Buku yang dipercayai mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin politik yang berpaling tadah diedarkan hari ini dalam perhimpunan 1Malaysia yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak.
Buku kecil lapan muka surat itu memaparkan watak Anwar mengkritik PAS dan DAP semasa beliau masih lagi ahli Umno dan beberapa pemimpin utama pembangkang, termasuk Anwar, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihatnya, Lim Kit Siang.
Muka hadapan buku itu tertulis “Apa kata Anwar terhadap PAS” dan muka dalamnya mengandungi kompilasi 22 petikan ucapan Ketua Pembangkang itu sejak 1983, setahun selepas beliau menyertai Umno.
“Kerjasama PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang Melayu dan boleh menimbulkan ketegangan kaum,” kata Anwar dipetik sebagai berkata di muka surat pertama.
Buku itu turut memaparkan Anwar yang kini mengetuai pakatan PAS-DAP-PKR yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah membuat kenyataan itu ketika bertemu penduduk Gombak pada 21 April 1995.
“Kita tidak seharusnya tertipu dengan mereka yang gila kuasa seperti PAS, yang menjadi tunggangan DAP,” katanya.
Beliau yang berharap untuk menjadi perdana menteri itu didakwa membuat kenyataan dalam ucapannya ketika ceramah Barisan Nasional (BN) di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah, pada 22 Disember, 1990.
Buku itu juga memetik dari laporan Berita Harian bertarikh 24 Julai, 1986, di Sungai Petani, di mana Anwar didakwa mengkritik pemimpin-pemimpin PAS untuk menjadi “talam dua muka”.
“Apabila mereka bertemu dengan orang Melayu, mereka akan berkata mengenai perjuangan mereka untuk Islam, tetapi pada masa yang lain, mereka sanggup untuk dikaitkan dengan sebuah parti yang memperjuangkan untuk sosialisme seperti DAP.
“Apakah perjuangan sebenar PAS apabila pemimpin-pemimpin mereka sanggup untuk bekerjasama dengan pihak yang jelas anti-Islam?”katanya dipetik buku berkenaan.
“Pemimpin-pemimpin PAS adalah pengkhianat kepada bangsa dan agama mereka kerana mereka sentiasa menggalakkan semangat perpaduan kepada rakyat, terutamanya orang Melayu,” katanya.
Dalam ucapan yang dibuat di Pengkalan Chepa pada tahun 1986, Anwar adalah Ketua Pemuda Umno, dan didakwa menyamakan PAS sebagai kuda yang ditunggang oleh orang lain dan hanya menerima arahan daripada tuannya.
“Apa yang membuatkan Umno itu relevan adalah bahawa ia mengetuai kepimpinan negara dan menjaga rakyat tanpa mengira bangsa mereka.
“Kami adalah orang-orang yang menunggang kuda dan membawa ia di mana sahaja yang kita mahu,” buku itu memetik beliau sebagai berkata.
“Walau bagaimanapun, bagi PAS, mereka telah menjadi kuda tunggangan, yang mengikuti perintah tuannya atau ia akan disebat.
“Sebab itu kita mesti menolak PAS yang bersekongkol dengan DAP untuk memusnahkan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini,” Anwar didakwa berkata.
Pada halaman akhir buku, karikatur dipercayai Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, lukisan Abdul Hadi, yang merangkak dan di rantai serta ditunggang Lim.
Satu karikatur menyerupai Anwar berjalan bersama Ambiga dan memegang payung di atas kepalanya.
Tajuk di atas imej kartun berbunyi: “Sekarang”
Anwar, yang pernah menjadi pemimpin nombor dua Umno ketika pentadbiran Mahathir, sering dikritik oleh ahli-ahli bekas parti itu kerana menjadi pembelot dengan menyertai dirinya dengan PAS dan DAP, kedua-dua pihak yang seringkali dikritiknya.
Sekarang Penasihat Umum PKR itu mengetuai pakatan PR, yang menjadikan DAP dan PAS sebagai ahli, untuk mengharungi pilihan raya yang sengit kali ini.
No comments:
Post a Comment