 tahun. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak ada dalil sama ada daripada al-Quran atau daripada hadis Rasulullah saw. Memadailah kita mengatakan bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin. Jin adalah dicipta daripada api manakala manusia dicipta daripada tanah sebagaimana firman Allah swt bermaksud :"Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."-(Surah al-A’raf :12       


ASAL JIN


- Jin diciptakan Allah daripada Api, manakala Malaikat dari Cahaya dan Manusia daripada Tanah Liat / Lumpur.- Bapa bagi bangsa Jin ialah Azazil (nama sebelum kufur). Azazil selepas kufur dan ingkar untuk sujud kepada Adam Alaihissalam di panggil sebagai IBLIS (maknanya yang jauh dari rahmat). Azazil bukanlah malaikat seperti kisah israiliyyat yang mahu memesongkan aqidah umat Islam. Sifat malaikat ialah taat pada Allah dan tidak ingkar akan Allah.


JIN JUGA MUKALLAF- Jin merupakan MUKALLAF yakni turut dipertanggungjawabkan dengan Syariat.- Sebahagian Jin beriman dan ramai dari mereka itu KAFIR.- Jin yang beriman, sebahagian mereka Taat, kebanyakan mereka pelaku dosa besar, jin terkenal dengan sikap suka menipu.


RUPABENTUK- Manusia tidak akan dapat melihat jin dalam rupa sebenar (terhijab).- Adapun jin boleh merubah bentuk yang boleh dilihat manusia dan disentuh oleh mereka seperti menjadi kucing, anjing dan selalunya ular.MANUSIA DILINDUNG DARI JIN- Manusia ini diperlindungi oleh ALLAH dari jin dengan Malaikat melebihi 10 malaikat.- Sekiranya manusia tidak dilindungi oleh malaikat, nescaya jin akan mempermainkan manusia seperti kita bermain bola.


GELARAN- Jin yang kafir digelar sebagai SYAITAN- Jin yang beriman dipanggil Jin Mukmin


UMUR JIN- Umur jin sangat panjang ada yang 500 tahun, ada yang 1000 tahun


KEKUATAN JIN- Diriwayatkan bahawa jin sangat kuat, antara jin yang kuat ialah segolongan yang bernama Jin Ifrit


KISAH MENGENAI JIN (1)


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Rodhiallahu 'anh, terdapat seorang lelaki telah diculik oleh sekumpulan jin kafir, isteri lelaki tersebut mengadu kepada Saidina Umar bahawa tiada pengkhabaran mengenai suaminya setelah beberapa tahun, lalu Saidina Umar berijtihad bahawa wanita tersebut boleh berkahwin lain, adapun Saidina Ali Karromallahu wajhah berijtihad bahawa wanita itu wajib menunggu kepulangan suaminya. Wanita tersebut lalu berkahwin lain atas ijtihad Saidina Umar. Setelah 10 tahun berlalu, kumpulan Jin Kafir telah berperang dengan kumpulan Jin Mukmin, lalu kumpulan Jin Mukmin menang dan membawa si lelaki yang diculik, ditanya akan lelaki tersebut, apakah mahu tinggal bersama golongan jin mukmin ini atau mahu kembali ke pangkuan keluarga. Lelaki tersebut memilih untuk bersama keluarga, dan apabila pulang, beliau mendapati isteri beliau telah berkahwin lain. Beliau berjumpa dengan Saidina Umar lalu mengadu akan hal ini, Saidina Umar berkata pada beliau, sekiranya beliau ingin kembali bersama isterinya, hendaklah dibayar akan mahar suami yang kedua itu. Terdapat sahabat yang bertanya kepada lelaki itu, apakah makanan yang dimakan sewaktu bersama Kumpulan Jin Mukmin, jawab beliau, kacang. intaha naqol dari Guruku.


KISAH MENGENAI JIN (2)


Syaikh Abdullah Al-Harori Al-'Abdari Rohimahulllah seorang wali Allah, beliau pernah didatangi oleh ibubapa seorang kanak-kanak, kanak-kanak ini dilaporkan selalu diculik pada malam hari oleh golongan jin kerana tertarik akan kecomelan wajahnya, kanak-kanak tersebut akan dikembalikan pada pagi hari, lalu Syaikh Abdullah memerintahkan supaya kanak-kanak tersebut ditidurkan di rumah beliau, lalu golongan jin tidak datang menculik kanak-kanak tersebut sehingga seterusnya kerana golongan jin takut akan Syaikh Abdullah yang merupakan wali Allah. intaha naqol dari Guruku.KISAH MENGENAI JIN (3)Di suatu tempat di Ethopia, terdapat seorang Ulama dari bangsa jin bernama Syaikh Tohir yang merupakan anak murid kepada Imam Nawawi Rohimahullah, beliau sering mengajar Fiqh Mazhab Syafie dibalik tabir kepada murid-muridnya yang berbangsa Manusia. Setiap kali sambutan Maulidurrasul, beliau akan disediakan tempat khusus untuk bersama-sama dengan Manusia menyambut Maulidurrasul. Wallahua'alam samada beliau masih hidup atau sudah wafat. intaha naqol dari Guruku.


PERLINDUNGAN DARI BALA DAN GANGGUAN JIN

Terdapat pelabagai wirid boleh dibaca. Secara umumnya, bacaan Ayat Qursiy sebanyak 1 kali + Al-Ikhlas 3 kali + Al-Falaq 3 kali + An-Nas 3 kali. Dibaca pada pagi (Masuk waktu subuh sehingga 3 jam berikutnya, contoh subuh masuk pukul 6, maka afdhol dibaca dalam tempoh jam 6 - jam 9 pagi) dan petang (Masuk waktu Maghrib sehingga 3 jam berikutnya) begitu juga sebelum tidur, dibaca dan dihembus di tapak tangan dan di sapu seluruh badan. Bacaan mestilah dengan makhraj yang betul.