Tuesday, February 19, 2013

Matrix Chapter 7 - Dari Fail M.O




Ini adalah fail Matrix07

Selamat membaca


-M.O


Beberapa orang saintis sedang menjalankan deduksi di dalam sebuah makmal canggih.Makmal itu dibiayai The National Science Foundation hasil kerjasama Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan California Intitute of Technology (CIT).Sudah bertahun-tahun mereka bekerja di situ.Makmal itu lebih dikenali sebagai Laser Interferometer Gravitational Wave Observatory (LIGO).Tujuan mereka membinanya adalah untuk mencari rahsia graviti alam semesta.

Di Illinois pula,seorang juruteknik nampaknya sedang membaiki sebuah mesin penganalisis atom di satu bilik di Fermilab,sebuah makmal yang mempunyai 'atom smasher' iaitu sebuah pemecut partikel yang berfungsi untuk mempercepatkan teras atom hidrogen dalam suatu lintasan sepanjang 4 batu untuk kemudian dilanggarkan dengan teras atom hidrogen lain di hujung lintasan. Teras atom yang dilanggarkan akan terpecah dan menghasilkan serakan partikel-partikel yang lebih kecil.

Namun ada lagi 'atom smasher' yang lebih besar.Ia berukuran 7 kali ganda besarnya dari yang terdapat di Fermilab.Pemecut partikel dan 'atom smasher' ini dimiliki oleh CERN,Switzerland.

SEmuanya adalah usaha manusia yang kerdil dan lemah ini untuk mengetahui dari apakah alam semesta ini dibuat?Mereka ingin tahu bagaimana Tuhan membikin alam semesta ini?Adakah Tuhan membuatnya dari pasir,batu-bata dan simen?Adakah Tuhan membuatnya dari air?Atau bagaimana?Manusia yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.Suatu hari mereka akan tahu dari apakah alam semesta ini dibina.Selepas itu mereka akan bertanya siapakah yang membinanya.



Asal-usul Segala Matrix







“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”

(QS. Ali Imran: 190-191)




Bentuk atom,molekul atau apa jua zarah yang kita belajar di sekolah dahulu sudah tentu digambarkan berbentuk bulat.Model atom yang popular,dan ya...sudah tentu di kalangan anda yang mengambil jurusan sains masih ingat bagaimana anda melukis bulatan yang di dalamnya adalah nukleus;terdiri dari neutron dan proton.Kemudian anda perlahan-lahan melukiskan orbit-orbit dan ada bulatan-bulatan kecil mewakili elektron.Itulah dia model atom yang dipopularkan oleh Neil Bohr,ahli Fizik Denmark yang pernah menang Hadiah Nobel.Model atom standard ini telah digunakan dalam Teori Kuantum dan Pemalar Planck.SEmenjak itu orang dapat membayangkan bagaimana dunia ini terbentuk.Tetapi model ini tidak dapat menjawab banyak persoalan Fizik dewasa ini.Dan sudah pasti di dalam masalah Fizik yang lebih besar seperti masalah Lohong Hitam dan keruntuhan bintang,model ini akan dibakul sampahkan serta-merta tanpa prejudis!Model Kuantum dan segala persamaan Matematik-Fizik tidak dapat bernafas dengan baik di dalam Lohong Hitam!

Mungkin ini masanya String Theory menunjukkan aksinya!


*Model atom standard







String Theory dan Rahsia Dunia Yang Fana



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan"
 

(AlBaqarah ayat 164) 



Orang yang menemukan teori ini berpendapat masalah yang terjadi disebabkan kita salah memandang bentuk zarah.Jadi masalah Fizik yang dihadapi adalah pada 'bentuk'.Mereka menjelaskan bahawa zarah-zarah yang membentuk alam semesta ini bukanlah berbentuk bulat,tetapi berbentuk tali-temali atau istilahnya 'string'.

