Tuesday, February 19, 2013

Matrix Chapter 4 - Dari Fail M.O



Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh, kitab Sirus Salikin dan kitab Hikam.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

Inilah adalah fail Matrix bernombor: Matrix04.

Selamat Membaca.

-M.O




"no one can be told what the Matrix is. You have to see it for yourself..." (MOrpheus -The Matrix)



Apakah Matrix itu?


Menurut pengetahuan yang ada setakat ini,Matrix bermaksudruang.Ruang di mana entiti dapat berdiri dan wujud.Ruang dimana entiti dapat menjalankan aktivitinya.Ruang di mana entiti hidup atau berdiam diri.Ruang ini terdiri daripada kod-kod yang terbina di dalam strukturnya.




Ada berapa banyak Matrix yang ada?

Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,tiada Matrix.

Telah dijelaskan sebelum ini,Matrix adalah sebuah program.Ia terdiri dari kod-kod yang diekstrak dari memori yang bersumber dari The Source.Memori ini bertempat di dalam satu Matrix lain yang disebut 'Mainframe'.

Entiti berada di dalam Matrix.Entiti hanya mengenal realitinya berdasarkan Matrix yang ia wujud di dalamnya.Matrix adalah ruang di sekelingnya.

"The Matrix is everywhere. It is all around us, even now in this very room. You can see it when you look out your window or when you turn on your television. You can feel it when you go to work..." (Morpheus -The Matrix)

Entiti tidak dapat mengalami Matrix yang lain,selain Matrix yang diketahuinya,kecuali dengan cara yang lain,cara yang tertentu.Entiti yang mengikut protokol Matrixnya sahaja akan selamanya akan terkongkong dalam Matrixnya sahaja.

"Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah". (Hikam)

Entiti yang wujud di dalam Matrix hanya merasakan Matrixnya sahaja yang realiti.Entiti tadi dapat merasakan keberadaan Matrix berdasarkan deria-derianya.Berdasarkan protokol Matrix,deria-deria adalah alat (tool/device) berfungsi untuk menjelaskan kewujudan Matrix.

Matrix terdiri daripada protokol-protokol tertentu.Matrix juga mempunyai format yang telah disetkan.Sebagai contoh,program A yang terdapat di dalam Matrix B dan Matrix C.Katakan di dalam Matrix B,program A mempunyai warna merah manakala di dalam Matrix C,program A disetkan berwarna biru.Ini adalah program yang sama tetapi di dalam Matrix yang berbeza.'Programmer' juga boleh membuatkan Matrix C tadi tiada memiliki program A,boleh jadi program itu telah dipadamkan (delete).

"And why would a program be deleted?" (Neo -Matrix Reloaded)

Deria bertindak sebagai dekoder kepada kod-kod di dalam Matrix.Setiap deria yang berbeza peranannya akan mengekstrak seterusnya mendekodkan kod-kod yang bersimpang-siur di dalam trafik dan membuahkan hasilnya yang berbeza.Sebagai contoh,seseorang yang berhadapan dengan sebuah radio.Deria matanya akan dapat mendekodkan cahaya (kod) dan telinganya dapat mendekodkan gelombang bunyi(juga mewakili kod).Rahsianya ialah,mata tidak dapat mendekodkan kod-kod pendengaran,telinga tidak dapat mendekodkan kod-kod penglihatan.

Kod-kod mengalir dan bersimpang-siur di dalam Matrix dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya yang standard.Kod-kod bergerak dan berfungsi mengikut protokol dan format yang telah ditetapkan.Keadaan ini dinamakan PERATURAN (rules).

Masalah ini dapat difahami dengan lebih jelas jika kita memandang Matrix itu sebagai sebuah permainan komputer.


Matrix Sebagai Permainan Komputer

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau..." (surah Muhammad ayat 36)

Kita ambil contoh permainan Counter Strike (CS) yang dikeluarkan oleh Sierra Entertainment.Contoh ini diambil kerana mempunyai ciri-ciri realiti maya (virtual reality).Sesebuah Peraturan adalah panduan kepada sesuatu program berfungsi.Dalam konteks Matrix,Peraturan adalah 'bahasa pengaturcaraan-terbina dalam' (built-in programming language) yang mengarahkan ia bergerakbalas mengikut arahan dari Peraturan.

Di dalam CS,ia dibina dengan Peraturan tertentu.Kita ambil contoh pergerakan 'terrorist' dan 'counter-terrorist' di dalam CS adalah tidak terapung-rapung dan stabil di atas permukaan bumi.Peraturan ini dinamakan 'sv_gravity'.'Mp_time limit' adalah Peraturan untuk masa bermain.Penglihatan karakter juga disetkan dalam Peraturan 'gl_zmax'.Semua kod Peraturan ini dinamakan 'cvarlist' di mana dapat diakses melalui konsol.Peraturan sebagai kesimpulannya adalah satu set protokol dan format,berfungsi sebagai panduan sesuatu program terlaksana (execution).Dalam disiplin tasawuf,ini dinamakan 'sunnatullah'.

Peraturan adalah terlampau banyak,bergantung kepada keperluan di dalam sesuatu Matrix.Sunnatullah adalah istilah untuk Peraturan ini dalam definisi realiti.Sunnatullah terbahagi kepada dua kategori,hukum Fizik dan hukum kehidupan.Hukum Fizik merujuk kepada set-set Peraturan yang mencakupi bagaimana elemen-elemen fizik mempengaruhi antara satu sama lain.Contohnya Tekanan (pressure) dipengaruhi oleh Daya (force) dan Luas Permukaan (area).Sama juga seperti halaju,pecutan,momentum,ketumpatan,graviti dan lain-lain.Ini adalah Peraturan untuk alam fizikal kita.


"This is a sparring program, similar to the programmed reality of the Matrix. It has the same basic rules, rules like gravity. What you must learn is that these rules are no different that the rules of a computer system. Some of them can be bent. Others can be broken. Understand?" (Morpheus -The Matrix)

Kategori kedua lebih menjurus kepada terma falsafah.Peraturan yang penting dan paling popular dalam kategori ini adalah Hukum Sebab dan Akibat.

"You see, there is only one constant, one universal, it is the only real truth: causality. Action. Reaction. Cause and effect" (Merovingian -Matrix Reloaded) 

Pembalasan,karma,kesedihan,sakit,tua,miskin dan kaya,kejahatan dan kebaikan,lahir dan mati adalah di antara terma-terma di dalam kategori ini.Perubahan di dalam sesuatu Peraturan adalah sesuatu yang luar biasa pada pandangan entiti di dalam Matrix.Soalannya sekarang,

Adakah Peraturan dapat diubah?

Ini adalah soalan yang menarik.Matrix sebagaimana pengetahuan sebelum ini adalah konsep yang mempunyai kelemahan,memerlukan keseimbangan,berdiri di atas relatif-relatif dan sebagainya menunjukkan IA BOLEH DIUBAH.Semua program boleh diubah (edit/modify) termasuk Matrix.Apa-apa yang bersifat program adalah bersifat sementara,akan musnah,tidak kekal dan boleh bertambah berkurang.SELAIN PROGRAM,ADALAH KEABADIAN.

"Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan" (Ar-Rahman ayat 27)

Asalkan program,ia boleh diubah.Tetapi kuasa mengeditnya adalah di tangan 'The Architect' malahan 'programmer-programmer' yang ditugaskan untuk mengawal program juga tidak mampu mengubah kod-kod program tanpa kebenaran 'admin'.'Server' (pelayan) di 'Mainframe' tidak dapat dilog masuk (log in) jika tidak mempunyai kata laluan (password) yang khas bagi tujuan 'editing'.

Bagaimana Peraturan dapat diubah?

Peraturan dapat diubah dengan memadam,menambah atau menggantikan 'coding' di dalam aturcara program.Sekira program itu adalah sebuah laman web yang terpapar di browser,maka kandungan laman web tadi dapat diedit dengan menggunakan kod HTML.

"Watch - you see, I have sent her dessert, a very special dessert.I wrote it myself. It starts so simply, each line of the program creating a new effect, just like poetry" (Merovingian -Matrix Reloaded)

Program diubah melalui proses pengubahsuaian (editing) pada baris-baris aturcara (line) iaitu 'skrip' di dalam program.Pengubahsuaian ini dilakukan pada fail-fail Peraturan,yang sesetengahnya berada di dalam 'driver' yang menghubungkan perkakasan (hardware) dengan perisian (software).Proses ini perlu melalui banyak tapisan,antaranya 'encryption'.Tidak semudah itu untuk menulis program apatah lagi untuk mengubahnya.Semuanya telah di'encryption.Hanya 'programmer' yang dibenarkan sahaja boleh membaca kod-kod ini.Tetapi sesetengah entiti dapat membacanya.Ini adalah kes yang lain.

Dalam contoh CS,Peraturan permainan dapat diubah dengan menukar parameter Peraturan,sebagai contoh untuk menukar kadar graviti,kita boleh memanfaatkan kod Peraturan 'sv_gravity' tadi.Karakter akan melompat tinggi dan seakan terbang di antara bangunan dan rumah.Jika kadar graviti diubah kepada kadar yang lebih tinggi,semua karakter akan melekat ke bumi dan tidak boleh bergerak langsung.Enjin permainan lain seperti Max Paine menggunakan kod 'jump30'.Ini dinamakan 'cheatcode'.Ia biasa digunakan dalam definisi lebih besar dalam kerja-kerja 'hacking' (godam).



Penggodam (hacker) permainan yang lebih maju menggunakan 'cheatcode' tertentu untuk mengubah markah (point) dalam permainan dalam talian (online) seperti Ragnarok Online.Dalam CS,jumlah wang untuk membeli senjata,jenis senjata,kadar pergerakan sehingga rupa dan warna pakaian karekter pun dapat diubah dengan mengaktifkan 'cheatcode' tadi.Ini dinamakan 'cheatmode'.Permainan-permainan yang tidak dapat diubah melalui 'real-time editing' (biasanya menggunakan konsol),proses 'cheat' dapat dilakukan dengan mengakses ke dalam fail tertentu dan mengubah arahan-arahan di dalamnya dengan menggunakan perisian 'word editor' yang khas.Sekadar fakta menarik,dengan menaipkan 'god' sebagai 'cheatcode' di dalam permainan Halflife,karakter di dalamnya tidak akan mati,boleh terbang ke sana sini,halimunan dan persenjataannya tidak akan kehabisan.


"He's doing his Superman thing" (Link -Matrix Reloaded)


'Programmer' yang mendapat kebenaran menggunakan kod akan memulakan tugas mengedit Peraturan.Ini dinamakan ARAHAN.'Programmer' tidak dapat menulis program baru tanpa mendapat Arahan dari 'The Programmer'.Jangan keliru,perlu diingat,'programmer' juga adalah sebuah program dan mereka juga terdiri dari set-set arahan tertentu.Terdapat satu rahsia di sini.

Semua program yang ditulis,sama ada yang tetap atau diubah adalah bergantung kepada satu spesifikasi yang telah ditetapkan oleh 'The Programmer'.Spesifisikasi (spec) ini dinamakan Perancangan atau Plan.


"Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya" (At-Thariq ayat 16)


Ini membuka satu istilah yang penting dalam disiplin Tasawuf:Takdir.


Adakah ia berkaitan dengan Matrix?

Secara keseluruhannya,ya.Tetapi takdir adalah persoalan lain yang agak falsafah.Perbahasan di sini berkisar kepada soalan 'Apakah Matrix itu'
(persoalan takdir akan dibincangkan di bawah silibus yang lain)

Kesemua Peraturan dan Arahan akan membentuk definisi yang lebih besar,disebut Sistem.


"The Matrix is a system, Neo" (Morpheus -The Matrix)


Sistem mengandungi berinfiniti Peraturan dan Arahan yang berkombinasi antara mereka untuk membentuk keseimbangan (balance).


