Thursday, August 15, 2013

15 Soal Jawab Yang Persoalkan Kebenaran Islam



Disini disertakan sedikit jawapan untuk dapat anda bahaskan kepada golongan bukan Islam dan juga yang ANTI-HADIS.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Saturday, August 3, 2013

Balasan Allah swt kepada Imam Khomeini.

Imam Khomeini atau nama sebenar beliau Ruhollah Musavi Khomeini adalah tokoh paling menonjol ketika kemuncak Revolusi Islam Iran pada 1979. Beliau yang dilahirkan pada 24 September 1902 adalah ulama Syiah yang menceburkan diri secara mutlak dalam dunia politik. Masyarakat Iran Syiah amat mengagumi ilmu agamanya dan karisma beliau dalam bidang politik. Kata-katanya ibarat semburan mutiara, pasti ramai akan mengutipnya untuk dijadikan ‘perhiasan’ diri.
Di kalangan masyarakat Iran Syiah, mereka mengagumi tokoh Iran ini melebihi had yang sepatutnya. Mereka memujanya sehingga meletakkan Imam Khomeini sebagai Imam Mahdi, iaitu individu yang dikatakan bakal membawa umat Islam melawan golongan kufar pada akhir zaman. Peristiwa pada tahun 1978 iaitu setahun sebelum revolusi Islam Iran 1979 turut menyaksikan bagaimana golongan yang memujanya mendakwa pernah melihat wajahnya di bulan. Pada masa itu, Imam Khomeini masih lagi berada dalam buangan di Perancis. Ramai penyokong ulama syiah ini mengaitkan peristiwa tersebut sebagai salah satu karamah Imam Khomeini!.
Begitulah hebatnya penangan Imam Khomeini semasa hayatnya.
Namun bagaimana pula ketika di akhir hayatnya?
Peristiwa di akhir hayat Imam Khomeini menyaksikan satu insiden yang cukup janggal bagi seorang ulama agung. Jasad Imam Khomeini yang kaku tidak bernyawa telah diusik dan kain kapan beliau dicarik-rabakkan oleh jutaan masyarakat yang begitu memujanya. Tegas mereka, kain kapan Imam Khomeini boleh memberi keberkatan kepada kehidupan mereka.
Dek kerana mengharapkan keberkatan daripada secebis kain kapan, penyokong dan pendokong Imam Khomeini sanggup memusnahkan keranda dan mengoyak kain kapan sehingga mendedahkan aurat beliau yang selama ini ditutup dan dijaga beliau. Gambar tersebut berjaya dirakam oleh ramai wartawan dan journalis di seluruh dunia sehingga ia menjadi bualan hangat di kalangan media ketika itu.
 
Lihatlah bagaimana rakusnya manusia memuja Khomeini sehingga tidak mempedulikan aurat beliau yang telah terdedah kepada umum.
Di kalangan penganut Ahli Sunnah wal Jamaah, mereka mendakwa ia adalah penghinaan Allah swt kepada mereka yang menolak dan mengeji para sahabat Nabi saw. Ini bertepatan dengan beberapa dakwaan yang mengatakan Imam Khomeini mempersetujui secebis doa yang dikenali Doa Sanamai al-Quraisyin. Doa ini adalah doa yang mengutuk dua berhala Quraisy yang didakwa adalah dua sahabat besar Rasulullah saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Selain itu, isi kandungan doa ini turut mengutuk Saiditina Aisyah, Saiditina Hafshah dan beberapa sahabat yang difitnah menyokong dua sahabat besar Rasulullah saw.
Adakah ia isyarat kepada kita bahawa pegangan Syiah adalah sesat? Hanya Allah swt Maha Mengetahui.
Imam Khomeini meninggaal dunia pada 3 Jun 1989 di usia yang cukup lanjut iaitu 87 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Khadijah Saqafi dan lima orang anak. Khadijah Saqafi kemudian menyusuli pemergian suaminya pada tahun 2009 di usia 93 tahun. Sepertimana suaminya, ratusan ribu manusia menghadiri pengebumian Khadijah Saqafi termasuk Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan Pemimpin Agung Iran, Ali Khomeini.