Allah Maha Kuasa,Makhluk Langsung Tiada Kuasa
Tuan-tuan,sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada kejayaan.
Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan Maha Berkuasa.
Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untukMENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t.
Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.
Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.
Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu”
(HR. Tirmizi)
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih.
Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.
Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.
Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.
Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )
"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )
Lihat tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama.
Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.
Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri.Islam agama yang sosial dan komuniti.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.
Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:
"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)
Kita tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.
Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan.
Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya:
Kaab bin Malik r.a bercerita,
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali"
(diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber dari bapanya)
Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?
Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.
Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?
Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini lebih bertamadun.
Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah.
Hamba Allah:Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun.
Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini sampai mati.
Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.
Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan).
Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.
Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi.
Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik.
Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan.
Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak saintifik.
Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.
Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan.
Begitulah tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi.
Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.
Oleh itu tuan-tuan,marilah kita amalkan sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan?
SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.
Ya Allah!Rupanya Engkau telah letakkan kejayaan di dalam sunnah nabi.Ya Allah!Pilihlah kami untuk amalkan sunnah kekasih-Mu.Ya Allah!Mudahkan kami untuk amal sunnah kekasih-Mu!
Wednesday, February 20, 2013
"Eli, Eli, lama sabakhtani?"
Artikel oleh
Iyo Yul
"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord,"
(Mark 12:29)
JIka kita meneliti sejarah Bible dan pertentangan golongan-golongan Kristian pada zaman-zaman awal,kita akan dapati betapa banyaknya 'bible' yang ditulis oleh manusia dan betapa rumitnya pertelingkahan mereka dalam menetapkan akidah umat Kristian,sesuatu yang amat pelik seolah-olah tiada satu pun penjelasan yang diberikan oleh Jesus atas persoalan, siapakah yang beliau sembah dan ajaran apa yang beliau bawa.Seolah-olah kata-kata Jesus amat sukar hendak difahami atau Jesus berkata dalam nada berpuisi dan bersajak sehingga berkias-kias sampaikan para muridnya pun sukar hendak mengerti siapakah 'Tuhan' yang patut disembah.Akhirnya Jesus sendiri yang disembah oleh orang Kristian selepas bertahun-tahun mencari Tuhan kepada Jesus itu sendiri.Mereka gagal mencari Tuhan itu lantas Jesus diangkat sebagai Tuhan.
Persoalannya adakah Jesus sendiri mengajarkan ajaran menyembah dirinya dan meminta para muridnya mengaku dia sebagai Tuhan??SEkiranya mereka mengatakan bahawa memang terdapat Tuhan Bapa di mana baru-baru ini mereka menuntut Tuhan Bapa ini dinamakan Allah,mengapa orang-orang Kristian ini tidak menjadikan Tuhan Bapa ini sembahan mereka sahaja?Sudah tentu Tuhan Bapa lebih kuat dan berkuasa dari Tuhan Anak (Jesus).Mengapa perlu ada Tuhan Anak?Tidak bergaduhkah anak dan bapa dalam urusan mentadbir alam semesta ini??Jika ini berlaku maka derhakalah si anak itu mengaku dirinya Tuhan di samping Bapanya itu.
Sebenarnya Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknum dalam Triniti.Tuhan yang disembah oleh Jesus adalah Allah s.w.t Tuhan yang menjadikan sekalian alam,Tuhan yang mengutuskan Adam,Idris (Enoch),Nuh (Noah),Ibrahim (Abraham),Musa (Moses),Daud (David),Sulaiman (Solomon),Zulkifli (Ezekiel),Yahya (John The Baptist) dan Muhammad sendiri.SEkiranya di dalam Bible tidak ada pernyataan Jesus berdialog dengan Tuhan seperti di bawah:
For I have given unto them the words which thou gavest me; and they have received them, and have known surely that I came out from thee, and they have believed that thou didst send me.
(John 17:8)
terjemahan:
"Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus aku"
Maka sudah tentu para rahib dan paderi yang menyelewengkan ayat-ayat Injil ini menetapkan Nabi Isa a.s adalah Tuhan yang esa dan tiada tuhan yang disembah melainkan Jesus Christ.Tetapi disebabkan terdapat oknum lain yang disembah oleh Jesus di dalam Bible maka terpaksa mereka mengarang cerita tentang Triniti.Cerita tentang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak serta Roh Kudus.INILAH DIA KUNCI YANG SALAH YANG DIBERIKAN OLEH THE ANTICHRIST KEPADA GOLONGAN NASRANI (KRISTIAN).
Ayat di atas juga jelas menunjukkan Jesus telah menyampaikan firman Tuhan (the words which thou gavest me),Jesus datang atas suruhan Tuhan (I came out from thee) dan Tuhanlah yang mengutuskan Jesus (they have believed that thou didst send me),tetapi yang peliknya mengapa Kristian mengatakan Jesus itu Tuhan bersama Bapa (Allah)?
Adakah ayat di bawah ini menunjukkan Jesus itu Tuhan yang hebat berkuasa??Mengapa dia merintih sendiri??Mengapa Tuhan meninggalkan dia??Mengapa 'Tuhan' menangis bersungguh-sungguh di tiang salib??