String berukuran sangat kecil, iaitu berjuta-juta kali lebih kecil dari quark. Untuk membayangkan ukuran string yang sangat kecil ini, bayangkanlah bila sebuah atom adalah sistem solar kita, maka sebuah string berukuran sehelai rumput di bumi. String yang amat kecil ini dianggap hanya memiliki panjang saja (1 Dimensi ruang) bergetar dan variasi getarannya itulah yang menghasilkan apa yang kita lihat sebagai partikel-partikel. Para pengusung teori string ini mengatakan bahawa string adalah satu-satunya bahan asas pembentuk ruang dan waktu. Yang kita lihat sebagai beraneka ragam partikel itu sebenarnya adalah hasil variasi getar string-string yang sama.Maksudnya seperti partikel foton yang membentuk cahaya dan udara berbeza kerana frekuensi getaran string yang berbeza.

LIHAT,PERBEZAAN FREKUENSI SAHAJA AKAN MENGUBAH RUPA PARTIKEL.Contohnya bunyi dapat didengar oleh kita tapi foton tidak,tapi kita dapat melihatnya (cahaya).Graviton pula kita tidak dapat melihat atau mendengarnya tapi kita dapat melihat kesan yang ditimbulkannya (graviti).

JADI TIDAK HAIRANLAH JIN DAN SYAITAN,KITA TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA.Tidak ada kepelikan dengan sifat 'ghaib' mereka kini,jika kita dapat berfikir secara saintifik kewujudan mereka.

Ingat masalah Teori Kuantum yang tidak menerima daya graviti?Dunia Kuantum tidak dapat menghitung daya graviti yang seolah-olah lesap dalam suasana atom,proton,neutron,quark dan bozon.Tetapi dengan menerima idea String Theeory ini maka perhitungan atau persamaan matematiknya menjadi berubah sama sekali.Dunia Kuantum yang tadinya mengabaikan daya graviti sekarang dapat menerima daya graviti tersebut sebagai sebahagian dari persamaan matematiknya,atau dengan kata lain boleh dikatakan telah ditemui daya graviti di alam kuantum. Teori Relativiti dan Teori Kuantum berjaya disatukan.Setakat ini,Teori String adalah teori terhebat yang memimpin kepada Theory of Everything;Teori Segalanya.

Bagaimana String Theory muncul?Pada tahun 1968,seorang ahli Fizik muda berbangsa Itali, Gabriele Veneziano,(kini bekerja di CERN) telah mempelajari persamaan matematik yang menjelaskan daya nuklear kuat. Beliau menemui persamaan ini membuka jalan pada penelitian daya tersembunyi di teras atom. Kemudian penelitian menimbulkan tarikan ilmuwan lainnya, Leonard Suskind dari Stanford University yang melihat bahawa persamaan tersebut menunjukkan sesuatu yang tersembunyi, sebuah partikel yang memiliki struktur dalaman yang boleh melendut dan meregang. Partikel ini bukan berbentuk titik atau bola, namun berbentuk string yang secara alami bergerak lentur.

Pada tahun 1973, seorang ahli Fizik sedang melanjutkan pemerhatian terhadap masalah string ini.Beliau ialah John H. Schwarz dari California Institute of Technology, mengemukakan bahawa jika string ini benar, maka string akan mampu menjelaskan banyak misteri alam ini. Schwarz berhasil menarik perhatian para ilmuwan dunia dan orang mulai banyak bergabung mendalami teori radikal ini.

Namun teori string mengalami halangan besar,iaitu terdapat beberapa keanehan pada perhitungan atau persamaan matematiknya. Pertama, teori string melibatkan sebuah partikel berjisim kosong dan partikel tachyon, iaitu partikel yang bergerak lebih cepat dari kecepatan cahaya. Telah disentuh sebelumnya bahawa Teori Relativiti tidak membenarkan adanya objek yang bergerak melebihi kecepatan cahaya. Teori string hampir-hampir tumbang.

