Setiap tahun Google cuba untuk mewujudkan April Fool. Penipuan produk terbaru Google, 1 April, 2013 kali ini adalah Google Nose, yang mana Google menerangkan ianya adalah "scentsation" baru dalam carian.
Menurut penerangan produk, Google Nose, yang masih dalam beta, memanfaatkan teknologi baru dan sedia ada untuk menawarkan pengalaman yang paling ketara bagi pengguna Google. Kenderaan Google's Street Sense telah menghidu dan mengindeks berjuta-juta bau di persekitarannya dan Android Ambient Odour Detection pula mengumpul bau melalui sistem operasi mudah alih yang paling digunakan di dunia. Google Nose juga dilengkapi SMELLCD 1,8 + resolusi tinggi yang sesuai (kononnya) bagi bau yang tepat dan terkawal.
Dengan Google Nose pengguna boleh melampaui merangkumi pelbagai jenis cara seperti bercakap, dan sentuhan bagi sensasi terbaru ini. Google Knowledge Panels boleh memadankan imej, keterangan, dan aroma. Carian Google Nose juga termasuk SafeSearch, untuk menjaga pengguna dari bau yang tidak wajar (hahahahaha).
No comments:
Post a Comment