And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me? (Matthews 27:46)
"Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?"
Sukar hendak dimengerti konsep Triniti '3 in 1' dalam ayat Bible ini sendiri.Begitu keliru.Mengapa 'Tuhan' menyeru Tuhan yang lain??JIka yang disalib itu Tuhan yang menyerupai manusia,mengapa dia menangis dan menyeru Tuhan lain dalam dirinya.Semacam terdapat 'split personality' di dalam dirinya.Terdapat masalah psikologi atau 'jiwa kacau' ketika 'Tuhan' dalam kesakitan dipaku di tiang kayu.Ketika dalam keadaan amat sakit dan tersiksa,barulah 'Tuhan' itu mengaku ada Tuhan yang lebih hebat dari dia,yang tidak membantu dia,membiarkan dia terpaku menderita.
"...My God, my God, why hast thou forsaken me?..."
Terdapat misteri di sini jika pembaca Bible mahu berfikir sejenak apakah maksud sebenar ayat ini.Jika ada Tuhan lain yang diseru oleh Jesus,mengapa tidak mencari Tuhan tersebut.Hebatkah Tuhan itu,sampaikan Jesus menyeru memanggil Dia?JIka dikatakan Tuhan Bapa bersebati dengan Tuhan Anak,mengapa Tuhan Anak menyeru Tuhan Bapa,seolah-olah Tuhan Bapa berada jauh darinya??
Inilah misteri dalam akidah Kristian.Dalam masalah siapakah Tuhan juga mereka telah tersilap memilih Tuhan.Ini menunjukkan orang-orang Kristian sebahagian besar memang tidak membaca malah tidak pun mengkaji seluruh Bible.Persoalan siapakah Tuhan diserahkan kepada para paderi mereka sendiri yang korup dan pembohong.Paderi mereka yang menentukan dan memberitahu mereka siapa Tuhan walaupun di dalam kitab mereka sendiri sudah tertulis BAHAWA TUHAN ITU SATU!!
"Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.."
(Deuteronomy 6:4)
ISI KANDUNGAN BIBLE PENUH DENGAN AYAT-AYAT YANG BERTENTANGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN.Menunjukkan TERDAPAT TANGAN-TANGAN MANUSIA yang mengubah,mengedit dan mencampuradukkan fahaman mereka sesuka hati.Katakanlah para penginjil (Evangelist) seperti Luke,Mark,John dan Matthews jujur menulis mengikut kitab-kitab asal atau yang lebih tua,atau pun mereka menulis apa yang Hawariy (apostles) sampaikan,mengapa terdapat ayat-ayat bertentangan dalam Bible??Mengapa di dalam Bible menyebut TUHAN HANYA SATU tetapi para paderi degil mahu mempertuhankan Jesus??Apa relevannya Triniti '3 in 1' dalam akidah umat Kristian??
Semua misteri ini terjawab jika kita mengkaji sejarah gereja.Sejarah pertentangan antara Arianus dan Anthanasius.Pertentangan antara Barnabas,Paulus (Paul) dan Peter.Persidangan Nicea dan persidangan-persidangan yang lain.Mazhab Pauline dan kewujudan Triniti.Unitarian dan Trinitarian.
Sejarah akan menjawab sendiri mengapa umat Kristian tersilap,telah mengambil kunci yang salah di tangan THE ANTICHRIST menyebabkan mereka tersesat beratus-ratus tahun!!
"Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"
(AlFatihah ayat 6-7)
Sejarah Gereja
"Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is NONE ELSE BESIDE HIM"
(Deuteronomy 4:35)
Terbentuknya Gereja adalah sinonim dengan Katolik, sedangkan gereja dalam kejayaannya cenderung seperti diktator dan penentu segala keputusan, hukum-hukum maupun fahaman-fahaman karut yang berakhir dengan berbagai penyimpangan dan pembohongan, para reformer hanya sekadar memprotes segala tindak tanduk penyimpangan Gereja dan sedikit merubah dari faham-faham hasil keputusan Gereja, padahal sudah jelas bahawa akibat terlalu banyak bersandar kepada keyakinan petunjuk Roh Kudus yang datang dengan sendirinya(Dan bukan berdasarkan petunjuk/hukum agama yang sudah ditetapkan) maka kuasa roh jahat (syaitan) pasti akan memimpin, tidak peduli orang suci sebagaimanapun dia.
Bagaimana kita dapat mempercayai suatu agama yang berkembang 3 abad setelah kenabian Isa? Dari segi geografi saja sudah dapat membuktikan kelemahannya. Bagaimana mungkin Nabi Isa yang berlokasi di Timur Tengah namun ajarannya berkembang dari Eropah (Rom, Itali)? Belum lagi dari segi nama yang bermula Isa (dalam bahasa Aramaik disebut Eshoa) menjadi Jesus, Yahya menjadi Yohanes dan lain-lain. Termasuk nama pendiri agama Kristen sendiri yang berawal Saul menjadi Paulus?
Ajaran Paulus yang banyak mengandung mitos-mitos Yunani (Greek) ini ternyata banyak sekali mendapat dukungan, dari orang-orang sekitar Mediterranean, Laut Tengah.