Michael B. Green dari Cambridge University bergabung dengan Schwarz untuk mengkaji persamaan matematik Teori String ini lebih dalam. Pada tahun 1984 ,mereka berhasil meniadakan keanehan tersebut. Mereka menemukan bahawa partikel aneh yang menjadi halangan teori ini sebenarnya adalah “graviton” iaitu partikel untuk daya graviti. Peristiwa yang sangat bersejarah ini dicatat sebagai salah satu yang menggemparkan dunia. Schwarz dan Green menemukan daya graviti dalam persamaan mereka. Mereka berjaya menghilangkan 'anomalies' itu sekaligus mengukuhkan String Theory.

Selepas itu semakin ramai yang mengikuti String Theory ini sehinggalah mereka menemui masalah lain di mana String Theory ini melibatkan dimensi tambahan.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa kita hidup di alam dengan 3 dimensi-ruang iaitu panjang, lebar, dan tinggi ditambah 1 dimensi waktu menjadikan jumlahnya 4 dimensi ruang-waktu. Namun string harus bergerak di lebih dari 3 dimensi ruang itu. String harus bergerak di 9 dimensi ruang! Sehingga menurut teori string, alam yang kita tinggal ini sebenarnya memiliki 10 dimensi ruang waktu.

Lalu dimana dimensi-dimensi ruang lainnya? Mengapa kita tidak mampu melihat atau merasakannya? Sekali lagi Kaluza dan Klein mencadangkan bahwa 6 dimensi ruang ini berukuran sangat kecil sehingga tidak mampu diperhati.

Namun kemudian orang mulai menerima kehadiran dimensi tambahan ini karena memang seharusnya ada dimensi tambahan di alam ini bagi string untuk wujud. Kemudian mereka mendapati terdapat 5 teori string kesemuanya!Ini merupakan masalah besar. Bagaimana sebuah teori segala hal hadir dalam 5 versi? Setiap teori sama-sama benar namun memiliki perbezaan asas pada persamaan matematiknya.



M-Theory



Kemudian pada tahun 1995, pada konvensyen Fizik sedunia, seorang ahli Fizik yang kemudiannya menjadi sangat terkenal, iaitu Edward Witten, dari Institute for Advance Study, menerbitkan kertas kerjanya. Edward Witten digelar sebagai orang tercerdas di planet bumi ini dan mendapat panggilan “the true successor of Einstein”, beliau berhasil menggabungkan kelima teori string menjadi sebuah teori tunggal iaitu M-Theory.

Witten mengemukakan bahawa kelima teori string itu sebenarnya hanyalah ragam cara melihat suatu perkara yang sama. Kita bagaikan berada dalam ruangan gelap gelita dan saling meraba seekor gajah yang sama di depan kita. Sebahagiannya meraba kepalanya, sebahagian meraba kakinya, yang lainnya meraba belalainya dan ada yang meraba badannya, begitulah Edward Witten memberikan penerangan di dalam ruangan, barulah orang menyedari bahawa sebenarnya mereka semua meraba seekor gajah yang sama!

Penerangan yang dibawa oleh Witten dalam M-Theory nya ini adalah dengan menghadirkan sebuah dimensi ruang tambahan ke dalam perkiraan matematik teori string. Seluruh persamaan menjadi serasi dan semuanya menjadi masuk akal. Kini alam kita diyakini oleh string/M-theory memiliki 10 dimensi ruang menjadikan kesemuanya 11 dimensi ruang-waktu.

Apakah maksud 'M' dalam M-Theory itu?Edward Witten merahsiakannya.Anda tentu tahu jawapannya.


Apakah yang dibawa oleh M-Theory?


"Hijab Allah adalah Nur,yang apabila dibuka nescaya dapat membakar apa saja yang diperlihatkannya..." 

(Hadis Qudsi dipetik dari Kitab Hikam)




M-Theory menjelaskan:

-String berbentuk tali teramat kecil yang memiliki panjang sahaja (1 dimensi) dengan kedua hujungnya terbuka (open loop).

-Terdapat string yang merata sehingga memiliki panjang dan lebar (2-dimensi), membentuk membrane (disingkat, “brane”) atau sebuah lembaran amat tipis. Kita sebut ini sebagai 2-brane. Sedangkan string 1 dimensi disebut dengan 1-brane.

