ISI KANDUNGAN
1. Hero Seribu Wajah
2. Siapa Penyelamat Ummah?
3. Mereka Yang Berani
4. Jumpa Lagenda Di Sungai Buaya
5. Ayat-Ayat Tuhan
6. Luar Biasa, Biasa-Biasa
7. Apa Istimewanya 'God Father'?
8. Memo Untuk Tok Guru
9. Depan, Belakang Lain Kira
10. Warkah Untuk Wan Azizah
11. Ilham Di Wadi Hussien
12. Cakap Tak Serupa Bikin
13. Raja Pun Homoseks Juga
14. Saya Bini Punya Belakang Germen Punya Ke?
15. Antara Luar Biasa Dan Luar Tabie..
16. Lu Gian Belakang Ke...?
17. Antara Yang Meliwat Dan Yang Diliwat
18. Pemimpin Dan Seks
19. Dajjal Dari Nuraka
20. Pilih Kaya Dan Berjaya
21. Mesti Pandang Belakang.. Tengok Dia Ada Ke..?
22. Al-Battok, Al-Tut Dan Al-Sodomi
23. Bertemu Al-Liwati Dibuntuti Street
24. Nasi Lemak & The International 'Coffe Boy'
25. Muhyiddin Bidas Tindakan Kaitkan Amerika Syarikat
26. Katak Bukit Dan Putra Katak
27. Kenapa Tuhan Pilih Najib?
28. Musa Hassan VS Anwar Ibrahim
29. Sedapnya Rasa Sup Buntut
30. Nik Aziz Ulamak Nyanyuk
31. Minum Bersama Singa UMNO
32. Faruqi Dan Anwar Ibrahim Di UIA
33. Tak Takut Mati
34. Sanusi Junid Ringgit Malaysia
35. Antara Manusia Luar Biasa
36. 2 Panglima Dari Benua India
37. 1Malaysia Satu Sultan India
38. Pengaruh Media Dan Sains Politik
39. Tuhan Belum Mati
40. Kacang Putih RM1.65 Juta
TUHAN, POLITIK DAN SEKS
12hb. April 2010, sewaktu menunggu penerbangan MAS ke Kuala Lumpur jam 11 malam waktu India, saya berehat di lounge di Lapangan Terbang Mumbai, transit dari Porbandar Gujarat. Terbaca satu berita mengenai Ram Gopal Varma, pengarah filem yang mudah tertarik dengan apa yang sedang berlaku didunia yang boleh mendatangkan inspirasi untuk menghasilkan sebuah filem yang ‘baik’. Pengarah filem yang telah mengarahkan filem mengenai politik, media dan the ‘under world’, tiba-tiba tertarik untuk membuat filem mengenai ‘God & Sex’.
Berapa ramai manusia yang tak tertarik bila kita bercakap mengenai ketuhanan terutama mereka yang cinta dunia, takut mati? Cerita mengenai seks, susah nak cari muda-mudi yang tak suka. Seorang lelaki belum boleh dianggap tua selagi jantungnya berdebar, tergoda melihat punggung. Pepatah Arab ada mengatakan "lebih selamat berjalan di depan harimau dari belakang perempuan."
Ram Gopal mempersoalkan apakah yang diperlukan untuk menjadi tokoh spiritual samada ianya swami, kiai, guru atau ‘godman’? Mungkin Nabi Musa a.s. berkomunikasi dengan Allah diatas bukit TurSina menggunakan ‘wave lenght’ dan frequences. Para Nabi bermula dari Adam hingga ke Nabi Muhammad SAW adalah ‘God man’ kekasih Allah yang sebenarnya selain para awlia Allah.
Manusia memuliakan ‘awlia’, teman Tuhan diatas muka bumi ini. Menjadi ‘wali Allah’ bukan dengan imej luaran yang hebat, ketrampilan tetapi perlu mempunyai ‘aura’ dan ‘karamah’, kemuliaan yang dikagumi dan dimuliakan oleh pengikut.
Buku ini pada mula tajuknya Dajjal kemudian Anwar Biseksual kerana ada Azmin, Azizah, Shamshida dan Saiful. Akibat gagal mengawal hawa nafsu ‘monkey see monkey do’, akhirnya ramai ustaz yang terjerumus seperti swami Nithyanand dan lain-lain guru yang bergelar ‘god man’ akibat Tuhan sudah mati dalam diri akibat bertuhankan nafsu.
Filem yang akan dibikin oleh Ram tidak semata-mata berkisar dari sudut seks tetapi apa yang berlaku di dalam asrama, ‘pondok’ tempat belajar hafiz Quran, yoga dan meditasi dari seorang swami. Di situlah banyak maksiat berlaku secara tertutup. Apakah dalam sekolah tahfiz, Al-Quran dan ‘pondok’ tak ada guru yang suka ‘mencelah’ kelangkang pelajar? Kenapa maksiat yang berlaku dalam gereja, paderi meliwat budak lelaki yang kisahnya terbongkar selepas 20 tahun? Bagaimana cerita kemungkaran dalam puak Arqam yang pernah diharamkan?
Politik melibatkan seks, kuasa dan harta membuat Clinton, John Profomo, Anwar dan ramai lagi VIP dan VVIP yang hilang harga diri akibat permainan syaitan dan mereka-mereka yang telah menjual roh pada syaitan akibat gila kuasa, gila seks dan gila kekayaan.
Dalam semua agama ada ‘godman’, sama ada dia benar-benar sudah sampai ke peringkat kesempurnaan ‘insanul kamil’ atau dia masih seorang dajjal? Antichrist cuba membunuh Isa a.s., yang mati bukan Christ, Tuhan menghilangkan Nabi Isa a.s. dan lain-lain manusia dengan kehandalannya dari pandangan ‘mata kasar’ manusia yang tak boleh melihat dengan ‘mata hati’.