Ia antaranya didukung oleh Ireneus (150 - 202 M), Tertulianus (155 - 220 M) Origens (185 - 254 M) dan Anthanasius, yaitu bapa yang melahirkan Triniti yang hidup sekitar tahun 298 - 377 M, yang ikut mempelopori fahaman Triniti dalam Persidangan Nicea tahun 325 M.
Di belakang Anthanasius berdiri pula Santo Agustinus (354 - 430) dan Gregoryus Nyssa (335 - 394 M). Mereka, pendukung-pendukungnya ini berbincang, berfikir dan berunding, bagaimana memecahkan persoalan Tuhan itu tiga tetapi satu.
Maka tidaklah hairan, bila kemudian terdengarkan adanya persidangan-persidangan seperti Persidangan Nicea, Persidangan Epesus, Persidangan Alexandria danm lain-lain, dimana pada tiap-tiap persidangan akan lahir pula suatu "perkembangan baru dari Tuhan," seperti penghapusan Injil-injil yang asli, pelarangan paderi-paderinya berkahwin dan seterusnya.
Dalam zaman seperti yang disebutkan, tidak pula seluruh orang menerima ajaran gila Paulus ini, sebab pada waktu itu lahir pula golongan-golongan Nestorius (388-440 M) dan Arius (270-350 M).
Kedua golongan ini terkenal gigihnya menentang ajaran Paulus, sambil tetap berkeyakinan bahawa tiada lain yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa, dan pertentangan mereka inilah yang akhirnya menimbulkan perburuan manusia yang tiada taranya, dimana lawan-lawan ideologinya dibunuh dengan dibakar hidup-hidup, diadu dengan singa, diseret oleh kuda ataupun dihukum pijak oleh gajah.
Pemerintah Rom melihat adanya suatu kekecohan didalam negerinya, tidaklah tinggal diam. Kekecohan-kekecohan agama ini bila dibiarkan, kemungkinan besar akan menimbulkan suatu hal-hal yang lebih besar dan berbahaya pula. Itulah sebabnya maka pada tahun 326 M, Emperor Konstantin yang Agung segera mengadakan musyawarah atau persidangan dikota Nicea, dimana golongan-golongan Tertulianus, Origenes, Anthanasius dipertemukan dengan golongan Nestorius, Arius serta kawan-kawan yang seangkatan dengannya. Gagasan pertama emperor mungkin kurang diambil berat oleh umat Nasrani, maka dari undangan yang datang ternyata tidak sampai setengahnya.
Didalam perdebatan itu, mereka terpecah dua, iaitu golongan-golongan yang mempertahankan Jesus sebagai manusia, dan golongan-golongan yang mempertahankan Jesus sebagai Tuhan.
Berhubung tidak adanya kata sepakat, maka emperor mengambil keputusan (dekrit?) bahwa Jesus adalah Tuhan dan manusia, atau setengah Tuhan dan setengah manusia. Gagasan ini diterima hanya dengan 2 suara, sedang penolaknya 10 suara. Berhubung yang 2 suara ini lebih dekat dengan selera emperor, maka sejarah kemudian mencatat yang 2 suara inilah yang menang, yaitu mereka yang menerima gagasan Tuhan manusia terhadap diri Jesus. Emperor kemudiannya mengadakan suatu keputusan umum bahwa semua orang harus menerima gagasannya itu.
Apa yang berlaku sebenarnya di Persidangan Nicea?
Pada abad ini pertikaian faham sangat sengit membakar Gereja. Arius, biskup dari Alexandria, menolak ketuhanan Jesus yang menimbulkan kemarahan sebagian besar orang-orang Kristian. Akhirnya Emperor Konstantine menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi. 1800 orang yang diundang untuk hadir dalam persidangan ini terdiri daripada 1000 orang yang berasal dari Gereja Timur dan 800 dari Gereja Barat. 22 orang rombongan Arius yang dipimpin oleh Eusebius of Nicomedia, semuanya diusir dari forum.
Sehingga secara keseluruhan Konstantine telah mengusir keluar sekitar 1482 biskup dan hanya 318 yang diizinkan mengikuti hingga akhir. ( Dr. Henery Stbble, An Account of the Rise and Progress of Mohametanism, 1954, hal.44-45, Holy Blood Holy Grail hal.692, Arana-"Holocaust Theology" ).
Dari 318 suara tersebut hanya 2 suara yang mendukung Arius. Persidangan pertama yang dilaksanakan pada tarikh 20 Mei sampai 25 Jun diakhiri dengan ketukan palu yang mengesahkan Mysterious Credo, yang juga dikenal sebagai Sumpah Nicea (Nicea Credo). Sumpah Nicea yang sekarang bukanlah rumusan yang disepakati pada persidangan Nicea dulu, tetapi sudah diperluas dan diubahsuai. ( Prof. Percy Gardner, English Modernism,-Apendiks I, hal.223 ).
