Tuesday, January 29, 2013

Nokia EOS dengan Teknologi Pureview Untuk….Windows Phone 8?


Dari The Verge, mereka melaporkan bahawa Nokia akan melancarkan sebuah telefon yang menggunakan platform Windows Phone 8 yang menggabungkan teknologi Pureview dari modelPureview 808 mereka.
Dinamakan Nokia EOS, ianya akan menjadi model teratas bagi syarikat dari Finland itu dan dilaporkan bahawa ianya akan dibina dengan menggunakan aluminium, berbanding dengan polycarbonate seperti model Nokia Lumia 920 mereka.
Selain itu, Nokia juga diwar-warkan akan mengeluarkan model kesinambungan Lumia 920 tidak lama lagi yang diberi nama kod Catwalk, yang juga akan menggunakan aluminium, selain daripada satu lagi model pertengahan yang kedua-duanya akan dilancarkan di pertengahan tahun ini.
Kami tidak boleh mengesahkan informasi ini setakat ini, jadi tunggu bersama Majalah Tech dan ikuti informasi seterusnya mengenai model Nokia ini.

No comments:

Post a Comment