Monday, May 27, 2013

Flash - Lampu Denyar


Anda pernah mengambil gambar di dalam suasana gelap, dan gambar anda langsung gelap? Ataupun samar-samar aje subjek di dalam gambar anda? Ini bermakna anda perlu menggunakan flash ataupun lampu denyar.
Cahaya semula jadi menawarkan jenis pencahayaan yang terbaik – akan tetapi kalau anda di dalam kawasan yang kurang cahaya, ataupun perlu menerangkan muka subjek anda, lampu denyar adalah pilihan utama.
Sazi denyar adalah kecil – terutamanya jenis yang terbina dalam DSLR anda. Oleh itu anda perlu memasang unit denyar yang lebih besar jika anda hendak menerangkan lebih banyak subjek di dalam gambar anda.
Mengikut jenis fotografi, anda boleh menggunakan denyar untuk pelbagai jenis fotografi yang berbeza. Yang penting adalah berapa terang anda perlukan denyar anda untuk menyala.
Ini boleh dilihat dari nombor panduan yang menunjukkan kuasa denyar. Nombor panduan ini adalah kuasa maksimum untuk sesebuah unit denyar. Jadi , jika anda hendak menggunakan apatur yang betul untk denyar yang berbeza, formula berikut boleh digunakan:

f = nombor panduan / jarak subjek dari kamera

Akan tetapi dengan unit-unit denyar moden, badan kamera tersebut akan membuat pengiraan nilai f dengan automatik.
Banyak jenis dan saiz lampu denyar
Jenis-jenis Denyar
Di pasaran sekarang, terdapat dua jenis denyar yang sering digunakan oleh pengeluar-pengeluar utama denyar dunia. Syarikat seperti Canon, Sony, Metz dan sebagainya menggunakan dua rekabentuk ini sebagai panduan untuk produk mereka:
Untuk kegunaan biasa
Denyar Standard
Menggunakan rekabentuk seperti ular tedung, denyar ini digunakan oleh banyak pengeluar kerana ianya mempunyai bentuk yang paling sesuai untuk menyalakan subjek dengan efisien. Bentuk ini juga meletakkan lampu denyar ini di atas badan kamera, melepasi lensa yang paling besar dari Canon.
Kalau nak ambik gambar subjek dekat sikit...
Denyar Makro
Bagi mereka yang suka mengambil gambar yang berjarak dekat, denyar ini adalah paling sesuai. Unit denyar ini diletakkan di bahagian hadapan kanta, berbanding dengan denyar standard yang duduk di atas kamera. Ini membolehkan cahaya yang lebih cerah dipancarkan ke subjek imej makro itu.
Aksesori tambahan untuk kamera anda
Terdapat juga aksesori yang anda boleh pasang ke kamera anda untuk menyalakan lampu denyar dari jarak jauh. Ini membolehkan anda menghalakan cahaya denyar ini ke arah yang lain, dan kanta kamera anda masih berada menghala ke subjek anda.

No comments:

Post a Comment