Talian Nur, 15999 dilancarkan pada 5 Disember 2007 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Antara objektif utama pusat penggilan bersepadu terbabit, memberikan perkhidmatan kecemasan, pertanyaan dan aduan berhubung kes penderaan, pengabaian, masalah juvana, kanak-kanak serta keganasan rumah tangga
"Apakah perlu dilakukan oleh masyarakat jika terserempak dengan remaja di bawah umur, pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA, merayau di lokasi tidak selamat samada pada waktu siang atau malam?," soal saya.
"Jika usia mereka di bawah 18 tahun, orang ramai perlu mendapatkan alamat TEPAT lokasi kejadian. Selepas itu, terus hubungi Talian Nur, 15999 dan nyatakan alamat terbabit dan keadaan remaja dilihat. Kami kemudian akan membuat laporan untuk rujukan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. Pada masa sama, Pegawai Pelindung Daerah bertugas 24 jam, 7 hari seminggu akan dihubungi segera untuk bergegas ke lokasi. Pegawai terbabit akan membawa remaja itu ke tempat lebih selamat sebelum siasatan kes dilaksanakan," ujar petugas.
Molek, jika pengadu berada di lokasi buat seketika sambil memantau pergerakan remaja terbabit sebelum Pegawai Pelindung tiba.
Saya amat yakin, bersama kita berupaya memberhentikan kes perhambaan kanak-kanak dan remaja sekian lama berlaku di Malaysia.
Sila COPY PASTE maklumat di bawah di Facebook dan sebarkan.
Berikut 3 langkah mudah, LEBIH berkesan untuk dilaksanakan oleh orang ramai jika terserempak remaja di bawah umur, diperhambakan oleh Pusat Tahfiz Amal, Kedah.
1. Dapatkan alamat TEPAT lokasi kejadian.
2. Segera hubungi Talian Nur 15999, beroperasi 24 jam sehari. Nyatakan alamat serta keadaan remaja terbabit kepada petugas menjawab panggilam. Pegawai Pelindung terdekat akan dihubungi petugas terbabit.
3. Jika mempunyai masa, sila tunggu ketibaan Pegawai Pelindung bertugas 24 jam di lokasi. Remaja terbabit akan diselamatkan.
Bersama kita bersatu untuk terus membanteras kes penderaan dan perhambaan remaja di bawah umur.
'HENTIKAN PERHAMBAAN'
... Kita bukan hidup di zaman Kunta Kinte!

No comments:
Post a Comment