-Kedua ujung string 1-brane harus melekat / bertumpu pada 2-brane.

*Model zarah asas 'string' dalam String Theory



Suatu perbezaan ketara dari M-Theory ialah dimensi tambahan yang dikatakan itu bukanlah teramat kecil malah,M-Theory memberi gambaran pada kemungkinan yang berlawanan, iaitu dimensi-ruang tambahan itu berukuran sangat besar. Kita mungkin hidup di alam semesta 3 diemensi-ruang yang berada di dalam sebuah dimensi-ruang yang lebih besar lagi,bahawa alam semesta kita berupa membrane 3 dimensi ruang atau 3-brane, dan alam 3-brane kita berada di dalam alam berdimensi lebih tinggi iaitu alam 4 dimensi-ruang atau 4-brane.

Agar lebih mudah difahami konsep membrane ini, bayangkanlah bahawa kaca televisyen anda adalah sebuah dunia dua dimensi. Semua karakter di dalam televisyen hidup di alam dengan 2 dimensi-ruang saja (hanya memiliki dimensi panjang dan lebar) mereka tidak memiliki dimensi ruang ke-tiga. Mereka tidak tahu dan tidak menyedarinya. Jarak antara mata anda ke kaca televisyen adalah sebuah dimensi-ruang ketiga yang tidak dimiliki alam dalam televisyen itu,atau boleh kita katakan bahawa untuk menemukan dimensi tambahan, maka makhluk yang hidup di dimensi kaca televisyen harus keluar dari kaca televisyen tersebut.

Sampai tahap ini apakah anda sudah dapat membayangkannya? Sekarang cuba bayangkan alam semesta kita adalah kaca televisyen tersebut. Televisyen dengan 3 dimensi ruang. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang keempat yang tidak dimiliki oleh alam kita. Alam di luar alam kita adalah sebuah alam semesta yang memiliki 4 dimensi-ruang.Sekarang bayangkan bila alam semesta dengan 4 dimensi-ruang itu adalah sebuah kaca televisyen. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang kelima yang tidak dimiliki oleh alam 4 dimensi-ruang.

Demikian seterusnya.




Alam semesta kita yaitu 3-brane berada di membrane yang lebih tinggi; 4 brane,atau dengan kata lain alam 3-brane kita dibungkus oleh alam 4-brane. M-Theory mengatakan bahawa alam 3-brane kita memiliki kemungkinan wujud berdampingan dengan alam 3-brane lainnya (parallel universe). Ada berapa banyak parallel universe? Tidak ada yang tahu.Infiniti.

Lalu dimana dimensi 5, 6, 7, 8, 9, dan 10?
Mari kita lanjutkan lagi membayangkannya. Bila alam 3-brane dibungkus alam 4-brane, maka:
Alam 3-brane dibungkus oleh alam 4-brane (lapis 1)
Alam 4-brane dibungkus oleh alam 5-brane (lapis 2)
Alam 5-brane dibungkus oleh alam 6-brane (lapis 3)
Alam 6-brane dibungkus oleh alam 7-brane (lapis 4)
Alam 7-brane dibungkus oleh alam 8-brane (lapis 5)
Alam 8-brane dibungkus oleh alam 9-brane (lapis 6)
Alam 9-brane dibungkus oleh alam 10-brane (lapis 7)


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?"

(Nuh ayat 15)

"dan Kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kokoh," 

(An Naba' ayat 12)




Jadi alam semesta kita dibungkus oleh alam lainnya yang berdimensi-ruang lebih tinggi. Dan di setiap membrane (Matrix yang membungkus) terdapat 'parallel universe'.Matrix di dalam Matrix.

Dimensi masa pula dimiliki oleh semua alam-alam ini.


Rahsia Alam Ghaib


"JIka hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya: Aku dekat." 

(Hadis Qudsi)



Mari kita ulangkaji kembali berkenaan M-Theory.Di dalam penjelasan di atas kita tahu bahawa alam semesta ini dibentuk oleh bahan asas yang disebut string.String ini terdiri dari dua jenis;string tertutup (close loop) dan string terbuka (open loop).