Yang paling penting dari semuanya, keputusan Persidangan Nicea diambil dengan cara pengambilan suara, bahwa Jesus seorang Tuhan bukan sekadar nabi yang boleh wafat. (Holy Blood Holy Grail, hal.472) Persidangan Nicea menjatuhkan hukuman pemulauan ke atas Arius (yang bertegas bahawa Jesus sekadar manusia) dan bskup lainnya yang ikut dalam persidangan tetapi menolak doktrin Triniti. Tulisan-tulisan Arius dibakar dan akan memasukkan ke penjara bagi siapa saja yang ditemui memiliki tulisannya. (Edward Gibbon, Decline and Fall of Roman Empire, vol.2, hal.693).
Pada persidangan tersebut Jesus dinyatakan sebagai, "Tuhan dari segala Tuhan, Cahaya dari segala Cahaya, Maha Tuhan dari segala Maha Tuhan". (Hasting's Encyclopedia of Etnics & Religion, vol.4, hal.239).
Lingkaran terpelajar masih berada di pihak Arius dan mereka telah dikekang dengan tangan besi. Dimasa itu populariti Arius mencapai puncaknya, yang dibuktikan oleh Santo Jerome sebagai berikut :
"Seluruh dunia merasa dan terhairan-hairan menemukan dirinya sebagai penganut Arius". (Wilfred W.Briggs, Introduction to the History of the Christian Church, hal.49)
Will Durant menulis :
"Perdebatan sengit tentang doktrin Triniti yang diperkenalkan oleh Athanasius tidak pernah berakhir dengan adanya persidangan Nicea. Beberapa biskup masih berpihak pada Arius"
Kelompok gereja yang masih setia kepada Sumpah Nicea disingkirkan dari Gereja; kadang kala disingkirkan oleh kekerasan penganut Triniti; setengah abad Gereja mengikuti ajaran Arius dan meninggalkan ketuhanan Jesus. Setiap bskup memiliki bukti-bukti bertulis yang mendukungnya. Pertikaian antara dua golongan ini pecah menjadi kerusuhan berdarah, dan banyak yang terbunuh. (Will Durant, Age of Faith) Pemandangan dari kekerasan yang mengerikan dan pertempuran yang menelan ribuan jiwa, merupakan perkara yang biasa selama era ini.
Alexandria (Iskandariah), daerah tempat tinggal Arius, menjadi ladang pertikaian yang paling ganas. Gibbon mencatat, satu insiden kekerasan menelan korban "tiga ratus lima puluh jiwa". Mengenai kekejaman Gereja dalam masalah ini dibahas lengkap dalam buku Edward Gibbon (pasal 21). Dimasa pemerintahan Konstantin, merupakan era emas bagi Kristian kerana mendapatkan kitab suci Bible yang standard. Itu pun tidak mampu dikerjakan tanpa kontroversi yang dahsyat melalui persidangan-persidangan Gereja. Sebagaimana dicatat oleh Marjorie Bowen : "Kitab-kitab injil harus diubahsuai beberapa kali sebelum diterima, orang-orang yang dianggap sesat harus dihadapi, serta menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi dan di Konstantinopel tahun 381 Masehi untuk merumuskan dogma dan keimanan agama Kristian." (Marjorie Bowen, The Church and Social Progress, hal.4-5)
Persidangan Constatinople, Tahun 381
Theodosius I menyelenggarakan Persidangan Konstantinopel untuk membahas lebih jauh tentang ketuhanan Jesus. Persidangan ini berakhir dengan memberi penegasan pada Sumpah Nicea. Pada Persidangan Ephesus, Tahun 431, persidangan ini diselenggarakan untuk membahas pertanyaan apakah Maryam (Ibu Jesus) manusia asli atau termasuk Tuhan.
Pembahasan ini diadakan kerana aliran Maronite menyembah Maryam (Madonna-Virgin Mary) sebagai "Ibu Tuhan" dan memasukkannya sebagai salah satu oknum Triniti pengganti "roh suci". Persidangan ini mengutuk penyembahan terhadap Maryam. Pada Persidangan Chalsedon, Tahun 451, telah membahaskan tentang teori Dua Kudrat Jesus. Persidangan Konstantinopel, Tahun 553 pula diselenggarakan untuk memecahkan teka-teki kudrat Jesus tersebut. Persidangan ini didominasi oleh biskup-biskup Gereja Timur, Gereja Barat menolak semua keputusan dari persidangan ini. Pada abad ini diputuskannya tentang Natal (Krismas) pada 25 Disember oleh Dionysius Exiguus, mengadaptasikan hari kelahiran anak dewa Matahari yang lahir pada hari Minggu, 25 Disember. Pada akhir abad ke-6 lahirlah Islam.
Kristian telah menyimpang demikian jauh dari ajaran aslinya (ajaran Jesus) bahkan Gereja Barat lebih banyak menyerap agama Pagan. Kristian mengalami kerosakan hingga akarnya. Ketegangan antara Gereja Timur dan Gereja Barat berangsur-angsur melemah. Gereja Timur hanya memiliki sedikit pengikut, sebagai akibat ribuan pemeluk Kristian beralih ke agama Islam. Dan hampir semua wilayah Mediterranian berada dibawah pengaruh Islam.
