Monday, May 27, 2013

Bagaimana untuk membersihkan kanta anda


Bagi setiap kamera, lensa adalah unit paling penting yang perlu dijaga di dalam sesebuah kamera selepas badan kamera itu sendiri, lebih-lebih lagi jika ianya kamera boleh tukar lensa. Tanpa lensa, tidak ada makna pun sensor yang besar gedabak di dalam sesebuah kamera.
Oleh itu, ada beberapa syarat yang patut anda patuhi dalam penjagaan lensa kamera
  1. Oleh kerana lensa selalunya kaca, maka ia senang pecah
  2. Debu mungkin perkara kecil, tapi boleh menjadi masalah besar bagi lensa
  3. Jaga lensa macam anda jaga gelas minuman, berhati-hati dengannya tetapi tidak perlu terlalu berlemah-lembut.
Jadi dalam isu ini, akan menerangkan bagaimana anda boleh mencuci lensa anda.
Bersihkan pakai kain
Bersihkan LENSA ANDA!
Kenapa lensa perlu dicuci? Ini kerana setiap kali anda buka lensa dari badan kamera, debu AKAN masuk ke dalam kamera ,tidak kisah betapa cermat sekali anda keluarkannya dari badan kamera. Jika elemen depan dan penutup dicemari debu, ia akan menjadi lebih susah bagi sesebuah kamera untuk mefokus. Sama seperti orang yang memakai kaca mata, kalau lensa kotor memang imej tidak akan nampak jelas, tapi kalau dah dicuci, kalah video HD.
Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi mencuci lensa dan juga pelbagai produk berlainan yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Secara amnya, anda memerlukan satu set alat mencuci seperti di bawah bagi mencuci lensa (dan juga kamera anda yang akan kami meneliti dalam isu akan datang).
-          “LensPen” – sejenis pen pembersih bagi lensa
-          Peniup angin
-          Kain mikro fiber
Tidak perlukah kita menggunakan cecair pembersih? Tidak payah, kerana cecair pembersih yang ada di pasaran mungkin akan melunturkan selaput pelindung pada lensa anda. Jadi pada pandangan kami,  ketiga-tiga benda di atas ini sudah mencukup bagi penjagaan lensa anda.
Dengan perkakasan di atas, mari kita mulakan penjagaan lensa!
Pertama:
-          Membuang debu dari permukaan lensa
  • Langkah pertama ini penting kerana debu yang sekecil ini, walaupun susah dilihat, adalah keras dan kasar dan jika anda mengelap permukaan lensa tanpa membuang debu, ia boleh menyebabkan lensa anda tercalar.
  • Anda boleh gunakan peniup dan juga bahagian berus LensPen bagi langkah ini kerana peniup akan meniup keluar debu dari ruang yang sukar dimasuki, manakal pemberus akan  memberus debu keluar.
Kedua:
-          Mengelap permukaan lensa dengan kain mikro fiber
  • Kain mikro fiber ini seakan-akan hadiah kepada jurukamera kerana serat mikro pada kain ini akan mengelap debu yang tidak dapat diberus keluar
  • Serat mikro ini juga akan menyerap minyak gris dari cap jari yang mungkin terkena pada lensa itu.
Dah siap. Apa? Ingat kena buat lagi ke? Ya, setiap kali anda menggunakan kamera anda, kami nasihat agar anda membersihkan lensa sesudah sesi fotografi anda.
Bagaimana pula jika anda kesempitan masa dan hendak cepat mencuci lensa anda?
Untuk situasi sebegini, kami nasihati anda menggunakan LensPen. Pen ini adalah ciptaan sebuah syarikat dari Vancouver. Ia adalah satu peralatan mencuci kamera yang amat laris di dunia, terutamanya bagi para jurukamera.
LesnPen
Ia berbentuk seperti pen dan boleh disimpan terus di dalam beg kamera anda bagi mencuci lensa anda dengan pantas.
Untuk mencuci dengan LensPen:
Pertama:
-          Berus keluar kesemua debu dan kotoran dari bahagian yang anda mahu cuci dengan bahagian pemberus LensPen
-          Pastikan kesemua debu dikeluarkan dari setiap sudut yang boleh dicapai oleh pemberus itu
Kedua:
-          Cuci elemen lensa dengan bahagian pencuci.
  • Bahagian pencuci ini mempunyai bahan microfiber dan debu karbon yang bersama-sama akan membersihkan permukaan lensa anda.
  • Kalau dilakukan dengan betul, lensa anda akan kembali jelas seperti baru
Selepas siap, hanya tutup kembali LensPen dan pusing sebanyak suku jam bagi mengganti semula bahan pada kepala pencuci.
Itu dia, cara yang senang bagi mencuci lensa kamera anda. Tidak kira DSLR atau kamera kompak, asalkan lensa itu boleh ditukar, caranya sama saja.

No comments:

Post a Comment