String terbuka tidak boleh tidak pasti akan tertambat pada membran.MEMBRAN MEWAKILI ALAM KITA;ALAM FIZIKAL KITA.Alam yang kita tahu,dirasa,disentuh,dilihat,didengar dan dibau.String yang tertambat mewakili sifat-sifat alam fizikal kita.Tidak kira,adakah ia berupa daya atau tenaga.Contohnya daya elektromagnet dan tenaga haba.Ini adalah contoh string terbuka.Ia tertambat pada membran jadi ia dapat dikesan di alam 3 dimensi ruang kita.

Tetapi ada entiti lain yang tidak tertambat pada membran.



Ia adalah entiti string tertutup.Apabila string tertutup,bayangkan satu gelang getah.Ia tidak mempunyai hujung-hujung yang dapat ditancap pada membran,jadi ia akan bebas melayang-layang malah boleh hinggap antara membran-membran lain (parallel universe).JADIENTITI JENIS INI ADALAH GHAIB DARI PENGETAHUAN DERIA KITA.Apakah contoh entiti string tertutup?

Salah satunya Graviton dan hanya inilah entiti yang dapat diketahui oleh dunia Fizik setakat ini.Dengan sifat graviton yang bebas itu maka daya graviti sesungguhnya sangat kuat, bahkan mungkin sama kuatnya dengan daya electromagnetik. Ia nampak lemah kerana sebahagian kekuatan daya graviti mampu menyeberang ke brane lainnya dengan bebas.

Graviton adalah satu-satunya partikel setakat ini yang diyakini bebas bergerak menyeberang ke membrane lainnya.Daya lainnya tidak mampu meninggalkan suatu membrane. Sehingga tidak mungkin kita dapat melihat alam brane lain atau parallel universe kerana cahaya tidak dapat keluar dari membrane. Daya nuklear kuat, daya nuklear lemah, electromagnetik dan cahaya terperangkap di dalam sebuah membrane.SEBAB ITU KITA DAPAT MELIHAT CAHAYA,KERANA CAHAYA ADALAH STRING TERBUKA JADI IA TERTAMBAT PADA MEMBRAN.

Graviton bukanlah kepunyaan dunia 3 dimensi kita.Malah graviton dapat muncul pada dimensi yang lain.Bagaimana graviton membuatkan sesuatu itu lenyap dari dimensi kita?Atau soalan yang lebih liar lagi BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN DAPAT LENYAP DARI PANDANGAN KITA?Kita akan mengkaji sifat-sifat Lohong Hitam untuk merungkai masalah ini.Kemudian kita akan tahu di mana jin dan syaitan bersembunyi selama ini.








"I can see it in your eyes. You have the look of a man who accepts what he sees because he is expecting to wake up. Ironically, this is not far from the truth. Do you believe in fate, Neo? 

(Morpheus -The Matrix)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ISI KANDUNGAN


Pengenalan
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/marix-intro-dari-fail-mo.html

Amaran Pembaca
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-peringatan-dari-fail-mo.html

Tajuk 1
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-1-dari-fail-mo.html

Tajuk 2
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-2-dari-fail-mo.html

Tajuk 3
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-3-dari-fail-mo.html

Tajuk 4
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-4-dari-fail-mo.html

Tajuk 5
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrik-chapter-5-dari-fail-mo.html

Tajuk 6
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-6-dari-fail-mo.html

Tajuk 7
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-7-dari-fail-mo.html

Tajuk 8
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-8-dari-fail-mo.html

Tajuk 9
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-9-dari-fail-mo.html

Amaran Pembaca 2
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-peringatan-ke-2-dari-fail-mo.html

Tajuk 10
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-10-dari-fail-mo.html

Tajuk 11
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-11-dari-fail-mo.html

Tajuk 12
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-12-dari-fail-mo.html

Tajuk 13
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-13-dari-fail-mo.html




No comments:

Post a Comment