Sunday, June 24, 2012

TV Cukup Makan – Sharp AQUOS LC32LE340M

TV Cukup Makan – Sharp AQUOS LC32LE340M


Dimensi: 750 x 508 x 222 mm
Skrin: 80cm (32 inci)
Resolusi: 1,366 x 768
Input Audio: 5W x 2
Penggunaan Tenaga: 110-240 V 50/60Hz
Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: LED HDTV yang murah dan berfungsi dengan bagus!

Skor: 8/10
Ketika ini, TV 32 inci sudah menjadi lumrah kalau nak dibandingkan dengan TV 60 inci yang  mula bersepah di pasaran. Namun Sharp masih lagi cuba untuk mengekalkan harga yang murah kerana mereka percaya pengguna mahukan dua perkara saja; skrin  flat dan juga harga yang berpatutan. Dengan Sharp LC-32LE340M, Sharp membuktikan seseorang tak perlu membayar harga tinggi bagi mendapatkan benda yang bagus. Mari kita lihat TV LCD HDTV mampu milik ini
Amat nipis
Unit yang kami uji datang dengan rekaan standard industri yang hitam bersama satu garis perak di bahagian bawah TV yang kami rasa kelihatan mantap. Model 340M datang dengan set pembesar suara stereo kekal (dua pembesar suara 5 watt) ditempatkan di belakang skrin. Ini bermakna untuk mendapatkan bunyi yang bagus anda terpaksa meletakkan 340M dekat dengan dinding. Kebanyakan komponen diletakkan di belakang TV berbanding di bahagian tepi untuk menjadikan TV ini lebih nipis. Ia juga mempunyai beberapa ciri-ciri mesra alam. Sharp mendakwa mod 'standard' dan juga 'advanced' bagi penjimatan tenaga dapat mengurangkan penggunaan elektrik dengan banyak.
Menonton Dunia!
340M menggunakan LED backlit tepi yang bermakna kecerahannya dalam keadaan biasa sudah cukup baik. Sudut tontonan bagi 340M sudah tentu mengkagumkan. Kami dapat menonton tanpa sebarang silau di mana-mana sudut yang kami cuba. Warna juga agak tepat selepas kami mainkan beberapa video definisi tinggi. Ia dapat memainkan aksi pantas walaupun bukan dalam mod definisi tinggi. Manakala ketika definisi tinggi diaktifkan, tiada kesan kabur kelihatan walaupun pada gambar yang bergerak pantas. Namun begitu terdapat bayang kelihatan ketika menonton sukan. Kami terpandang masalah kecil ini ketika menonton perlawanan tenis dalam HD. Pada satu ketika ternampak macam ada dua bola dan bukannya satu.
Peminat muzik takkan suka
Apabila menonton video dengan 340M, tak banyak yang boleh kami puji dengan audionya. anda akan dapati dua pembesar suara ini terletak di belakang TV maka tiada ruang bagi bass. Opsyen bunyi kelilingnya juga amat lemah. Walaupun tidak sebagus sistem wayang rumah, kesan stereo masih boleh didengari. Namun jika anda gunakan set fon telinga yang bagus perbezaan kualiti yang ketara dapat didengari. Tapi selalunya orang yang beli TV tak akan mahu fon telinga. Paling senang, beli sekali satu set pembesar suara lain.
Akses cepat
'Bezel' yang lebih nipis adalah satu trend bagi rekaan HDTV yang menyenangkan skrin yang besar untuk muat dalam ruangan yang kecil. Dan ini adalah sama dengan rekaan Sharp. Walaupun tidak senipis bezel Samsung namun ia adalah cukup selesa untuk ditonton. Mod AV pada alat kawalan jauh amat disukai kerana boleh mengubah kecerahan dari Dynamic ke Movie dengan senang. Satu lagi fungsi yang kami suka adalah butang Colour Adjust pada alat kawalan jauh ini. Apabila ditekan ia akan memegun gambar yang sedang dimainkan dan menyenangkan pengguna menetap warna yang dirasakan tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment