Tuesday, February 19, 2013

Matrik Chapter 5 - Dari Fail M.O




Peringatan 

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.


Kepada pembaca siri Matrix yang baru,sila semak siri-siri Matrix sebelumnya untuk pemahaman yang lebih jelas. Ini adalah Matrix05 di bawah tajuk "Matrix Lebih Tinggi"

Matrix01
Matrix02
Matrix03
Matrix04

atau The Matrix AtasBawah




-M.O







"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"
 

(Stephen R. Covey)





Di dalam dunia yang kita berhidup sekarang,sebenarnya...adalah salah satu dari berinfiniti alam yang tercipta sebagai makhluk Tuhan.Alam ini,di mana manusia dapat merasainya dengan semua derianya adalah dinamakan Alam Nasut dalam istilah Tasawuf,di mana alam ini juga tidak diketahui anggaran dan ukurannya keluasannya.Dari sebesar-besar semesta yang gelap gelita dengan segala galaksi dan dimensinya,hingga sekecil-kecil jasad;elektron,proton,bozon,quark hingga ke zarah-zarah mikron yang kini sedang dipecahkan di makmal CERN,sesungguhnya akal manusia yang dikatakan lebih hebat dari superkomputer ini juga tidak mampu untuk mengagak betapa luas dan hebatnya alamnya sendiri,Alam Nasut ciptaan Rabbul Izzati,apatah lagi untuk membicarakan alam Malakut.

Kita tidak tahu untuk apakah alam ini diciptakan sehebat-hebatnya.Pernahkah kita bertanya ke dalam hati kita,pada malam yang gelap ketika merenung luas langit yang ditaburi bintang-bintang,untuk apakah semua ini dicipta?Untuk apakah Alam Nasut ini dicipta hanya untuk menempatkan manusia yang lemah ini berserta haiwan-haiwan bagi kegunaan mereka?Mengapa alam yang sebegini luas dibina hanya untuk memuatkan bumi manusia yang di dalamnya para manusia sibuk berperang,bergaduh dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri?ADA RAHSIA DI SINI.Jika kita memahami konsep mikro dan makro dalam diri manusia itu sendiri,kita akan dapat memahami mengapa alam sebegini luas,hanya dicipta buat manusia yang lemah dan bodoh ini.

Jika kita dapat memahami Alam Nasut ini,barulah kita dapat bercerita tentang Matrix yang lebih tinggi darinya.Barulah kita dapat memahami mengapa Tuhan menciptakan alam-alam yang lain seperti Alam Jabarut,Malakut dan Lahut.




Matrix Lebih Tinggi






"Maha suci Allah dari bertempat atau bergerak atau berpindah-randah" 

(Sirus Salikin)



Di dalam perbahasan Matrix sebelum ini,kita tahu bahawa prinsip pertama untuk memahami Matrix adalah:

Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,tiada Matrix.

Entiti fizikal kita tidak akan mampu mengetahui apa yang diluar Matrix yang kita tinggal sekarang,tetapi entiti spiritual kita yang membolehkan kita tahu apa yang berlaku di luar Matrix.Akal manusia tidak akan dapat menjangkaunya walaupun 100 Albert Einstein dikumpulkan dan dikerah untuk mencipta mesin yang mampu menembusi Matrix manusia ini (Alam Nasut).Hanya rohani yang kuat dan tepat dapat mengetahui kewujudan Matrix selain Matrix manusia.INILAH PERBEZAAN ANTARA AKAL DAN ROHANI.Sejak beribu-ribu tahun dahulu,para petapa,ahli agama,orang suci,rahib,biarawan dan para sufi cuba untuk mengungkapkan Matrix diluar mereka.SEBENARNYA manusia tidak akan pernah tahu berita-berita tentang Matrix diluar mereka jika tidak diberitahu.Siapakah yang mempunyai pengetahuan peringkat tinggi ini,di mana tidak ada ilmu sains yang mampu mencapainya??Tidak lain tidak bukan adalah para Nabi-nabi dan Rasul-rasul.Mereka adalah para manusia yang terpilih,yang mendapat wahyu,iaitu berita-berita dari TUHAN,yang berada DI LUAR MATRIX,atau lebih tepat lagi YANG TIDAK BERGANTUNG dengan apa-apa MATRIX.


"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan".

(AlQuran 35:24)



Jika kita menganggap bahawa para nabi-nabi itu diturunkan kepada orang-orang Yahudi,Arab dan sejenis dengan mereka sahaja,maka pandangan ini adalah amat silap.Memang benar para Rasul (terutamanya 25 Rasul dalam AlQuran) kebanyakannya diturunkan di kawasan Timur Tengah,tetapi adakah jumlah para nabi yang menjangkau beribu-ribu itu semuanya tinggal di Tanah Arab dan Kanaan??TIDAK SAMA SEKALI.Para nabi diturunkan kepada pelbagai kaum dan bangsa,cuma adakah bangsa tersebut menerimanya atau tidak.Adakah bangsa dan kaum itu mendengar kata-kata 'orang suci' ini atau meremehkannya dan tidak mempedulikannya.Sesetengahnya pula menokoktambah cerita-cerita orang suci ini mengikut kepercayaan animisme mereka sendiri.Setengahnya pula amat mengkagumi 'cerita-ceriti' orang suci ini sehingga menjadikannya idola dan sembahan.INGAT!Tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.




Dari sini asalnya pengetahuan tentang Matrix sampai kepada semua bangsa dan kaum.Jika tidak diturunkan para nabi-nabi ini,sudah tentu manusia akan bertuhankan nafsu dan melihat Matrix ini melalui kacamata nafsu dan akal semata.Manusia tidak akan tahu untuk apa dia diciptakan,tujuan hidupnya dan ke mana dia akan pergi selepas mati.Akal sahaja tidak akan berguna jika tiada kekuatan rohani atau spiritual.Akal cuma bertindak MELALUI DERIA-DERIA sahaja.Deria-deria ini bertindak sebagai sensor untuk memberikan input-input kepada akal manusia untuk diprosesnya.Jadi akal hanya tahu APA YANG DI DALAM MATRIX sahaja.Di luar Matrix,tidak akan disentuh dan dijangkau oleh akal,kerana deria-deria tidak dapat mengesan entiti di luar Matrix.

Terdapat satu cara,di mana manusia dapat merasai ia satu keganjilan tetapi tidak dapat mengungkapkannya.Dari sini manusia tahu bahawa alam ini bukan hanya sepertinya ini.ADA RAHSIA LAIN.

Pengalaman-pengalaman manusia berhadapan dengan perkara-perkara paranormal,'anomalies' dan mistik,menjelaskan kepada manusia bahawa terdapat entiti lain yang sukar untuk dijelaskan,sama-sama berhidup di dalam Matrix ini.Entiti ini,majoritinya menimbulkan ketakutan kepada manusia kerana kewujudannya menyalahi hukum akal manusia.APA JUA PERKARA YANG MENYALAHI HUKUM AKAL,AKAL AKAN MELIHAT IA SESUATU YANG LUARBIASA.Ini dinamakan 'bug' dalam terminologi Matrix.

'Bug' yang terlalu banyak akan mengakibatkan 'overflow' dan lama-kelamaan sistem pemikiran manusia akan 'hang'.




Perkara-perkara ghaib,mistik dan seumpamanya akan dianggap oleh akal bahawa luarbiasa dan ia tidak mampu menjelaskannya,atau dengan lebih saintifik,akal manusia tidak dapat memproses data-data dari kategori 'mistik' dan 'ghaib' ini.Apabila akalnya tidak dapat menjelaskan paranormal ini,manusia akan mengeluarkan satu aura hormon yang dinamakan 'KETAKUTAN'.Terma yang lebih tepat dalam bahasa Melayu adalah 'seram'.Perasaan takut akan mengeluarkan aura tertentu yang tidak dirasai oleh deria manusia tetapi dapat dihidu dan dirasai oleh 'entiti' lain.Contoh yang paling popular adalah anjing.Kajian saintifik mendapati anjing dapat mengesan sejenis 'bau' yang dikeluarkan oleh manusia yang di dalam ketakutan.DARI SINI MANUSIA MENYEDARI TERDAPAT ENTITI LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MEREKA di dalam Matrix,tetapi tidak dapat dirasai oleh dera-deria mereka secara langsung.Syaitan,jin,hantu,devil,demon,asura,goblin dan bermacam-macam lagi nama yang diberikan kepada entiti ini.TERDAPAT RAHSIA DI SINI.

Adakah entiti-entiti ini tinggal di dalam Matrix lebih tinggi?Jika begitu,adakah kita dapat berhubung dengan Matrix lebih tinggi hanya dengan berhubung dengan entiti ini??DI SINI MANUSIA SELALU TERPERANGKAP!!



Parallel Universe



You've never used them before. Rest, Neo. The answers are coming.

(Morpheus -The Matrix)


Di dalam dunia Fizik,terdapat satu teori yang dapat menjelaskan keberadaan segala entiti yang dipanggil jin dan syaitan ini.Teori ini dikenali sebagai Parallel Universe,kesinambungan dari Superstring Theory.Mengikut teori ini,dunia yang kita duduki ini sebenarnya berada di dalam dimensi lebih besar.Istilahnya,dunia kita 'terbungkus' di dalam dimensi Matrix yang lain,yang lebih besar.Katakan kita berhidup di dalam 3 dimensi ruang.Dunia 3 dimensi ini pula terbungkus di dalam 4 dimensi ruang.Namun di dalam 4 dimensi ruang ini terdapat banyak lagi 3 dimensi ruang.Dan sudah tentu di dalam 5 dimensi ruang,terdapat banyak lagi 4 dimensi ruang di dalamnya.Jadi berbalik kepada dunia 4 dimensi ruang,terdapat banyak dunia 3 dimensi ruang di dalamnya.Walaubagaimanapun semua dunia 3 dimensi ruang ini tidak berhubung di antara satu sama lain.Dengan kata lain,entiti di dalam satu dunia 3 dimensi tidak dapat berhubung dengan entiti di dunia 3 dimensi yang lain secara langsung.Ini adalah maksud yang sederhana,sebagai permulaan.Selepas ini kita akan lanjutkan dengan perbahasan yang lebih kompleks tentang dunia MATRIX LEBIH TINGGI ini.

Inilah asas kepada apa yang dikatakan Dunia Yang Selari.Dengan kata lain terdapat dunia lain yang sama dimensi dengan kita tetapi deria kita tidak dapat menyentuhnya.Mengapa?Kerana terdapat satu konsep lain yang akan menerangkan mengapa dunia-dunia ini berkongsi hidup dan tempat tinggal dengan kita,tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat melihat mereka,menyentuh mereka atau mendengar mereka bercakap-cakap.Di dalam Parallel Universe,terdapat banyak dunia yang berkongsi dalam satu tingkat Matrix.Dunia-dunia ini berhidup dalam peraturan mereka yang tersendiri.Tidak diketahui berapakah jumlahnya dan apakah yang ada di dalamnya,tetapi setiap subMatrix ini sudah pasti memiliki format dan setup yang berbeza dari Matrix manusia,atau lebih tepat lagi Matrix di mana manusia dapat mengesan melalui derianya. SESUNGGUHNYA MANUSIA HIDUP DI DALAM MATRIX DERIANYA SAHAJA.Jika manusia melihat sehelai daun berwarna hijau,adakah entiti lain dari parallel world yang lain melihat daun itu dengan warna dan bentuk yang sama dengan manusia?ADAKAH DUNIA INI BENAR-BENAR SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH DERIA-DERIA KITA??Sebenarnya kita terkurung di dalam dunia deria kita sahaja.Orang yang terkurung di dalam dunia derianya,tidak akan dapat keluar dari Matrixnya.Dia akan tetap terkurung di dalam Matrix sehingga dikeluarkan secara 'paksa' di dalam Matrix ini setelah sampai masanya.

Apa akan jadi jika semua deria kita dicabut??Atau deria ini diganti dengan deria entiti yang tinggal di 4 dimensi ruang??Apakah yang akan kita lihat,dengar,hidu dan rasa ketika itu agaknya??INILAH HAKIKAT HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI.Segalanya permainan dan senda gurau semata.Tidak ada yang kekal,hanya Wajah-Nya yang kekal abadi.

Jadi adakah para Jin atau 'hantu' ini hidup dalam Matrix lebih tinggi??TIDAK SAMA SEKALI.Mereka hidup di dalam Matrix yang sama dengan kita,tetapi berselari di dalam dimensi Matrix ini.Inilah dia Parallel Universe.

Bagaimana entiti-entiti dalam dunia yang berselari ini dapat berhubung?

Untuk menjawab soalan ini,kita mesti tahu dulu prinsip asas Fizik Kuantum tentang entiti-entiti yang berlainan dimensi.Kita mesti mengetahui dahulu apakah yang dinamakan sebagai 'dimensi' dan 'ruang'.Kita perlu tahu apakah perbezaan antara 'Matrix' dan 'Dimensi'.Ini kerana soalan ini hanya boleh dijawab menerusi Kuantum Graviti,M-Theory dan Superstring Theory.

Buat permulaan kita belajar dahulu konsep asas dimensi.



Fizik asas 'Dimensi'





"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka"


(AlHaaqqah ayat 17)


Dimensi secara sederhana adalah bermaksud ukuran.Kita menafsirkan dunia ini berdasarkan ukuran-ukuran.Dunia ini lebih bermakna jika kita tahu bahawa bola pingpong lebih kecil dari bolasepak.Lebih bermakna jika kita tahu bahawa KLCC lebih tinggi dari Komtar.Lebih bermakna jika kita dapat mengkagumi kejelitaan Rozita Che Wan atau Cameron Diaz (namun ini agak abstrak).Berapa besar?Berapa tinggi?Berapa luas?Berapa panjang?Ini adalah asas kepada aplikasi Matematik.Kita gunakan Matematik untuk menerangkan dunia ini.Kita menjelaskan sebahagian dunia ini dengan angka-angka.


"dan yang genap dan yang ganjil"

(AlFajr ayat 3)



Jadi dimensi berkaitan dengan ukuran.Berapakah dimensi tapak rumah anda?Soalan ini bercakap tentang UKURAN.Ukuran adalah satu kuasa yang ada pada manusia untuk mengetahui perkara-perkara yang lain.Berapa besar dunia ini?Berapa kecil setiap hati nyamuk yang dikumpulkan dalam kisah Puteri Gunung Ledang?Berapakah Phase Margin,Gain Margin dan Frequency Response yang optimum untuk para jurutera jambatan Golden Gate di San Francisco merangka jambatan tersebut?Berapa lebar tapak kaki Sang Gedembai?Berapa lebar 'misalignment' yang dibenarkan dalam rekabentuk sebuah kapalangkasa 'Shuttle'?

Panjang,tinggi,lebar,luas dan sebagainya adalah komponen dimensi.Semua konotasi ini membentuk ukuran ruang kita.DAN MENJELASKAN GAMBARAN SEBENAR RUANG YANG KITA TINGGAL DI DALAMNYA.Bagaimana sebenarnya rupa ruang yang kita tinggal ini?Kita mulakan dengan tingkatan dimensi.

1 Dimensi:Hanyalah satu garisan panjang.Garisan ini tidak tertutup,maknanya jika ada dua garisan selari,ia tidak bercantum dikedua-dua hujung.Pada satu garisan,komponen yang jelas adalah PANJANG.

2 Dimensi:Garisan tertutup (close-loop).Bayangkan sebuah bulatan,atau sebuah segiempat sama.Pada segiempat sama kita dapati ada dua komponen iaitu PANJANG dan LEBAR.

3 Dimensi:Garisan tertutup dengan titik pandangan (point of view).Bayangkan segiempat sama tadi menjadi berbongkah.Kita akan dapati 3 komponen dimensi iaitu PANJANG,LEBAR dan DALAM.

4 Dimensi:3 Dimensi ruang dan 1 Dimensi masa.




Sampai di sini ilmu dimensi dapat diterangkan dengan bahasa yang sederhana.Tambahan pula Fizik asas menjelaskan manusia hidup dalam ruang 4 dimensi sebenarnya (3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa),dengan kata lain ruang yang bergerak dalam satu garis masa yang abstrak.Adakah terdapat 7 dimensi ruang dan 1 dimensi masa?ADA,tetapi penglihatan dan neuron otak tidak dapat menafsir bentuk yang terdapat dalam 7 dimensi ruang ini.Terlampau kompleks.Objek 7 dimensi ruang hanya terkumpul di belakang titik buta tanpa diserap oleh cahaya supaya dibawa ke otak untuk ditafsirkan.

Ini adalah Fizik paling asas untuk menerangkan dunia fizikal kita.Namun untuk menerangkan lebih jelas lagi,kita perlukan Fizik Kuantum.


"Fizik Kuantum adalah ilmu yang cuba untuk menerangkan dunia ghaib secara saintifik"

(anonymous)



Di dalam dimensi asas ini manusia cuba untuk memikirkan banyak perkara.Salah satunya cahaya.Cahaya telah lama menarik minat manusia untuk mengkaji alam ini.Apakah yang menjadikan cahaya?Adakah ia mempunyai berat?Adakah ia berjisim?


"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)"(Hadis Nabi diriwayatkan oleh Muslim)


Ini membuka persoalan yang lebih besar,adakah kita boleh menyeberang ke dimensi lain??



-------------------------------

Terminologi



Dimensi:Ukuran.Dimensi adalah cara manusia menerangkan dunia fizikal yang ditempatinya.Melalui dimensi juga manusia dapat mengetahui keadaan sebenar konsep ruang dan masa.Dimensi hanya sah di dalam Matrix sahaja.Di luar Matrix,tiada dimensi.




Bug:Merupakan satu pincangtugas di dalam pemprosesan data yang dihantar ke CPU micro.Dalam kes ini minda manusia.Ini terjadi apabila data yang terkumpul di dalam pangkalan data tidak dapat mengeluarkan maklumat seperti dicari atau sepadan dengan persoalan atau data yang diminta.Proses ini akan berulang-ulang dalam 'loop' yang jika tidak dikawal akan menyebabkan 'overflow'.

Overflow:Lambakan aliran tugas.Apabila tugas yang berulang-ulang masuk manakala tugas lama tidak sempat diselesaikan maka terjadilah fenomena 'overflow'.Ini samalah teknik DoS (Denied on Service) yang digunakan oleh para 'hacker' bagi menggodam atau memusnahkan sesuatu sistem.Ini akan mengakibatkan sistem tergendala (hang).Dalam situasi manusia,apabila sesuatu fenomena tidak dapat diterangkan oleh akal mereka,maka mereka akan panik dan hairan.JIka fenomena itu seperti memprovok mangsa,maka aura 'seram' atau ketakutan akan timbul.Ini adalah kesan dari 'DoS' tadi.Pada skrin komputer mungkin akan tertera Blue Screen of Death.




Parallel Universe:Dunia yang berselari.Dalam 'Parallel Universe' dunia yang berselari ini mungkin akan menindan antara satu sama lain.Dalam Fizik Kuantum,alam-alam di dalam 'Parallel Universe' berhubung dengan perantaraan TENAGA.Dalam String Theory bergabung dengan Mekanik Kuantum,alam-alam ini dapat berhubung melalui membran yang sama,jika 'string' yang lain dapat 'terbang' dan melekat dalam satu membran.Dalam Graviti Kuantum bergabung dengan Elektromagnetik Kuantum,mungkin terdapat daya Foton atau Graviton yang menyokong perhubungan antara partikel.




---------------------------------




Adakah anda dapat memahami rahsia Matrix dengan lebih mendalam setakat ini?Tidak mengapa,adakalanya kenyataan adalah teramat sukar untuk difahami dari kepalsuan.


"This is the nature of the universe. We struggle against it, we fight to deny it, but it is of course pretense, it is a lie. Beneath our poised appearance, the truth is we are completely out of control"
 

(Merovingian -Matrix Reloaded)



Walau apapun caranya anda telah termasuk ke dalam 'lubang sang arnab' ini. MASA AMAT MENCEMBURUI KITA.Sila ambil tempat duduk anda.

Pil yang anda ambil tadi adalah sebahagian dari program pencari.Ia direka untuk menganggu isyarat pembawa input/output anda,jadi kami dapat menjejak lokasi anda.

LIHAT SINI.

Adakah anda pernah bermimpi,di mana anda merasakan ia benar-benar terjadi?Bagaimana jika anda tidak bangkit dari mimpi itu?Bagaimana anda dapat membezakan antara dunia mimpi dan dunia sebenar?






WELCOME TO THE REAL WORLD


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ISI KANDUNGAN


Pengenalan
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/marix-intro-dari-fail-mo.html

Amaran Pembaca
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-peringatan-dari-fail-mo.html

Tajuk 1
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-1-dari-fail-mo.html

Tajuk 2
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-2-dari-fail-mo.html

Tajuk 3
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-3-dari-fail-mo.html

Tajuk 4
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-4-dari-fail-mo.html

Tajuk 5
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrik-chapter-5-dari-fail-mo.html

Tajuk 6
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-6-dari-fail-mo.html

Tajuk 7
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-7-dari-fail-mo.html

Tajuk 8
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-8-dari-fail-mo.html

Tajuk 9
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-9-dari-fail-mo.html

Amaran Pembaca 2
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-peringatan-ke-2-dari-fail-mo.html

Tajuk 10
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-10-dari-fail-mo.html

Tajuk 11
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-11-dari-fail-mo.html

Tajuk 12
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-12-dari-fail-mo.html

Tajuk 13
http://aurorua.blogspot.com/2013/02/matrix-chapter-13-dari-fail-mo.html

No comments:

Post a Comment