"Your life is the sum of a remainder of an unbalanced equation inherent to the programming of the Matrix" (The Architect -Matrix Reloaded)


Keseimbangan memerlukan dua keadaan yang bertentangan.Tanpanya sistem akan runtuh.Polariti adalah asas keseimbangan.


"He is you, your opposite, your negative, the result of the equation trying to balance itself out"
(Oracle -Matrix Revolution)

Matter dan antimatter,yin dan yang,positif dan negatif,lelaki dan perempuan,siang dan malam dan sebagainya adalah polariti yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dalam sesuatu Sistem.Matematik juga dibina dengan cara ini.


"dan yang genap dan yang ganjil" (AlFajr ayat 3)


Terdapat rahsia di sini.

Sistem dibina dengan menggunakan polariti.Tujuannya untuk mencipta keseimbangan.Tanpa keseimbangan tiadalah Sistem.Sistem akan runtuh dan musnah begitu sahaja.Ini adalah bukti KELEMAHAN Matrix.Ia tidak abadi.Ia bersifat sementara dan akan musnah.Sisi yang lain memerlukan sisi yang lain.Tanpa sisi yang lain,Sistem tidak wujud.Yang kekal adalah diluar polariti;Tunggal

"Sesungguhnya Allah itu witir (esa/ganjil) dan suka pada yang ganjil"
(Hadits Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Turmudzi)


Polariti berasaskan konsep dualisme.Dua entiti yang mempengaruhi di antara satu sama lain.Kerohanian Cina menamakan konsep ini Yin dan Yang.Satu akan dipasangkan dengan satu yang lain.Jadi,semuanya diciptakan berpasang-pasangan.Dalam teks Judeo-Kristian terdapat frasa Alpha Omega.Dewa-dewa Hindu terutama dalam Trimurthi juga dipasangkan dengan pasangan masing-masing bagi mencapai konsep keseimbangan dalam esoterik Hindu.Ini semua menjelaskan konsep berpasang-pasangan.



"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangansemuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (Yasin ayat 36)

"Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan (Zukhruf ayat 12) 

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah". (Adz Dzaariyaat ayat 49)
 

"dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan," (An Naba' ayat 8)


Sesuatu selain Allah s.w.t adalah bersifat berpasang-pasangan;menunjukkan aspek kelemahannya.Allah adalah Maha Tunggal dan tidak bergantung kepada konsep kesimbangan.Dia sedia ada Maha Kuat dan Teguh,keseimbangan tidak relevan kepada-Nya.Keseimbangan hanya diperlukan oleh makhluk yang diciptakannya,demi meneruskan perjuangan (survival) kewujudannya.


-------------------------------------------------------------------------------------
*Terminologi*



Trafik

Merupakan jumlah muatan data yang ada pada sesuatu komunikasi di mana terjadi interaksi antara 'server/provider' dengan pengguna (user).Kod-kod yang merupakan data akan bergerak teramat laju di dalam Matrix mengikut kehendak 'The Architect'.'Programmer' menggunakan trafik dalam menjalankan tugas-tugas yang tertentu.Data-data di dalam trafik adakalanya dienkripsi (encyption) di mana para 'programmer' perlu meminta kebenaran 'admin' untuk membaca (decryption) data-data terbabit.Dalam dunia rangkaian (networking),para admin dan 'hacker' (penggodam) menggunakan perisian khas seperti Netcat dan Nmap untuk menapis dan memerangkap data di dalam trafik.Kaedah ini disebut 'sniffing'.Di dalam Matrix,trafik ini tidak dapat dilihat dan dirasa kewujudannya oleh entiti yang berada di dalamnya melainkan setelah dibuat kajian mengenainya.Bidang sains yang mengkaji perkara ini adalah Sains Fizik dalam cabang Mekanik Kuantum.