Dalam dunia cuma ada dua jenis manusia dari keturunan Adam, sama ada DNAnya dari Habil atau Kabil. Ibrahim atau Namrud. Sama ada Musa a.s. atau Firaun yang mengaku Tuhan. Tuhan memilih bangsa Arab untuk jadi Nabi terakhir. Kaum Quraish terbagi kepada dua kabilah Bani Hasyim atau Umaiyah, Muhammad SAW atau Abu Suffian, Ali atau Muawiyah, Husin atau Yazid yang cuba membunuh dengan kejam seluruh keluarga Nabi SAW di peristiwa Karbala. Dengan seorang saja yang hidup Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad, jutaan keluarga Rasulullah SAW hidup diseluruh dunia dan terus mengembangkan Islam. Apa jadi pada keluarga Muawiyah?
Nabi Ibrahim a.s. menjanjikan nasab keluarganya bagi siapa pun yang mengikut agamanya.
‘Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.’(An-Nisa',4:125).
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah, 2:124)
Nabi Muhammad SAW menambah nasab cinta Allah kepada kita. Nabi SAW kata: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali-Imran, 3:31)
Dua manusia yang mendapat pujian Allah dalam solat dan Islam. Ini juga ‘God man’, selain para Nabi kerana manusia itu lebih mulia dari malaikat namun boleh jadi lebih hina dari binatang.
‘Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.’(An-Nisa',4:125).
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah, 2:124)
Nabi Muhammad SAW menambah nasab cinta Allah kepada kita. Nabi SAW kata: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali-Imran, 3:31)
Dua manusia yang mendapat pujian Allah dalam solat dan Islam. Ini juga ‘God man’, selain para Nabi kerana manusia itu lebih mulia dari malaikat namun boleh jadi lebih hina dari binatang.
Tasauf dan ilmu kerohanian mendidik manusia mengenai hati sehingga takut buat dosa kepada-Nya. Bila ramai jutawan yang cinta dan takut kepadanya akan bertukar dari sifat bakhil (musuh Allah) bersifat pemurah, suka memberi dan menolong mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Untuk mengubati penyakit sosial yang parah hari ini manusia perlu memperbaiki hati. Belajarlah ilmu tentang hati dari imam Al-Ghazali dan lain-lain buku tasauf atau sufi. Buah daripada ilmu kerohanian melahirkan manusia luar biasa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau para pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya: Pendidikan itu rapat dengan rohanian manusia.
Betul atau tidak ramai ahli politik kita yang pergi kepada guru, swami yang bertaraf kiai, sama ada di Indonesia, India juga Thailand. Selama saya menyiapkan buku ini banyak rahsia pemimpin negara yang terbongkar diceritakan oleh kiai atau swami. Pelik bagaimana ‘godman’, ‘kiai’, bomoh yang hanya manusia biasa boleh diyakini seperti yakinnya mereka pada Tuhan. Itulah yang dipersoalkan oleh Ram Gopal Varma.
Sambil membaca berita itu saya teringat, media terbaik untuk mendekati dan berkomunikasi dengan manusia ialah filem. Kebetulan pada tahun 1960 saya memulakan karya sebagai penulis hiburan di ‘Majalah Filem Malaysia’, ‘Berita Filem’ di Singapura. Saya berkenalan dengan Shami Kapor dan lain-lain bintang filem India yang terkemuka ketika itu yang saya tak akan lupa ialah filem ‘Mother India’ dan 'Hamhindustane'. Filem kisah seorang penulis novel sehebat filem ‘Slum Dog Millionaire’ di Mumbai menjadi jutawan.
Umi Afidah beritahu saya dia minat hendak menceritakan seksanya dia bila mendedahkan siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan ketika dia menulis surat kepada Tun Mahathir setebal 19 muka surat yang menjadi buku "50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tak Boleh jadi Perdana Menteri" membuatkan dia ditahan dan diseksa, akhirnya Anwar ke penjara namun Melayu mudah lupa.
Filem mengenai Anwar biseksual, di mana Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tok Guru Nik Aziz, Azizah, Shamshida, Azmin, Saiful Bukhari, Nallakarupan boleh jadi ‘box office’. Siapa sangka Saiful berjaya memerangkap Anwar tersungkur ke dalam duburnya? Memang hal berkaitan dengan manusia yang diiktiraf oleh mereka yang mindanya tertutup, tak boleh menerima idola mereka yang dianggap ‘god man’ boleh melakukan dosa seberat itu.
Apa yang berlaku pada Swami Nithyanand adalah satu perkara biasa, seperti apa yang berlaku pada padri Pedoflu (paedophile) yang mempunyai misai seperti Hitler yang kisahnya membontoti ramai budak lelaki 20 tahun dahulu akhirnya terbongkar, Pope terpaksa minta maaf. Bila agaknya cerita Umu Jah, isteri kedua Ustaz Ashaari yang menguasai empire Arqam akan terbongkar? Siapa dia sebenarnya?
Ahli agama buat kerja songsang, buat kerja terbalik berlaku di zaman Nabi lagi, Musailamah sanggup mengaku nabi. Musailamah terkenal kerana membuat pembohongan dengan mengaku dirinya merupakan seorang nabi. Musailamah mempelajari ilmu sihir, beliau mengumpulkan para pengikutnya dan membuat perancangan untuk murtad secara besar-besaran. Apa nak heran jika Umu Jah buat gempar Ashaari yang sudah dikuburkan boleh hidup semula, bagaimana kalau jadi zombi?
Hari ini berapa ramai yang keluar dari UMNO bermula dengan Haji Ahmad Fuaad yang kalah merebut jawatan Presiden yang dimenangi oleh Tunku Abdul Rahman. Arwah Ahmad Fuaad tubuh parti lain, bila Tengku Razaleigh kalah, Ku Li tubuhkan Semangat 46, bila Anwar Ibrahim dikeluarkan dari UMNO, Azizah tubuhkan parti keluarganya sendiri.
Kebanyakan masyarakat Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam. Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa Islam secara terang-terangan.
Memang ada golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan dan kedudukan, serta ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam. Apakah tidak mungkin cerita Ashaari hidup semula ini kerana Umu Jah tidak mahu keseorangan?
Ramai yang masuk UMNO bukan lagi untuk membela nasib golongan yang ditindas atau memajukan mana-mana kawasan akan tetapi orang sekarang masuk politik sebab nak kaya cepat, tak nak kerja, malas, bila tak dapat sesuatu ‘lu fikirlah bro....’
Cara berfikir perlu diubah daripada pemikiran ortodoks ‘kitab kuning’ mendapatkan ilmu menggunakan internet untuk pendekatan baru menghasilkan generasi baru yang minda terbuka bukan jumud, kolot untuk menyelesaikan masalah yang sedang dilakukan oleh Dr. Azizan supaya dapat keluar dari kepompong hidup menjadi manusia ‘mangkuk ayun’.
Bangsa Melayu perlu tegas dengan tidak cuma menerima secara pasif segala desakan yang mendatang. Dalam menangani cabaran ini, Melayu perlu segera kembali menyusur akar nilai dan budaya untuk mencari kekuatan baru tanpa kehilangan jati diri. Sebagai umat Islam, kekuatan ini hanya boleh didapati melalui kaedah yang berpegang teguh kepada tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.
Ashaari, Anwar Ibrahim, Nik Aziz bukan ‘insan kamil’. Hati mereka bukan disucikan oleh Allah SWT, sekadar manusia ‘luar biasa’ yang belum boleh sampai ke Sidaratul Muntaha. Ke mana mereka hendak bawa pengikut yang menjadikan mereka idola? Selagi mereka bernama manusia, ada nafsu, pasti mereka boleh buat dosa. Samada pak sheikh, ustaz atau tok guru, sahabat Nabi SAW yang seperti bintang di langit, masih tidak terlepas dari membuat dosa. Omar Ibni Khatab 10 tahun berturut mencari Awis Al-Qarani seorang gembala unta minta doakan supaya Omar boleh masuk syurga. Nabi Musa a.s. pergi mencari Hidir a.s. belajar dari orang yang dia tak pernah jumpa tapi mempunyai ‘basirah’ mata hati yang tak dimilikinya. Inilah akibat kita terlupa mempelajari tentang tokoh Sufi dan para wali Allah untuk dijadikan ikon untuk mendapatkan keberkatan.
Anwar berumur 63 tahun, patut sudah tutup buku, menghadap Allah SWT, begitu juga Tun Mahathir dan Nik Aziz. Mereka ada mata hati, tahu kehebatan yang dimiliki oleh wali Allah, Rabiatu Addawiah, Junaidi dan lain-lain tokoh sufi atau wali songo dan para wali Melayu.
Orang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya berakal, tapi orang yang berakal pasti tak buat kerja bodoh. Orang berakal, beriman, orang beriman adalah orang yang ‘taqwa’ bukan takut tuan, takut Allah. Allah lebih dekat dari urat leher. Hati adalah singgahsana Allah. Hallaj ana al-haq telah membuktikannya. Allah Maha Melihat. Dengan haq kul yakin baru kita dapat melihat, jangan sesudah melihat baru hendak percaya bahawa yang melihat ialah mata hati.
Mata kasar sebagai alat ‘aksesori’. Dalam dunia serba canggih pembalasan Allah juga canggih. Berbicara tentang pegangan hidup orang Islam, keterangan tentang perkara yang patut mereka yakini amat jelas, mudah dan berpijak pada akal. Al-Quran menjelaskan perkara ini kepada manusia, pendekatan yang dilakukan oleh Al-Quran amat tepat, yang tak baca pasal apa?
Penulis atau pemimpin yang mempunyai ‘minda toxid’ mengakibatkan ramai pemikiran manusia diracuni. Kita bimbang tentang pencemaran pembuangan sisa toxid, tetapi kita tak mempedulikan bahaya ulama jelmaan, ulama ‘mangkuk ayun’ yang diimport, yang berminda toxid dikeliling pemimpin menggunakan indoktrain untuk ‘menghalalkan’ yang haram dan ‘mengharamkan’ yang halal terutama bila mereka berlagak sebagai ‘god man’. Ramai ulama terkemuka dunia berbangsa Arab. Arab bukan Islam dan Islam bukan Arab, dua intiti yang berbeza biarpun Nabi Muhammad SAW berbangsa Arab. Al-Quran dalam bahasa Arab. Musuh Islam menggunakan pemikir-pemikir yang berbangsa Arab yang dipopularkan di USA untuk merosakkan Islam menggunakan wang dari Arab jahiliah.
Saya tersenyum apabila terfikir ramainya yang menghafal Al-Quran tak tahu isi sebenarnya, matanya celik hatinya masih buta. Siapa yang buta di dunia akan buta juga diakhirat malah lebih sesat lagi (Qur'an,17:72). Apakah kerana tak baca sejarah Islam, tak baca buku tasauf, mereka gagal melihat ‘kebenaran’? Cuba melihat ke dalam, siapa yang duduk didalam singgahsana hati?
Anda semua masih ingat Salman Rushdie, penulis novel berketurunan India akhirnya diberikan bintang ‘Knight of the British Empire’ yang membawa gelaran ‘Sir’. Soalnya apakah Salman Rushdie merupakan penulis berbahasa Inggeris terbaik yang masih hidup? Bagaimana dengan Gandhi? Lu fikirlah bro...! Rushdie membuatkan jutaan umat Islam di seluruh dunia marah kerana novelnya The Satanic Verses menghina Nabi Muhammad SAW? Bayangkan bahaya perang saikoloji supaya orang Islam dimusuhi kerana dilabel fanatik. Kenapa ini boleh terjadi kalau bukan kita masih di taraf manusia biasa?
Memang ramai dajjal yang mahu menghapuskan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Tanpa Nabi Muhammad SAW tidak ada Al-Quran. Hanya Al-Quran saja yang boleh memberi rahmat kepada sekian alam. Para dajjal sedang berusaha menghapuskan isi Al-Quran dari umat Islam.
Dari segi paras rupa ada persamaan antara Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie. Apakah Salman Rushdie sememangnya seorang penulis yang hebat atau hanya seorang selebriti yang dinobatkan untuk menjadi terkemuka supaya dicontohi oleh penulis lain yang ingin gelaran ‘Sir’? Siapapun tak sanggup membaca novelnya melainkan diupah untuk menghabiskan bacaannya? Anwar pun seorang penulis buku, seorang ‘orator’ yang hebat dan top yang mempunyai ribuan peminat. Manusia luar biasa yang terlupa yang dia seorang manusia biasa.
Buku The Satanic Verses dibakar oleh ‘mullah’ di Bradford dan Almarhum Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Rushdie. Mereka yang kenal dirinya, kenal Tuhannya tahu bahawa insan itu rahsia Tuhan dan Tuhan itu rahsia insan, mereka yang telah membaca buku ‘The Secret Of Secrets', oleh Abdul Qadir Jailani. Mereka yang kenal siapa Hussien Ibnu Mansur al-Hallaj dengan Ana Al-haq akan sentiasa bercakap benar.
M.K. Gandhi dalam bukunya "An Autobiography or The Story of my experiments with truth" yang saya beli di rumah kelahiran Gandhi di Porbandar Gujarat. "I have nothing new to teach the world. Truth and non-violence are as old as the hills." - mutiara kata Mahatma Gandhi.
Demi cinta, kasihnya pada Rasulullah SAW berapa ramai pemimpin Islam yang seberani Almarhum Khomeini yang tidak akan membiarkan siapa saja menghina Muhammad SAW kekasih Allah yang membawa rahmat bagi sekian alam? ‘Syiah’ dibenci dan dianggap kafir oleh kelompok pro dajjal akibat mereka tak mengerti kenapa Ali dan keluarga ahlul bait Rasulullah SAW disayangi oleh mazhab Syiah yang diiktiraf oleh Sheikh al-Azhar. Inilah kelemahan umat Islam, kemiskinan spiritual dan kurangnya ilmu akibat tidak mahu membaca.
Kenapa dalam buku ini saya terpaksa memuatkan cerita para wali Allah, cerita ‘malaun’, dajjal serta ‘mangkuk ayun’? Kenapa cerita dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Hong Kong, Singapura, India, Indonesia dan adengan liwat antara Anwar dan Saiful menjadi tarikan utama?
Semasa menyiapkan buku ‘politik semasa’ ini pada 13 Mei 2010 Ustaz Ashaari yang kontroversi meninggal dunia. Pada petang Jumaat yang sama Habib Ali bin Jaafar Al-Idrus seorang ‘wali Allah’ keramat hidup di Batu Pahat, Johor juga telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum Habib Ali Al-Idrus seorang manusia ‘luar biasa’ yang hidupnya biasa-biasa saja. Tinggal di rumah usang seperti rumah setinggan, dalam rumah tanpa sebarang perabut tetapi sentiasa dikunjungi oleh para ulama dari Yeman, Mekah, Madinah, Hadaramaut, Indonesia, Singapura dan Brunei. Waktu kematiannya ribuan yang hadir dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Singapura dan Indonesia.
Tak banyak yang kita boleh cerita tentang Habib Ali Al-Idrus kerana dia telah ‘mematikan dirinya sebelum dia mati’ meninggalkan harta dunia yang sementara tetapi mengejar akhirat. Bukan raja, bukan Perdana Menteri, tetapi diberi kemuliaan yang ‘luar biasa’, kerana setiap yang dalam kesempitan dan kesusahan, datang mencari dan hajat mereka dikabulkan oleh Allah SWT yang Maha Kuasa.
Sepatutnya setiap umat Islam yang mahu jadi ‘god man’ atau awlia Allah perlu belajar dari Rasulullah SAW, bagaimana Rasulullah SAW menolak 3 ta, wanita, taktha dan harta. Buku ini ditambah satu lagi ta, ‘buntuta’ selain pencuri umat Muhammad yang mahu menjadi hebat dan ternama jadi seperti Mirza Gulam Ahmad yang mengaku nabi kepada pengikut Ahmadiah dan Kahar nabi Melayu.
Ramai pemimpin politik yang menggunakan agama menjadi pencuri umat Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan rumah Allah. Guna pembesar suara ganggu ketenteraman jiran tetangga ‘mangkuk ayun’.
Sesetengah orang hidup di dalam alam mimpi, sesetengah orang tinggal di alam nyata dan sebilangan kecil mencari jalan untuk mengubah impian mereka menjadi suatu kenyataan. Ini yang sedang dilakukan oleh Dr. Azizan dalam program Hidup Luarbiasa, di mana saya diundang untuk berucap kerana dia menganggap saya manusia luar biasa.
Pada hari Ahad lepas di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah menyaksikan hampir 2,000 orang peserta daripada pelbagai latar belakang serta bangsa berkumpul di dalam satu dewan untuk mendengar tentang tip-tips dan panduan bagaimana untuk merubah kehidupan anda daripada ‘biasa-biasa’ kepada kehidupan yang ‘luar biasa’.
Bukan susah mahu menjadi manusia luar biasa, the rich and famous. Sama ada menjadi penulis, pelukis, penyanyi, pelakon, pengarah filem, peguam, yang susahnya sesudah menjadi manusia ‘luar biasa’ mereka terlupa semua keluarbiasaan yang diperolehinya itu adalah anugerah Allah yang sementara sahaja. Inilah kisah mereka yang terdapat dalam buku ini untuk renungan anda sebelum anda menjadi manusia luar biasa atau masih seorang manusia biasa.
Kebetulan hari Jumaat 27 Mei 2010 saya berada di Jogjakarta, cuti hari Vesak. Ada sesuatu yang dapat dipelajari dari Buddha seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Ali "jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata."
Sebagian masyarakat takut akan bencana dan kematian. Kerana kematian dianggap sesuatu yang mengerikan. Sebenarnya, ada badai dan banjir yang lebih dahsyat yaitu hawa nafsu dalam diri manusia itu sendiri.
Buddha rela berkorban untuk meninggalkan kesenangan harta dan takhta demi tujuan mulia menolong penderitaan rakyat. Teladani pengorbanannya dengan sikap empati, kemampuan untuk merasakan perasaan dan penderitaan orang lain, sikap tanpa pamrih, tidak mementingkan diri sendiri, sikap solider dan toleran, sikap bersaudara dengan orang lain
Ribuan tahun lalu Sidarta Gautama lahir di dunia, bertekad mencari ubat atau penangkal terjadinya badai dan banjir yang dahsyat itu untuk menyelamatkan umat di dunia. Pertapaan Gautama mendapatkan penerangan untuk menanggulanginya.
Tanpa disedari perang saraf hari ini menggunakan iklan, menjadikan pemain bola, artis, selebriti idola manusia popular dan masyur sebagai ikutan. Apa saja yang dilakukan oleh seorang ‘public figure’ yang popular buat menjadi ikutan. ‘Monkey see monkey do’. Bukankah manusia juga haiwan seperti ‘monkey’? Pernah tengok empat ekor monyet yang tutup mata, telinga, mulut dan kemaluan. See no evil, speak no evil, hear no evil, do no evil.
Apakah Anwar tidak menggunakan media terutama dalam kes sodomi dengan Saiful yang sudah mengambil masa dua tahun. Cerita sodomi bukan lagi satu rahsia, semua orang sudah tahu, sudah meniti dari bibir ke bibir. ‘Main punggung tak salah’, asal suka sama suka. Gila punya kerja, dilaknat oleh Allah SWT. Nauzubillah.
Salah satu daripada perang saraf ke atas Nabi Muhammad SAW ialah menggambarkan buruknya perilaku baginda berpoligami. Sehingga fikiran orang-orang yang diperangi begitu yakin bahawasanya ‘poligami’ itu buruk, menyakitkan hati perempuan tetapi jadi pelacur yang bertukar-tukar lelaki setiap malam o.k. Mula-mula dengan pakaian unisex akhirnya lelaki dan perempuan hari ini susah dibezakan. Inilah kejayaan ‘perang saraf’ yang dilakukan tetapi tidak disedari oleh umat Islam kerana mereka ‘papa spiritual’.
Hukum rimba jelas bin tegas, siapa yang kuat dialah yang menang dan berkuasa. Dialah yang menentukan hukum. Manusia yang satu menjadi serigala bagi manusia lainnya, homo homini lupus. Thomas Hobbes adalah filsuf Inggeris yang paling kecewa terhadap kekacauan yang terjadi. Dia berfikir, masyarakat seperti ini tak boleh dipertahankan kerana sama sekali tidak adil. Yang kuat boleh menentukan segalanya, yang lemah tak berdaya untuk melawan.
"Merdekakah masyarakat itu? Ya, mereka merdeka, mereka bebas berbuat apa saja, layaknya di dunia hewan. Tapi kemerdekaan yang mereka miliki adalah kemerdekaan untuk menindas, kemerdekaan untuk memangsa yang lemah." Karena itu Thomas Hobbes meyerahkan kemerdekaan ini kepada sebuah lembaga yang bernama Negara atau Raja. Negara yang dimaksud tidak mewakili yang kuat, tapi mewakili kepentingan umum.
‘Perang saraf’ wajib dipelajari kerana ia adalah senjata yang dipakai oleh orang-orang ‘derhaka’ untuk memenangi kederhakaan itu. Apakah pemimpin Arqam tidak menderhaka pada gurunya Arwah Taha Suhaimi? Berapa ramai yang menderhaka pada Rasulullah SAW dan para ahlul baitnya? Hendak dapat syafaat macam mana?
Untuk memerangi penderhaka anda perlu mempelajari ilmu ‘perang saraf’, untuk memerangi kederhakaan dan kejahatan yang bermaharajalela yang dilakukan oleh mereka yang menyangka Tuhan yang dibunuhnya dengan merosakkan ayat-ayat Al-Quran.‘Tuhan Sudah Mati’ sajak Kassim Ahmad sedangkan yang mati Tuhan di hati umat Islam sendiri akibat kepapaan ‘spiritual’. Berpolitik tanpa Tuhan, berniaga tanpa Tuhan, mengikut hawa nafsu tanpa Tuhan.
Kesan dari perang senjata dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kesan dari ‘perang saraf’ yang dimulakan terhadap Rasulullah dan keluarganya hanya dapat dilihat dengan ‘mata hati’ sambil membaca sejarah Islam yang sebenarnya. Orang yang punya ‘mata hati’ yang tajam sajalah yang dapat mengetahui kesan dari ‘perang saraf’ terhadap Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT. Tahukah anda siapa Nabi kamu? Pernahkah anda membaca ‘maulid’ atau berselawat setiap hari keatasnya?
Wajah wali Allah yang dimuliakan Allah seperti ‘telaga bawah bukit’, wajah yang menarik, aura yang mempesona. Renungilah wajah mereka sambil ‘bertawasul’ minta supaya anda diberi oleh Allah SWT kepintaran mengalih peluru serangan ‘psikologi’ dari musuh dan dapat mengesan sesuatu yang di sebalik maklumat zahir menggunakan firasat atau ‘kashaf’.
Para dajjal dibina dengan imej yang cantik, yang indah, berjaya menggambarkan diri sebenarnya dengan menggunakan ilmu firasat. Anda kenal siapa mereka? Bila kita berhadapan dengan manusia ‘munafik’, kita dapat melihat terlalu banyak kecurangan, kelemahannya dan kejelekan di sebalik wajah yang dimake-up sebagai ahli agama dan tokoh korporat supaya mereka tidak lagi boleh memperdayakan kita semua disebalik ‘baju kebal’ yang dipakai. Mereka boleh buat apa saja.
Para intelektual lebih takut dengan ‘tuan’ dari Tuhan. Lebih percaya cakap guru, ustaz dan ulama dari Al-Quran. Apa nak jadi pada masa depan manusia kerdil?
Lu fikirlah bro...! Buku sudah ada di tangan.
Baca dengan nama Allah.
Kalau ulama seperti Sheikh Mustafa Yusof dari German boleh 'kena kencing' oleh Anwar dajjal, apa benda dengan mereka yang sekadar kopiah macam 'mini capati' atas kepala yang tidak kenal diri, mata macam ikan kering, fikiran tertutup. Bila fikiran terbuka baru ternampak kebenaran. Kebenaran itu 'rahsia cahaya ilahi'.
Pada 4hb Julai 2010, Pak Habib, Dr. Azizan dan Billy Lim 'Berani Gagal' telah kongsi pengalaman masing-masing di Dewan MCA di hadapan dua ribu peserta yang dianjurkan oleh Dr.Azizan. Kalau ahli politik mahu jadi 'manusia luar biasa' untuk menyelamatkan umat manusia yang di landa tsunami politik di mana-mana saja merasakan Tuhan sudah mati, mereka perlu mengikut program 'luar biasa'.
Cik Puan Elia Suhana Ahmad, Isteri kedua Sultan Kelantan. Apakah kerana Elia Suhana istana Kelantan bergolak hingga terjadi perang saudara, tanya Tok Guru Nik Aziz?
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah binti Abdul Rahman bersama Pak Habib semasa melawat Janda Baik. |
Betul ke Afifa anak Azmin? Betul ke DNA yang diambil bukan DNA dia? Kenapa tidak cuba sekali lagi untuk membersihkan nama Anwar yang dikatakan bapa Afifa?
Cuba tengok cara Shamsidar melihat Anwar? Di tengah Umi Hafilda yang telah menceritakan skandal mereka.
Beranikah Azmin bersumpah laknat seperti yang dilakukan oleh Saiful bahawa Anwar tak pernah meliwatinya, tak main punggungnya semasa di New York dulu? Dia anak Ustaz Ali, Nalla ada mendakwa bahawa anak Shamsidar yang kedua adalah anak Anwar.
Syukur saya dapat terlepas dari kekuatan sihir, kalau tidak saya akan terus menjadi hamba sex Anwar. Biarpun ramai yang tak percaya, tak mengapa. Allah Maha Mengetahui dunia akan tahu siapa Anwar sebenarnya.
Cuba tengok muka Azmin hampir sama dengan muka Saiful.
Kalau boleh makan berkongsi dengan Datuk Sri Syed Hamid Albar manten Menteri Dalam Negeri, mesti ada cerita punya. Pasal Anwar ke? Lu fikirlah Bro...!
Rupa Umu Jah hampir menyerupai Abuya Ashaari. Hatijah Aam isteri Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad yang menjadi ketua Arqam yang menyebabkan ramai sahabat lari meninggalkan Ustaz Ashaari. Tangan yang menghayun buaian, tangan itu juga yang telah menjadi tsunami bagi lelaki yang mengikut apa saja kata bini.
Wanita dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaanya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum Adam tetapi juga penerus generasi manusia si alam ini.
Kalau betul asal kejadiannya dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s.m ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi. Siapa yang mengikut perintah siapa?
Dalam buku saya Siapa Selepas Musa, ada cerita Pak Lah, ada Rais Yatim, Megat Juned. Banyak orang kata ramalan saya menjadi kebetulan bila Musa menang mengalahkan Ku Li tahun 1981. Begitu juga dengan buku Pemuda Zaman Mahathir, meramalkan Anwar akan kalahkan Haji Suhaimi. Bila UMNO diharamkan tahun 1988 dalam buku saya Talqin Untuk UMNO, saya kata jika Ustaz Ahaari dan orang-orangnya masuk UMNO tak mustahil akan jadi Perdana Menteri. Tahun 1988 Anwar terkeluar dari UMNO. UMNO sebagai parti orang Islam. Ia memerlukan roh Islam. Hanya Islam saja yang boleh menyelamatkan manusia dan seluruh alam. Dunia dan alam cekrawala ini milik Allah. Disebabkan Ashaari berada diluar UMNO, dia jadi tak relevan. Kita jangan mudah percaya dan terpedaya dengan tipu helah manusia. Sebagai seorang ulama Ustaz Ashaari sepatutnya memberi sokongan kepada umara, jangan jadi seperti PAS yang malu rebut dunia. Mahu jadi ulama dan umara dalam satu waktu.
Dulu semasa jadi menteri Datuk Dr.Chua Soi Lek hanya Naib Presiden MCA. Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh 'luar biasa' kebenaran Chua Soi Lek tetapi dia tak buat kerja luar tabie.
Jantan mahu, perempuan pun mahu salah juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual. Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM.
Cuba tenung di belakang Anwar, bidai kayu itu mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang diukir, berdiri di belakang Saiful sebagai 'coffee boy'. Perhatikan wajah-wajah yang ada di perjumpaan untuk membincangkan agama, bangsa dan negara atau ada sesuatu agenda istimewa. Mungkin Saiful boleh cerita di websitenya.
Perhatikan simbol parti KeADILan di mana Anwar Ibrahim menjadi penasihat dengan simbol biseksual dan perhatikan tanda Anwar Ibrahim, mungkin anda akan berkata ini semua kebetulan saja. Lu fikirlah bro...
Tandatangan boleh menceritakan perwatakan seseorang manusia seperti juga mata. Mataadalah cermin hati, kita boleh tahu isi hati seseorang dengan melihat matanya. Ini tandatangan Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan 1hb. Julai 1997.
Datuk Nallakaruppan: Pasal apa saya mesti takut sama Anwar. 30 tahun saya kenal dia, dia yang takut kalau tengok Pak Habib duduk dengan saya.
Arwah Ustaz Ashaari pandai ambil hati penulis
Arwah Ustaz Ashaari dan bekas orang kanannya Haji Abdul Halim Abbas. Siapa penyebab mereka berpecah?
Pak Habib bersama Saiful dan neneknya, di rumah neneknya di Janda Baik.
Dalam buku Dunia Belum Kiamat 2 Sodomi, Bontuti, Al-Liwati, Saiful menceriatakan Anwar telah membawa dia ke Dusit Tani di Bangkok, Royal Executive Suite di Kowloon Hong Kong dan Hotel Hilton di Singapura. Saiful sudah bersumpah di dalam masjid, kenapa Anwar tidak berani bersumpah?
Betulkah Anwar tak bersalah? Betul ke Saiful Bokhari coffee boy di sodomi atas dasar suka sama suka? Siapa yang meliwat siapa dan siapa yang berkonspirasi?
Saiful bersama peguamnya Zamri di Mahkamah Shah Alam.
Menurut pengakuan bersumpah itu lagi Sukma mengikuti Anwar ketika Anwar berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya membeli rumah peribadi di No.8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Di rumah peribadi Anwar itu, Sukma telah disediakan bilik khas sebagai penginapannya. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Sekitar tahun 1992, ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan, Sukma membeli rumah peribadiya di 10-7-2, Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, dengan harga lebih kurang RM400,000
Sukma juga turut mengakui di mahkamah, Anwar telah menderma sebanyak RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai rumah kediaman peribadinya itu.
Kerusi Ketua Pemuda tak berguna kalau tanpa 'baju kebal', masa Pak Lah jadi Perdana Menteri, pejabat YB KJ di tingkat empat ada 'baju kebal', ramai yang bila hilang 'baju kebal' jadi 'bebal', 'one cent no use'. Kasihan.
YB Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bersama isteri Datin Hamidah pasangan yang disenangi oleh media dan mereka yang kenal hati budi pemimpin yang dekat di hati.
Ketika saya beritahu Zahid didepan isterinya bahawa 'behind the succes of every man there must be a women'. Zahid memperbetulkan, kejayaan seseorang suami mesti ada isteri. Saya menambah, isteri yang beriman, taqwa dan solehin, macam Khadijah r.a. 'ummul mukminin' berbahagia suami yang mempunyai isteri yang 'solehin' bukan sekadar Islam pada nama saja.
Kisah Zahid bertemu dengan susur galur dan mendapat pengesahan bahawa 'salasilah'nya dari keturunan 'Ningre' dari Keraton dan Tuanku Raden Zahid Hamidi adalah waris yang ke 8 kerajaan Mataram.
Dari buku Macam-macam Ada (1)
Ali Hashim Jacop, dia takut nama dia busuk atau Johor Corporation? Buku 'Johor Corporation Thieves of the people' yang hanya dua bab dan kulit buku saja yang dibaca oleh dia dan seorang lagi kawan dia. Penulis dihukum 'menfitnah', macam mana kalau Ali tak ada 'baju kebal'? Bolehkah dai memberikan defensi perkataan 'fitnah' di depan Allah SWT? Apa pun biarlah masyarakat pula yang menjadi hakimnya. Lu fikirlah bro... seksa dan teraniayanya penulis di negara yang merdeka dan berdemokrasi akibat permainan manusia 'berbaju kebal'.
Warkah Untuk Wan Azizah
Assalamualaikum Datin Seri Azizah yang saya hormati,
Memang berat untuk saya menulis surat terbuka kepada seorang surirumah dan ibu yang begitu bertanggungjawab terhadap anak-anak sekali gus seorang tokoh lagenda sehebat Mahsuri namun selaku seorang warga negara yang merasa bertanggungjawab untuk mendokumentasikan penglibatan anda selaku isteri kepada seorang lagenda seperti Anwar Ibrahim saya terpaksa melakukannya.
Dalam sejarah Melayu memang terdapat wanita tak berdosa seperti isteri Megat Terawis mati ketika mengandung mengidam seulas nangka di bawah Sultan Mahmud yang zalim, akhir hidupnya mati dijulang dibunuh oleh Megat. Mahsuri mati difitnah, begitu juga dengan kisah lancang kuning.
Bukan salah ibu mengandung, anda yang taat pada suami terpaksa menanggung aib dan malu akibat kesilapan salah laku YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya tidak mengulangi kesilapannya untuk kedua kali setelah dipenjarakan.
Pada mulanya saya tak tergamak menulis surat ini tetapi sudah memang kerja saya selaku penulis maka saya mesti tulis juga. Macam nelayan yang kerjanya memburu ikan masakan dia hendak tangkap ayam hutan.
Siapa sebenarnya berniat mahu timbulkan politik kebencian terhadap puan? Penulis atau suami puan? Sebenarnya siapa pun tak peduli dia mahu jadi seorang homoseks tetapi kerana dia seorang yang bergelar ‘Pak Sheikh’ dan perbuatannya boleh menjadi ikutan ramai kerana Pak Sheikh boleh buat kenapa anak muda lain tak boleh, ‘monkey see monkey do’.
