8 Mei 2013
Kalau anda membaca muka depan Utusan Malaysia kelmarin: Apa lagi Cina mahu dan cerita provokasi mereka anda terkejutkah? Kalau terperanjat anda naif. Melayu memang mudah lupa, memang mudah lupa daratan. Apa yang PAP (dalam Malaysia) gagal, DAP pewarisnya, berjaya di bawah demokrasi terbuka dan alam transformasi baru.
Dalam PRU14 mereka akan memerintah Malaysia melalui demokrasi terbuka dan wajar kerana mereka agresif, demanding dan terpenting disokong pula oleh rakan akrab mereka Anwar Ibrahim, PKR dan Pas. Saya yakin ini akan berlaku kalau trend yang ditunjuk minggu lepas terus berlangsung dan tidak ada sebab trend itu surut.
Pada mereka tiada risiko tiada keuntungan. Juga dalam Utusan Melayu kelmarin ramai bercakap dengan nada marah dan bagai putus harapan tentang survival Melayu. Bercakap adalah satu kerja yang amat senang. Selagi Melayu dan Islam terus bercakap tetapi tidak menyemaikan kesatuan, solidariti tunggulah hari kemudian di dunia lagi!
Perdana Menteri Najib Tun Razak menyifatkan nampaknya dengan sedih PRU13 tsunami Cina walaupun apa yang mereka mahu dia telah beri dan akan tunai mengikut Akujanjinya. Semua tahu orang Cina tidak sangat berharapkan bantuan ke sekolah - mereka mahu lebih dari itu, iaitu perkongsian pemerintahan secara lebih adil, lebih baik kalau mereka mengetuainya. Politik strategik mereka membuah Ahad lepas. Di muka depan Sinar Harian semalam, Anwar Ibrahim, bakal perdana menteri PRU14, membela sekutunya: Tidak wajar melabelkan PRU13 tsunami Cina; begitu juga akhbar Star dan Melayu liberal lain - bukan tsunami Cina tetapi banjir Cina-Melayu liberal dan sekular dalam bandar.
Selayang pandang PRU13 mengesahkan kuasa politik Melayu, Islam dan Peribumi yang telah diperkasakan oleh Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969 sedang menuju kehakisan, ke arah tanda penamat. Ia hanya dapat bertahan selama 48 tahun sahaja kerana dalam PRU14, Anwar, DAP dan Pas akan menang. Maka penentang status quo yang dijamin Perlembagaan sedang mara dengan penuh yakin. Lim Kit Siang, singa Gelang Patah, lebih cerdik dari Lee Kuan Yew kerana Kit Siang sedar setelah berpuluh tahun berjuang untuk menegakkan Malaysian Malaysia secara solo tidak akan memberi kejayaan. Kuan Yew gagal secara solo. Kit Siang berjaya melalui kolaborasi, kerjasama akrab dengan Melayu-liberal dan sekular serta Pas untuk mencapai matlamatnya. Kit Siang pintar, amat pintar sebenarnya- walaupun DAP ada 38MP, dia mahu Anwar, tak payah dipujuk sebenarnya, terus jadi ketua pembangkang (PKR 30MP; Pas walaupun parti terbesar hanya mempunyai 21MP - mangsa permainan politik dalaman Pakatan Rakyat!) Melayu, Peribumi, liberal gembira termasuklah juga liberal dalam Pas. Kit Siang berkeras dan saya tahu dia jujur, "wants Anwar to lead the Chinese!" Seronoknya Melayu kerana memimpin Cina. Saya pun menumpang besar hati seorang putera Melayu memimpin kumpulan yang begitu cerdik, pintar, rajin, tekun dan berpotensi besar.
Maka bertitahlah, Tunku Abdul Aziz Ibrahim bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan satu masa imam liberalisme dan tokoh kerabat Kedah - walaupun jauh-jauh - dalam politik sekarang "sangat jelas, sangat terang. Tak perlu tanya lagi bahawa DAP memainkan sentimen kecinaan untuk merampas kuasa kedua iaitu kuasa politik kerana mereka telah pun menerajui ekonomi". Setelah kalah, tiada kuasa lagi; dulu berjalan bergegar bumi, maka bermadahlah Ali Rustam raja politik Melaka, "mereka ini, orang Cina langsung tak kenang budi- mereka sangat rasis- tidak ambil kira jasa yang saya buat dulu ketika mereka datang jumpa saya hingga lewat malam pun minta tolong. Bila saya bantu inilah yang saya terima sebagai balasan. Mereka ini nak tendang kita macam sampah di tepi jalan. Cuba nak rampas Melaka tetapi masih ada rakyat yang mahu Melaka kekal menjadi milik BN.
"Alhamdulillah, Allahuakbar baru sedarkah? Teringat saya kepada pepatah Melayu apabila tebu setelah airnya dinikmati, hampasnya dibuang. Memang Melayu cepat lupa, memang Melayu mudah lupa daratan.Berkeceklah (bercakap) Alwi Che Mat, member Dun Kok Lanas dan menang tipis kali ini, lebih kurang begini "kita Umno dan Pas mestilah muhasabah, bekerjasama demi masa depan ummah. Melayu, Islam, Peribumi mesti melaksanakan reconciliation. Bergemalah Alwi Pas dan Umno menyesuaikan atau disesuaikan agenda bersama bagi menghadapi tsunami Cina yang ditegaskan oleh bos agungnya.