"Mungkin karena pengaruh secara tidak langsung dari agama baru Islam yang anti-musyrik, pada abad ke-8, tentara Emperor Isauria... menemukan sesuatu yang tidak disukainya pada peribadatan yang sudah lama berlaku dalam dunia Kristian yang berbau politeisme." (J.M Robertson, A Short History of Freethought, vol.1, hal.277).
Selanjutnya untuk pertama kali dalam sejarah Kristian pada tahun 723 tradisi Pagan dalam tata cara kebaktian agama Kristian dilarang oleh Emperor Leo melalui pengumuman, dan dia lebih condong pada ajaran monotheistik Islam. Bagaimanapun, larangan ini dicabut pada tahun 787 oleh persidangan ke-II di Nicea. (The Invacation of Saints and Adoration of Images, oleh Rev. W.P. Hares, hal 10-11).
Pemilihan Kitab Injil disebarkan dari mulut ke mulut sehingga tradisi oral ini menghasilkan laporan yang berlainan satu dengan lain terhadap perkataan dan perbuatan Jesus. Ketika mereka berusaha mendokumentasikannya maka bertambahlah perbezaan-perbezaan akibat variasi verbal. Sarjana-sarjana Kristian mengakui fakta sejarah bahwa pada terdapat juga sejumlah Injil-injil yang lain, dan masing-masing gereja mempunyai versinya sendiri.
Sebagian sarjana mempercayai bahwa jumlah Injil-Injil tersebut mencapai 300 Injil (Holy Blood Holy Grail, hal.692). Tapi bagaimana yang yang terpilih hanya 4 saja ? Keempat Injil tersebut (Matius, Markus, Lukas & Yohanes) dipilih pada saat Persidangan Nicea 325 Masehi. Persidangan yang memperkenalkan konsep Triniti untuk pertama kali. Sehingga pemilihan ke-4 Injil tersebut adalah penyesuaian terhadap sumpah yang dipaksakan. Maka semua Injil yang menceritakan tentang kemanusiaan Jesus harus di hancurkan.
Teknik pemilihan Injil-Injil tersebut adalah, semua naskah Injil yang berbeza-beza diletakkan dibawah sebuah meja di ruang persidangan. Setiap orang diminta meninggalkan ruangan tersebut dan pintunya dikunci. Semua biskup diminta untuk berdoa sepanjang malam supaya versi Kitab yang benar akan berada di atas meja tersebut. Pada keesokan paginya, ke-4 Injil, Matius, Markus, Lukas dan Yohanes dengan "ajaib"nya telah berada diatas meja dengan rapi, sisanya berserakan dibawah meja. Sehingga diputuskan semua yang terletak dibawah meja haruslah dibakar. (Sex in the Bible, Wahyudi).
Pemilihan Bible bukan dibuat dengan akal yang sihat dan ilmu pengetahuan tetapi dengan penuh pembohongan dan silap mata.
Maka mulailah disini pembunuhan manusia besar-besaran, dimana siapa saja yang menolak ajaran Jesus Tuhan dan manusia dibunuh dengan bermacam-macam cara yang keji.Sebelum ini golongan Nasrani diburu dan dibunuh,kini golongan yang sama juga diburu dan dibunuh. Persidangan Nicea ini rupa-rupanya belumlah dapat menampung segala aspirasi umat. Maka mereka kemudian mengadakan persidangan kedua dikota Konstantinople (kini Istanbul) pada tahun 381 M, yang memutuskan lagi bahawa Anak adalah Homo Osius dengan Bapa (Creator).
Didalam persidangan kedua ini pula mereka menambahkan entiti Rohulkudus sebagai oknum ke-III dari Allah, sehingga lengkap lahirlah Tuhan Allah Bapa, dan Anak serta Rohulkudus. Didalam tahun-tahun inilah kemungkinan besar orang mulai menambah-nambah Injil Matius dengan tulisan: Pergilah keseluruh dunia baptiskanlah seluruh bangsa dengan nama Bapa, dan Anak dan Rohulkudus (Matius 28:10).
Persidangan ke-III diadakan dikota Ephesus tahun 439 M, didalam persidangan inilah dikeluarkan perintah untuk mengutuk ajaran-ajaran Nestorian dan Arianisme yang bidaah itu. Merekapun mengeluarkan pernyataan perang terhadap Injil, dimana seluruh Injil-injil yang asli dimusnahkan atau dituduh 'gnostik' atau 'apochrypha'. Sebagaimana kita mengetahui, semasa Jesus hidup beliau mempunyai pula pengikut-pengikut, yang kian kemari menuliskan khutbah-khutbah dan ajaran-ajarannya sebab pada zaman itu memang alphabet Aramaik (huruf-huruf) telah ditemukan. Murid-murid Jesus ada 70 orang. diantaranya 12 yang disebutkan namanya didalam Injil. Dari catatan-catatan murid-murid Jesus ini, kemudian hari kita kenal telah dibukukan dengan nama Injil, yang dinamai oleh masing-masing penulisnya seperti: (1) Injil Markion, (2) Injil Mesir, (3) Injil Eva, (4) Injil Yudas, (5) Injil Nicodemus, (6) Injil Thomas, (7) Injil Barnaba, (8) Injil Matius, (9) Injil Yosepus, (10) Injil Duabelas, (11) Injil Kebenaran, (12) Injil Maria, (13) Injil Jesus, (14) Injil Andreas, (15) Injil Pilipias, dan lain-lainnya
Tahun 306 M merupakan tahun keemasan dalam sejarah gereja. Pada waktu itu Konstantin I memegang tampuk pemerintahan Emperor Rom. Kemudian dia menganut agama Masehi dan menjadikannya sebagai agama rasmi negara, dengan demikian tergenggamlah kekuasaan agama dan dunia dalam satu waktu, sehingga menjadikan pemerintahan Rom sebagai pemerintahan suci. Pada waktu itu, urusan Gereja diserahkan kepada lima orang pastor besar yang dinamakan Patriarch atau Paus-paus. Mereka bekerja di bawah pemerintahan pastor-pastor kecil lainnya.
Orang pertama yang menyusun dengan rapi sistem kepausan dan ikut mendukungnya adalah Gregory I (540-609 M). Ketika pengaruh gereja makin luas, Paus diangkat sebagai sumber kekuasaan agama dan dunia, dan menerima kekuasaan tidak terbatas. Melanggar titah dan perintahnya adalah dosa besar (diktator). Ia mempunyai hak dalam menyusun undang-undang, para emperor tidak memiliki jalan lain, selain takluk dan tunduk kepadanya. Semua orang tunduk dalam masalah agama dan dunia kepada lapisan pastor dan susunan kepegawaian. Mereka seperti bentuk sebuah piramid dan Paus berada di puncaknya. Peristiwa ini terjadi hingga sampai menimbulkan pertentangan antara PAUS & ILMUWAN.
Terhadap peristiwa ini, Paus bukannya mengambil hikmah dan manfaat terhadap Ilmu Pengetahuan dalam mengatur peraturan dan pengurusan kehidupan manusia dan alam semesta, tetapi beliau menangkap semua orang yang berbicara tentang sistem ilmu tersebut karena dianggap bertentangan dengan faham agama yang yang tidak boleh dibantah. Paus menghukum orang-orang yang dicurigainya itu dengan sadis, buas dan ganas. Paus mengadakan pengadilan (Mahkamah Inquisition) (tahun 1478 M) untuk menyiasat dan membicarakan orang-orang yang dicurigai. Mereka ditangkap dan dihukum dengan berbagai macam hukuman yang berkisar antara denda wang dan hukuman bakar hidup-hidup. Mahkamah-mahkamah ini sudah menjatuhkan hukumannya kepada 340.000 orang (antara 1481-1808). Lebih kurang 32.000 orang yang dihukum bakar hidup-hidup!
Dalam kurun waktu 18 tahun, Torquemada telah membakar hidup sekitar 210.220 orang dan menghukum dengan hukuman yang lain sekitar 97.000 orang. Bahkan mayat orang mati itu tidak diperlakukan dengan wajar. Mereka malah menghina 6.860 mayat para ilmuwan dan ahli falsafah yang dihukum bakar hidup-hidup itu.
Meskipun Paus sudah berupaya dan bertekad memadamkan sinar ilmu pengetahuan, namun sinar ilmu pengetahuan semakin terang pancaran cahayanya. Akhirnya dikeluarkanlah peraturan baru pada tahun 1515 M, yakni melarang terbitnya buku apapun, sebelum mendapat persetujuan dari Gereja. Setiap orang yang mencetak atau menjual buku dengan begitu saja akan dijatuhi hukuman mati. Seperti Kisah GALILEO yang mati dalam penjaranya karena menyatakan bumi itu bulat, dan dibakarnya BRUNO yang menyatakan adanya planet-planet lain, selain dari bumi dan sebagainya.
Kepemimpinan dan akhlak gereja merosot drastik, Paus sudah menjelma menjadi musuh Ilmu Pengetahuan dan gereja ditegakkan diatas kemusyrikan. Maka meratalah kerosakan moral keseluruh lapisan masyarakat. Penyakit sifilis bahkan menjalar menjangkiti banyak orang, termasuk PAUS LEO X sendiri!
Hasilnya semua bentuk kerendahan budi pekerti dan akhlak sudah menjadi ciri kehidupan dan pergaulan pada masa itu. Semua bentuk keluhuran nilai dan moral hancur luluh. Petaka itu terlebih dahulu menimpa para ahli agama, sebelum penyakit itu menyerang masyarakat awam, padahal masyarakat itu berkeyakinan bahwa Paus adalah bayangan Tuhan dan wakil Isa Almasih. Keputusan-keputusannya selalu dianggap benar dan tidak boleh dibantah. Beliau menggugurkan dosa dan menanggalkan kesalahan orang dengan kesuciannya bagi yang tergelincir jatuh kedalam dosa.
Perkembangan akidah semacam ini merebak cepat. Hal ini memaksa Paus membuat Akta Pengampunan yang dimulai dengan pengumuman Paus Erien II dalam Perang Salib atas restu Paus Urban II (1088-1099M) dari Vatikan, Siapa yang tidak dapat ikut langsung dalam peperangan ini, hendaknya mengirimkan seorang wakilnya, maka Paus akan memberinya Akta Pengampunan yang mampu menyelamatkan di hari Kiamat kelak.
Ketika Paus Leo X ingin membangun gereja suci Paulus di Rom, dalam pembangunannya memerlukan dana, maka mulailah beliau mencanangkan akta-akta semacam itu dan ternyata laris. Kemudian mereka mengembangkannya lagi dengan menyatakan Akta Khusus dengan harga tertentu. Bunyi akta itu:
"Atasmu rahmat Tuhan Jesus Almasih mengampuni kamu dengan rahmatnya semua dosamu, dan saya mengampuni dosamu berdasarkan mandat yang diberikan Jesus dan muridnya, Petrus dan Paulus yang pertama tentang semua perbuatanmu melanggar gereja bagaimanapun bentuknya, kemudian semua pelanggaran atau kesalahan bagaimanapun besarnya. Saya akan angkat semua rintangan yang sudah ditetapkan menimpamu karena dosa-dosamu di neraka, sehingga apabila kamu mati tertutup semua pintu nereka bagimu dan terbuka semua pintu syurga bagimu dengan nama Bapa, Anak dan Roh kudus. "
Setelah itu diletakkanlah daftar harga bagi semua dosa dan kesalahan. Tiap-tiap ejen penjual akta menyimpan selembar salinannya dan aslinya terpampang di Gereja. Dalam daftar itu disebutkan bermacam-macam dosa berikut harga Akta Pengampunannya, antara lain:
Menggugurkan Kandungan :3 Shilling dan 6 pence
Mencuri :9 Shilling
Memperkosa seorang Gadis :9 Shilling
Berzina :7 Shilling dan 6 pence
Membunuh :7 Shilling dan 6 pence
Lawak jenaka ini tidak hanya mengenai dosa orang-orang yang masih hidup. Dosa-dosa orang yang sudah mati pun mampu dibelikan akta pengampunannya untuk mensucikan dosa-dosanya. Selain itu, tersebar pula iklan yang digantung dimana-mana yang berisi anjuran agar segera membersihkan dosa-dosanya dengan membeli akta tersebut. Dengan demikian banyaknya akta tersebut diperjual belikan, maka semakin banyak pula tindak kejahatan dan maksiat, karena semua dosa dapat ditebus dengan harga yang relatif murah. Maka masa pemerintahan gereja merupakan masa yang paling BURUK dalam sejarah kejahatan. Masa itu merupakan masa merebaknya berbagai jenis kejahatan, kekacauan, kezaliman dan kerosakan moral kerana tidak lagi adanya rasa takut bagi masyarakat pada saat itu untuk berbuat jahat, kerana segala kesalahan dapat ditebus hanya dengan membeli akta. (Manken dalam bukunya Treatise on Right on and Wrong on hal.187-198).
SEbenarnya penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus) lagi.Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul ialah Yahudi warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani (Kristian).Selepas itu dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman seperjalanan Barnabas-seorang sahabat Nabi Isa a.s.
Perosak Kunci 'The Kingdom of Heaven'
Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah Saul.Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.
Saul (Paulus) ialah seorang yang anti kepada ajaran Jesus telah berusaha untuk memesongkan ajaran Jesus. Dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Jesus, dia berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurang sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Jesus yang disebarkan oleh pengikut-pengikut beliau yang dipimpin oleh St. James “The Righteous” (salah seorang apostle-Hawariyyun) itu semakin hari semakin berkembang.
Melihatkan keadaan itu, Saul menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk menyelewengkan ajaran Jesus yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia beliau masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saul ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Jesus dari dalam.Saul kemudiannya berjumpa dengan pengikut-pengikut Jesus tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum ini dan dia diberikan nama Paul.
Sejurus selepas bertaubat, Paul mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara langsung daripada Jesus .Salah seorang daripada 12 pengikut Jesus (as), Barnabas mula mempercayai Paul dan memberinya perlindungan. Melalui Barnabas, Paul diterima oleh semua pengikut-pengikut Jesus yang lain. Sepanjang menyebarkan ajaran Jesus , Barnabas banyak mengembara bersama Paul sehinggakan reputasi Paul yang terkenal sebagai pembunuh penganut Jesus sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut Jesus yang setia.
Paul mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Jesus kepada golongan Bukan-Yahudi (Gentiles).Beberapa pertelingkahan berlaku antara Paul dengan Barnabas sehingga menyebabkan mereka berpecah.
"And the contention was so sharp between them, that they departed asunder one from the other: and so Barnabas took Mark, and sailed unto Cyprus; And Paul chose Silas, and departed, being recommended by the brethren unto the grace of God. And he went through Syria and Cilicia, confirming the churches"
(Acts 15:39-41)
Dia mula membuat tohmahan dengan mengatakan kumpulan Apostles (pengikut-pengikut Jesus a.s.) itu malas, sesat dan hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing ke keluar dari kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya diterimanya daripada Jesus . Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan Apostles itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paul adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang diterimanya secara terus daripada Jesus . Pada mulanya, seruan Paul tidak mendapat sambutan daripada golongan Bukan-Yahudi kerana bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.