Siapa yang tak sedih? Memang sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh keluarga Anwar Ibrahim, apakah ini suratan takdir, kadak dan kadar atau karma? Lu fikirlah Wan Azizah. Dosanya membawa Azizah kahwin lari sudah dimaafkan. Padahal itu teladan yang tak elok terutama mereka yang berpegang pada pantun; tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari, ku pinang tak dapat, ku pujuk ku bawa lari.
Seandainya Anwar Ibrahim seorang manusia biasa, tidak ambitious, tidak mahu jadi Perdana Menteri, tidak buat kacau dalam negara, tidak timbulkan huru hara dengan mengadakan reformasi seperti Tengku Razaleigh Hamzah misalnya siapa pun tak bercakap tentang isterinya. Anwar seorang bekas pemimpin ABIM tokoh Islam yang disegani semasa muda, sekiranya anda hanya seorang surirumah mungkin siapa pun tak peduli. Sendiri punya kubur dalam, sendiri jawablah. Anda seorang doktor perubatan, politikus, public figure dan pemimpin parti politik yang mahu mengambil alih pemerintahan negara, mana boleh tutup sebelah mata.
Apakah Saiful dan keluarganya tiada maruah dan harga diri seperti keluarga anda? Perbuatan siapa kalau bukan Datuk Seri Anwar yang menyebabkan Saiful terpaksa membuat laporan polis. Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Saiful oleh orang-orang Anwar. Apakah tidak benar Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Saiful?
Datuk Seri Najib bersumpah dengan lafaz demi Allah, "Wallahhi, Wabillahhi, Watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Sarribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok. Kalau Anwar telah melakukan perkara yang sama tutup cerita.
Seandainya apa yang didakwa oleh Ezam di muka belakang buku saya Malaysia Without Malays tidak betul kenapa anda tak ambil tindakan mahkamah terhadap saya dan Ezam?
Bangkai gajah mana boleh ditutup. Inilah susahnya kerana anda tidak mahu berterus terang. Para pengikut dan rakyat menjadi seperti orang yang gajah depan mata tak nampak, hama diseberang yang jelas kelihatan maka terjadilah satu jari menunjuk ke arah pemimpin yang tak disenangi oleh rakyat, tiga jari yang menunjuk ke arah sendiri dilupai.
Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar dan keluarga. Apa pilihan Saiful jika aduannya kepada Polis yang Anwar menembak punggungnya dikatakan satu fitnah? Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Jika duduk dalam rumah kaca jangan baling batu ke rumah orang.
Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar Anwar masuk ke dalam dubur Saiful?
Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar? Kenapa tunggu sampai hampir dua tahun dengan bermacam alasan, rakyat hendak tahu keputusan mahkamah? Betul tak Saiful mangsa liwat Anwar? Itu saja.
Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding Saiful. Soalnya beranikah Anwar?
Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tidak tahu langsung mengenai perangai luar tabie Anwar? Di dunia kita boleh terlepas bagaimana di akhirat nanti?
Sesiapa yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengenali sifat sebenarnya dan akhirnya akan membuat keputusan menjauhi daripadanya. Mereka yang mengenalinya dengan rapat akan mengenali sifatnya sebenarnya yang tidak jujur. Hanya orang di luar tidak tahu sifatnya. Semakin kita dekat dengannya, kita akan tahu betul ke dia seorang pejuang kebangsaan atau tidak. Dr Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Keadilan) keluar parti. Begitu juga peguamnya Zainur Zakaria, Datuk Nalla Karuppan sahabat baik selama ini dan diikuti ramai pemimpin lain.
Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.
Imej Anwar telah jatuh merudum di sebalik gerakan agresif untuk menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi serta sentiasa melobi media antarabangsa. Nama Anwar tidak lagi tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam bancian terbaru majalah Time. Anwar pernah berada dalam senarai tersebut pada kedudukan kesembilan bagi bancian 2008.
Ramai pengikut PAS yang sedar bahawa PAS bukan dilahirkan untuk menyelamatkan isu moral Anwar. Isu moral termasuk kes liwat kali kedua, tindakan agresifnya untuk mendapatkan campur tangan asing, isu pembohongan 16 September, imej sebagai putar alam, mengkhianati kawan dan banyak lagi, menyerlahkan siapa sebenarnya beliau. Sebagai seorang isteri yang taat setia, kita tak mengharapkan anda meninggalkan dia, syurga dibawah tapak kaki suami.
Perlunya orang Islam mematuhi ajaran Islam sepenuhnya untuk mengangkat moral pemimpin mengikut akhlak Nabi Muhammad SAW.
Wan Azizah perlu meninggalkan politik jadi seorang ibu mithali kerana telah hilang kewibawaan akibat lebih menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran dan menjadi pejuang demokrasi dan pejuang hak asasi manusia.
Bagaimana pula perasaan keluarga Saiful dan Saiful sendiri yang hidupnya didalam penjara sedangkan Anwar bebas disokong oleh para penyokong membuat pelbagai tuduhan dan gelaran?
Selaku isteri Sheikh Anwar Ibrahim tentu puan tahu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "Seandainya anakku Fatimah Az-Zaharah mencuri akan ku potong tangannya." Bagaimana kita mahu anak kita menjadi seorang manusia yang baik kalau bukan kita yang menjadi contoh teladan yang baik bagi mereka. Ketam akan mengikut ibu bapa ketam berjalan. Ibunya borek anaknya rintik peribahsa Melayu.
Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan Anwar?
Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya.
Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan tetapi kenapa ada wanita bila diberi kesempatan menjadi diktator kepada lelaki dan ada lelaki yang menjadi diktator kepada isteri.
No comments:
Post a Comment