Betulkah bacaan Alwi ini? Apakah maksud reconciliation yang Najib sebutkan itu? Pada Star, "don't ignore the Chinese voice - jangan tak ambil endah suara Cina." Jelas reconciliation berbeza. Tak kena buat reconciliation memperkukuhkan lagi mereka yang seperti dititahkan oleh Tunku Aziz.
Kebencian Cina terhadap Umno, kata Wong Chun Wai (Ketua Pengarang dan pemikir di Star) kemuncak. Ramai Cina pulang dari seberang laut, berkempen penuh emosi; ribuan menghadiri ceramah bagai defining moment sudah tiba untuk, fikir mereka, memusnahkan kerajaan Umno-BN yang amat jijik, geli itu. Inilah peluang mereka untuk berjaya seperti tegas Anwar dalam twittnya walaupun undi belum dikira lagi. Kebencian perantau Kelantan terhadap umno Kelantan lebih kurang begitu juga. Mereka yang tidak sedar hanya pemimpin Umno Kelantan. Selepas 1990 lagi (kejayaan Pas kali kedua memerintah Kelantan) sokmo-sokmo perantau di Lembah Pantai atau di mana pun majoritinya penyokong Pas. Kalau itu pun tak tahu teruklah.
Dalam PRU13 Pas pada saya, rugi besar. Melayu, Islam, Peribumi tidak rela Pas bersekongkol dengan DAP yang mereka anggap rasis, anti Islam, juga dengan puak sekular dalam PKR. Pas kehilangan dua MP (dari 23 ke 21) walaupun bertanding di 73 kawasan. DAP bertanding hanya 51 kerusi tetapi berjaya dengan sokongan Pas dan PKR 38 kerusi melebihi 70% modalnya. PKR hanya dapat 30 kerusi dari 99 yang ditandingnya. Kualiti man, bukan kuantiti!
Umno dan Pas mestilah benar-benar dan bersungguh-sungguh muhasabah. Kelmarin empat duta besar asing, secara berasingan, bertanya saya berapa lama Najib boleh bertahan dari oposisi dalaman Umno? Saya jawab jangan anda underestimate Najib, walaupun majoriti BN kurang dari 138 ke 133 Najib berjaya menjatuhkan kerajaan Pas di Kedah dan mempertahan kerajaan BN di Perak. Kekuatannya begitu juga Umno selama-lamanya datang daripada sokongan Peribumi di luar bandar dan pedalaman. Majoriti duta dan diplomat asing pro Anwar, bukan Najib. Mereka mahu PKR dan DAP meneraju kerajaan, kalau boleh tanpa Pas yang mereka gelar sebagai "Taliban Melayu". Umno sebenarnya berjaya lebih dari 2008 kerana bilangan MPnya meningkat dari 79 kepada 88. Diplomat asing ini mahu reconciliation dengan siapa? Anda pun tahu jawapan yang saya beri dan kehendak mereka.
Seperti kolum ini menegaskan pada hari Ahad, hari mengundi Umno akan muncul parti terbesar dan DAP kedua. BN kuasai semula semua negeri kecuali Kelantan, Pulau Pinang, Selangor teka-teki. Saya pun hairan dan terkejut - kalaupun kalah tidak begitu teruk kekalahan BN di negeri yang terkaya di Malaysia - dari 20 kerusi Dun kepada hanya 12 dari jumlah 56 kerusi Dun Selangor. Inilah kata pepatah Melayu guruh besar, angin ribut taufan kuat tetapi hanya gerimis yang turun hinggakan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN pun kalah di Parlimen Sepang. Seperti ditegaskan dalam kolum ini, Umno Selangor tiada star power. Najib banyak menghabiskan masa di Kelantan, Kota Bharu terutamanya, juga di Selangor. Sia-sia belaka. Kehadiran di majlisnya seperti juga di ceramah Anwar tidak mencerminkan sokongan sebenar. Seperti Cina, pengundi di Kelantan dan orang Kelantan di perantauan telah dididik - beri pitis ambik (bagi duit ambil) termasuklah BR1M, beri make, make, (bagi makan, makan); beri sarung atau jeans paka, (pakai), beri tiket nak kelik ambik, (bagi tiket nak balik ambil) tetapi undi kita sokmo-sokmo.
Kaum ketiga terbesar, India juga kenalah bersatu memberi lebih sokongan pada BN. Najib tidak meminggirkan mereka. Kaum India harus sedar mereka tidak boleh tinggal in isolation. Masa depan mereka lebih cemerlang dengan BN. Prestasi mereka dalam pilihan raya ini keseluruhannya baik. Pakatan Rakyat ikutlah nasihat Karpal Singh: Terima saja keputusan rakyat. Kalau ada 'penipuan' masakan PR menang 89 kerusi, 3 negeri, 2 darinya wilayah terkaya dalam negara - Selangor dan Pulau Pinang. Kepada Anwar, nasihat jujur saya selagi bernafas selagi itulah ada harapan. Cuba sekali lagi pada PRU14.

No comments:
Post a Comment