Admin

Iaitu salah satu sifat atau peranan The Architect.Admin akan mengawal,memantau,menyelia dan menyenggara sistem yang terdapat di dalam Matrix.Aktiviti-aktiviti seperti mengakses,ubahsuai (editing),membaca data di trafik,pemasangan (installation),pemadaman (deletion) dan sebagainya hendaklah mendapat keizinan dari admin.Ini dilakukan dengan log masuk (log in) ke dalam akaun admin.Dalam hakikat sebenar 'The Architect'lah sebagai admin yang melakukan semua aktiviti itu bukannya para 'programmer'.




Protokol

Peraturan.Ia digunakan sebagai panduan (guideline) dalam sesuatu fungsi tertentu.Contohnya dalam dunia perkomputeran,protokol SNMP (Simple Network Management Protocol) adalah protokol yang direkabentuk untuk memberikan kemampuan kepada pengguna untuk menyelia rangkaian komputernya dari jarak jauh.Protokol biasa untuk sistem rangkaian adalah TCP/IP di mana Internet turut juga menggunakan protokol ini.Para penggodam (hacker) selalu menggunakan protokol UDP untuk menerima paket-paket data dari Trojan Horse mereka.Peralatan (hacking tool) menggodam seperti Subseven dan Netbus adakalanya dapat bertukar-tukar protokol untuk mengelirukan sistem.

Format

Rekabentuk,stail kandungan atau setup asal.Ia merupakan ciri yang telah dibuat penetapan awal.Ia adalah diset dengan ciri-ciri tertentu.Ia boleh dikembalikan (default) dengan itu ia disebut 'reformat'.Format juga bermaksud stail kandungan di mana Matrix-Matrix adakalanya di dalam format-format yang berbeza.Entiti yang berlainan format dengan Matrix yang ingin dimasukinya boleh mengakibatkan kehancuran serta-merta.Dalam Fizik Graviti Kuantum bergabung dengan Fizik Nuklear,partikel-partikel dalam 'string' tertutup tidak boleh menyeberangi atau menyentuh langsung 'membran' yang lain.Dalam bidang Fizik Teori bergabung dengan Mekanik Kuantum,partikel dalam 3 dimensi ruang tidak boleh wujud dalam 4 dimensi ruang atau seterusnya.Jika dipaksakan akan menyebabkan perubahan susunan atom dan mengganggu struktur dalam skala besar.Ia akan termusnah atau 'ghaib' begitu sahaja.

Sistem

Terdiri daripada Peraturan dan Arahan.Sistem berdiri berdasarkan konsep Keseimbangan,di mana konsep ini terbina dari polariti-polariti.Kerohanian Cina menyebutnya sebagai Yin dan Yang.Semua Sistem mengandungi elemen-elemen berpasang-pasangan untuk mengekalkannya di dalam Keseimbangan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jadi,apakah sebenarnya Matrix itu?

Matrix adalah perangkap,penjara,kurungan atau apa saja sejenisnya yang membuatkan entiti di dalamnya tidak tahu apa diluarnya.

"What is the Matrix? Control". (Morpheus -The Matrix)

Jika kita berfikir dengan cara Matrix berfikir,maka kita selamanya akan dikawal oleh Matrix yang kita berdiam di dalamnya.

"Free your mind". (Morpheus -The Matrix)

Jadi apakah sebenarnya Matrix itu?


Di dalam penjelasan di atas terdapat 'clue' yang amat penting.Rahsia yang terpendam di dalam Matrix pembohong ini sekian lama.

Ia adalah 'Ark of Covenant' yang menanti untuk dibuka.Sebuah pintu 'Stargate' yang menanti untuk dimasuki.

Sudah dapat 'clue' itu?

Ok,ini adalah petikan yang mengandungi rahsia itu dari penjelasan di atas:


"Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah". (Hikam)


Sudah nampak rahsianya?

Jadi,apakah sebenarnya Matrix itu?









MATRIX ADALAH HIJAB


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Amaran Pembaca

Tajuk 1

Tajuk 2

Tajuk 3

Tajuk 4

Tajuk 5

Tajuk 6

Tajuk 7

Tajuk 8

Tajuk 9

Amaran Pembaca 2

Tajuk 10

Tajuk 11

Tajuk 12

Tajuk 13

No comments:

Post a Comment