Monday, May 27, 2013

Jenis Kanta Untuk Kamera DSLR Anda



Setelah membeli DSLR pertama anda (tidak kira ianya yang untuk pengguna novis, ataupun profesional), adakah anda akan terus menggunakan kanta kit yang diberikan semasa anda membeli kamera DSLR tersebut?
Ciri DSLR yang unik ialah ianya boleh menukar-nukar kanta mengikut keperluan semasa. Fungsi ini adalah ciri paling unik DSLR, yang membezakan ia dari kamera kompak.
Kali ini kami akan memberikan senarai jenis kanta yang boleh dipasang ke kamera DSLR anda, dan juga situasi yang memerlukan kanta tersebut. Kesemua pengeluar DSLR mempunyai kanta yang serupa, cuma berbeza sedikit dari segi reka bentuk, fungsi dan juga jarak fokus kanta tersebut.
Contoh kanta telefoto
Kanta Telefoto
Kanta ini adalah kanta khas untuk situasi di mana anda memerlukan subjek di jarak yang dekat. Dengan kanta telefoto, sudut pemandangan adalah sempit – seolah-olah anda berada rapat dengan subjek. Kanta telefoto sesuai untuk fotografi sukan dan hidupan liar. Bayangkan aksi-aksi sukan di hujung padang, diambil dengan DSLR dilengkapi kanta telefoto. Macam kat sebelah sahaja!
Contoh kanta pandangan luas
Kanta Luas
Semasa anda menggunakan kanta bersudut luas, sudut pandangan adalah luas, dan objek-objek yang dekat dengan kamera akan nampak lebih besar daripada objek yang berada lebih jauh. Kanta-kanta sudut luas berfokus tetap dan zum luas memberikan pengguna kebolehan untuk menangkap gambar di dalam ruang yang sempit, tetapi masih mengambil keseluruhan lokasi dalam satu gambar sahaja.
Contoh kanta makro
Kanta Makro
Untuk fotografi jarak dekat, anda perlu menggunakan kamera makro. Kanta yang dipanggil makro boleh memfokuskan ke objek dengan jarak beberapa sentimeter sahaja, berbanding dengan 20 sentimeter untuk kanta biasa. Kanta-kanta makro biasanya digunakan untuk menangkap objek-objek kecil seperti flora dan fauna, dengan pembesaran 1:1.


No comments:

Post a Comment