Kebanyakan golongan Gentiles ini menyembah tuhan-tuhan Greek kuno seperti Sons of Almighty Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan lain-lain. Di dalam Bible, Paul mengaku sanggup melakukan apa saja untuk menukar kepercayaan Gentiles yang berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan menarik kepada mereka. Dia terus bertolak ansur dengan mereka dan mengubah ajaran Jesus kepada satu agama yang hampir sama dengan kepercayaan Gentiles itu yg mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Penyelamat dan sebagainya. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka ini mati kerana dosa-dosa mereka dan kemudian dihidupkan kembali. Paul pula menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini mati untuk menebus dosa seluruh umat manusia. Golongan Gentiles ini mula melihat pertalian dan persamaan yang besar di antara kedua-dua kepercayaan. Mereka hanya perlu menukarkan beberapa nama saja. Dengan cara ini, Paul berjaya meyakinkan kaum Greek dan golongan Gentiles yang lain untuk menerima “agama Jesus” ini. Ajaran Paul ini telah ditolak oleh pengikut-pengikut asal Jesus disebabkan ajaran yang dibawanya bertentangan dengan ajaran Jesus.
Paul mula menulis tentang kepercayaan baru yang diciptanya ini dan mereka-reka doktrin baru untuk dimasukkan ke dalam agama ‘baru’ yg diciptanya ini.Maka dari sini lahirlah Surat-surat Paulus itu. Doktrin-doktrin itulah yang menjadi doktrin agama Kristian sehingga ke hari ini.
Kunci-kunci yang salah
Inilah sejarah gereja yang penuh korup,penyelewengan dan pembohongan.Gereja telah banyak menyusahkan pengikutnya.Bermacam-macam penipuan dan penindasan dilakukan ke atas penganut Kristian.Triniti adalah kisah dongeng bertahap komik kanak-kanak di mana ia direka untuk menyesuaikan mitos pagan ketika itu.Al-Hafiz Imam Ibn Kathir, seorang ulama’ terbesar Islam mengulas:
“Apabila Allah mengangkat Jesus (a.s) ke langit, pengikut-pengikut beliau terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antara kumpulan tersebut, ada yang masih mengekalkan kepercayaan asal terhadap Jesus (a.s), iaitu beliau hanya merupakan seorang pesuruh Allah, seorang nabi dan anak kepada Maryam. Bagaimanapun, sesetengah mereka mempunyai pemahaman yang ekstrem terhadap Jesus (a.s) dgn menganggap beliau adalah anak Allah. Sesetengahnya pula mendakwa Jesus (a.s) adalah Allah itu sendiri, manakala yang lain mengatakan beliau adalah salah seorang daripada Trinity…” (Mizbahul Munir fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir, Vol.2, Darussalam Riyadh, 2000, ms 171)
Imam Shamsuddin Ibn Abi bakar Ibn Qayyim al-Jauziyyah, juga di dalam kitabnya, Hidayatul Hayara fi Ajwibatul Yahud wa al-Nasara (Guidence to the Uncertain In Reply to the Jews and the Christians) berkata:
“Pengikut-pengikut Jesus (a.s) masih terus mengamalkan ajaran-ajaran beliau selepas beliau diangkat ke langit. Kemudian beberapa orang telah campur tangan dalam mengubah, menafsir (ajaran Jesus (a.s) mengikut apa yang disukai (mengikut selera) kebanyakan orang, bertentangan dengan amalan Yahudi (di dalam Taurat) dan secara terang-terangan menyimpang daripada ajaran Messiah (Jesus a.s), serta menjadi sesuatu yang terpisah daripadanya secara keseluruhannya.”
Tiada apa yang tinggal dari dunia Kristian pada hari ini,yang ada adalah warisan pagan yang membungkus seluruh kepercayaan Kristian.Maka tunggulah turunnya Nabi Isa a.s sebelum kiamat nanti memusnahkan salib dan menjelaskan kekeliruan umat Kristian.
“Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”
(Hadis Nabi)
“Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.”
(Hadis Nabi)
Kebenaran milik siapa saja yang mahu berfikir.Di dunia ini,setiap orang akan diuji.Pilihan diberi.Dunia hanya sementara kerana kelak kita semua akan ditanya tentang 'Kebenaran'.Siapa yang tidak memilikinya,maka malapetaka yang dasyat adalah habuannya.Siapa yang memilikinya,dialah pemegang kunci syurga The Keys of Kingdom of Heaven.Seruan kepada Islam akan sampai kepada setiap individu,tidak kira dia berada di kota atau di gua-gua.Jangan tanya bagaimana caranya,bila dan siapa...itu adalah kerja Tuhan.Cuma pilih atau tidak.Pilihan di dunia adalah penentuan hidup kekal di akhirat 'The Kingdom of Heaven'.
"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord,"
(Mark 12:29)
"Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan kita ialah Tuhan Yang Esa"
Subscribe to:
Posts (Atom)